Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Biodata Dan Profile Hannah Delisha

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik gara-gara drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer yang dilakonkan bersama Syafiq Kyle.....

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???

Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah...

Biodata Dan Profile Lengkap Model Cantik Alicia Amin

Alicia Amin, peserta Asia’s Next Top Model (Musim Ke-5) ini adalah salah seorang bakat baru dalam bidang lakonan di Malaysia.....

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang...

Homestay Di Area Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Admin nak kongsikan satu Homestay ni di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Cantik Homestay ni segala kelengkapan semua ada. Memang best...

Wednesday, October 14, 2020

Kisah Sebenar Pramugari Malaysia Dipenjara di Australia Sorok Dadah Dalam Pakaian

Kisah Sebenar Pramugari Malaysia Dipenjara di Australia  Sorok Dadah Dalam Pakaian



Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang bekas pramugari Malaysia yang ditangkap kerana menyeludup dadah jenis heroin bernilai jutaan dolar dalam pakaian dalamnya tahun lalu telah dipenjara di Australia.


Bekas pramugari yang dikenali sebagai Zailee Zainal, 40 dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Daerah Australia.


Bagaimanapun, ibu kepada tiga orang anak itu berpeluang dibebaskan selepas menjalani hukuman selama tiga tahun apabila hakim membuat keputusan meringankan hukuman selepas mengambil kira alasan dia melakukan jenayah itu bagi membantu membiayai kos perubatan anaknya.


Zailee dijatuhkan hukuman pada tahun 2019, selepas heroin bernilai jutaan dolar ditemui tersembunyi dalam pakaian dalamnya.


Keterangan kepada mahkamah mendapati Zailee ditawarkan A$6,500 (RM19,359) untuk menyeludup heroin dengan nilai kira-kira A$3 juta (RM8.9 juta) ke Australia.



“Ada masa kita perlu belas kasihan dalam menjatuhkan hukuman. Anda merasa seolah-olah tidak punya pilihan lain selain melakukan jenayah,” kata hakim itu.


Laporan juga memberitahu Zailee ang bekerja dengan syarikat penerbangan Malindo Air, menjadi mangsa sindiket dadah kerana mereka mengetahui bahawa dia sangat memerlukan wang.



Mahkamah diberitahu bahawa Zailee terpaksa menjual brownies dan Tupperware untuk mencari wang tambahan sebelum ini bagi membiayaai kos pembedahan anaknya.


Zailee dan suaminya pernah meminta bantuan daripada rakan-rakan dengan menghantar e-mel sebelum didekati sindiket berkenaan pada 2018 yang mengambil kesempatan di atas kesusahan dialami mereka berdua.


“Saya lemah dan sanggup melakukan apa saja,” kata Zailee dalam pembelaannya.


Apa yang perlu dilakukannya, Zailee perlu mengambil heroin di Malaysia untuk membawa masuk ke Australian menggunakan penerbangan dan kembali ke Malaysia untuk mengambil upah seperti yang telah dijanjikan.


Antara Oktober 2018 dan Januari 2019, Zailee telah melakukan lapan perjalanan ke Australia, dan menyeludup lebih dari 4 kilogram heroin.


SUMBER: Astro Awani & The Sun





Share:

Thursday, October 8, 2020

Ayuh Sebarkan!!! Kisah Sedih Wartawan Penyiaran Veteran TV3 Khaidir Ahmad Yang Jatuh Muflis Kerana Membuat Pendedahan Aktiviti PencerobohanTanah Kerajaan Di Pahang Oleh Taukeh Cina

Ayuh Sebarkan!!! Kisah Sedih Wartawan Penyiaran Veteran TV3 Khaidir Ahmad Yang Jatuh Muflis Kerana Membuat Pendedahan Aktiviti PencerobohanTanah Kerajaan Di Pahang Oleh Taukeh Cina



Kisah sedih Wartawan Penyiaran veteran TV3 Khaidir Ahmad yg jatuh muflis, mangsa seorang pentadbir tanah kerajaan yg dendam siri pendedahan beliau terhadap aktiviti pencerobohan tanah kerajaan di Pahang oleh taukeh kaya raya kaum Cina.

AKU SEORANG MUFLIS

SAYA menulis bingkisan ini ketika hujan lebat pada Subuh Jumaat 31 Julai 2020 yang juga  hari kebesaran umat Islam - Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban.. 

Ini adalah kemuncak hukuman dunia yang saya terima hasil perjuangan saya membela nasib alam dan rakyat marhaen.. 

Saya baru sahaja diisytiharkan sebagai seorang yang muflis atau bankruptcy kerana gagal melunaskan Pinjaman Dana Special Relief Fund (SRF) Bank Negara Malaysia yang disalurkan menerusi Agro Bank bagi membantu usahawan yang terjejas dek banjir besar pada akhir tahun 2014 hingga awal tahun 2015.

Saya membuat pinjaman itu sebanyak RM250,000 pada tahun 2015 bagi membangunkan semula projek sangkar ternakan ikan Patin saya yang musnah dengan kerugian lebih RM1 juta dalam banjir berkenaan.

Namun belum sempat menuai hasil pertama, tiba-tiba Penolong Pentadbir Tanah Daerah Temerloh ketika itu, Mohd Iqbal Zainal Abidin mengeluarkan notis untuk meroboh dan memusnahkan sangkar ternakan ikan Patin yang menjadi punca rezeki baharu keluarga saya, dengan alasan saya menduduki tanah Kerajaan Negeri Pahang tanpa kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sedangkan sangkar ikan itu terapung dalam Sungai Pahang dan penggunaan kawasan bekas tapak Projek Sangkar Ikan Patin PPRT Kg Lebak itu pula sudah mendapat kebenaran daripada Ketua Kampung.

Saya tahu tindakan zalim terhadap saya itu sebenarnya cuma satu helah kerana matlamatnya mahu memberi laluan kepada operasi pam pasir yang dibantah oleh ratusan penduduk Mukim Lebak kerana dikhuatiri menjejaskan kenteraman, kesejahteraan dan keselamatan umum serta memberi kesan kepada aktiviti ternakan ikan sangkar di kawasan berhampiran selain tapaknya turut membabitkan sebahagian Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi Lebak.

Ternyata mereka berdendam dengan saya kerana saya yang mengetuai bantahan penduduk berkenaan.

Kemudian, apabila saya memaparkan tindakan zalim yang pertama kali berlaku dalam sejarah Negeri Pahang itu (sebelumnya belum pernah Pejabat Tanah di Pahang mengeluarkan notis untuk meroboh dan memusnahkan sangkar ternakan ikan Patin di Sungai Pahang walaupun majoriti pengusahanya tidak mempunyai kebenaran beroperasi daripada PBN), aku disaman pula oleh Penolong Pentadbir Tanah berkenaan.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, baki pinjaman Dana SRF yang sepatutnya digunakan sebagai modal pusingan untuk meneruskan operasi menternak ikan Patin, terpaksa digunakan untuk membayar caj guaman berjumlah RM75,000 hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Saya kalah dan diperintah membayar gantirugi RM50,000 dan kos kepada Mohd Iqbal.

Akibatnya, projek sangkar ternakan ikan Patin saya terbengkalai dan saya tidak mampu membayar ansuran bulanan pinjaman Dana SRF kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lainselepas berhenti kerja daripada jawatan Ketua Pengarang Berita TV3 pada 15 Disember 2014 kerana tekanan politik ketika itu.

Sebelum PRU14 saya cuba meminta bantuan daripada seorang pemimpin politik yang juga kenalan lama bagi membantu saya melunaskan hutang berkenaan dan Alhamdulillah beliau telah mengarahkan pegawainya supaya menguruskan pembayaran semua baki pinjaman Dana SRF itu.

Namun malangnya hanya sebahagian daripada baki pinjaman itu dibayar oleh pegawai terbabit tanpa pengetahuan saya dan pemimpin politik itu hinggalah saya diisytiharkan muflis.

Kasihan dengan pemimpin politik yang sangat baik dan mulia hatinya itu tetapi pegawai-pegawai dan pembantunya tidak amanah sehinggakan seorang daripada mereka juga pernah diamanahkan menghantar hadiah sempena perkahwinan anak sulung saya pada tahun 2015, tetapi sehingga anak pengantin kini sudah berusia hampir 4 tahun, hadiah itu belum sampai ke tangan penerimanya.

Untuk rekod, pada 2015 KDYTM Tengku Mahkota Pahang (sekarang Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong) juga pernah mengeluarkan surat titah kepada Pegawai Daerah Temerloh supaya TIDAK memusnahkan sangkar ternakan ikan Patin saya itu, sebaliknya membiarkan saya meneruskan operasi ternakan ikan Patin sangkar di tapak berkenaan tetapi titah itu kemudian dingkari oleh Pegawai Daerah Temerloh yang baharu selepas itu apabila beliau sendiri mengeluarkan notis baharu untuk sekali lagi mengancam bagi meroboh dan memusnahkan sangkar Ikan berkenaan.

Aku juga tahu di sebalik semua ini, ada gerakan bersepadu pemimpin politik dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Pahang yang turut bersekongkol disebabkan dendam lama terhadap saya sebagai wartawan yang sering melapor dan mendedahkan penyelewengan khususnya dalam kegiatan pembalakan, perlombongan dan penerokaan tanah haram di Pahang.

Saya mahu kamu semua tahu, walau apa pun kezaliman yang kamu lakukan, saya tidak akan pernah berundur daripada perjuangan saya untuk terus membela nasib rakyat marhaen dan menyelamatkan alam sekitar yang telah hampir nazak dek kerakusan dan ketamakan kamu menyalahguna kuasa demi mengejar kemewahan duniawi.

Biarlah saya muflis harta dunia asalkan saya tidak muflis amal salih dan pahala kebaikan di akhirat nanti.

Insaflah, apabila sampai masanya nanti Allah SWT akan mufliskan kamu juga hingga tinggal hanya sehelai kain kafan dan liang lahat yang sempit sebagai kediaman abadi kamu.

Terima kasih Saudara Mohd Iqbal kerana kamu berjaya memulakan gerakan bersepadu bagi menutup satu sumber rezeki keluarga saya itu tetapi Alhamdulillah kuasa Allah telah menggantikan sumber rezeki baharu yang jauh lebih baik daripada itu untuk saya dan keluarga saya.

Kamu dan sekutu kamu boleh terus menyaman saya yang sudah muflis ini sesuka hati kamu lagi tetapi saya hanya akan tunduk sujud kepada Allah SWT memohon belas kasihan dan perlindungan-Nya.

Aku si muflis dunia, Khaidir Ahmad

Nota kaki: 

Gambar selepas penyembeliham ternakqn korban keluarga saya.

PEMBONGKARAN TANAH HARAM PAHANG (1)

Oleh KHAIDIR AHMAD

(Wartawan Tua)

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya mulakan tulisan mengenai pembongkaran sindiket penjualan tanah haram bagi penanaman Durian Musang King di Daerah Bentong, Pahang.

Memandangkan kisahnya agak panjang, maka saya pecahkan dalam beberapa siri bermula dengan siri pertama hari ini.

Sebelum itu, perlu saya jelaskan sepintas lalu senario penerokaan tanah haram secara besar-besaran di Pahang.

Kegiatan ini sebenarnya sudah bermula sejak awal tahun 1970an lagi, tetapi ketika itu lebih kepada tanaman getah dan kelapa sawit serta penanaman halia di Bukit Tinggi Bentong dan sayur-sayuran di Cameron Highlands.

Saya dilahir dan dibesarkan di Temerloh. Maka pada peringkat awal, saya didedahkan dengan sindiket penerokaan haram berskala besar di Triang (sekarang dalam Daerah Bera).

Ia membabitkan puluhan ribu ekar tanah dan modal kegiatan itu dikatakan turut dibiayai oleh pelabur dari Singapura.

Berpuluh tahun mereka makan hasil tanah haram berkenaan tanpa diganggu-gugat oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) mahupun Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Dengan sedikit ugutan dan percaturan politik, akhirnya pada tahun 1980an kesemua “Tanah Haram Triang” itu diberikan geran hakmilik apabila BN cuma menang sekali di DUN Triang dan selebihnya kerusi itu dimenangi oleh DAP.

Geram dengan permainan itu, pada tahun 1985 saya bersama beberapa penduduk kampung cuba meneroka tanah haram di kawasan Sungai Mentuang dan Sungai Belengu tetapi belum sampai sebulan, pasukan penguatkuasa PTG datang memberi notis amaran supaya penebangan dihentikan.

Pada tahun 1990an tanah Kerajaan Negeri seluas 200 ekar di kawasan itu kemudian diberikan kepada seorang tauke Cina menerusi pakej pembangunan Padang Golf Majlis Daerah Bera (sekarang sudah jadi projek gajah putih yang terbiar dalam hutan).

Bagaimana semua itu boleh berlaku ketika hampir 100 peratus kuasa politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri dikuasai oleh orang Melayu?

Jawapannya ialah RASUAH & SALAHGUNA KUASA daripada periingkat paling tinggi hingga di perigkat paling bawah.

Nota: Ada kakitangan bawahan Pejabat Tanah Daerah memandu Mercedes Benz S Class untuk bermiain golf.

Apabila saya mula menjadi wartawan pada tahun 1983, barulah saya mendapat tahu bahawa penerokaan tanah haram berskala besar oleh bukan Melayu berlaku bukan sahaja di Triang, tetapi di seluruh Negeri Pahang!

Sepanjang pengetahuan saya hingga sekarang, penerokaan tanah haram oleh bukan Melayu di Pahang adalah yang paling teruk berbanding negeri lain di Semenanjung.

Bukti yang paling mudah dilihat dengan mata kasar ialah setiap kali melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sesiapa sahaja boleh melihat Hutan Simpan kawasan selepas terowong di sebelah Pahang (Bukit Tinggi) sudah semakin hari semakin gondol diteroka haram sedangkan Hutan Simpan sebelah Selangor (Genting Sempah) tidak permah ada yang berani mengusiknya sejak zaman dahulu lagi.

Nota: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang adalah kawasan Hutan Simpan Kekal yang paling lama diteroka depan mata secara haram oleh penanam halia.

Siapakah penanam halia di Bukit Tinggi dan kenapakah perkara ini boleh berlaku?

Jawapannya pasti juga kerana RASUAH & SALAHGUNA KUASA daripada peringkat paling tinggi hingga ke peringkat paling bawah.

Nota: Ini bukan satu tuduhan melulu tetapi  satu rahsia terbuka atau open secret yang sudah diketahui umum.

Keterangan gambar:

1. Seorang nyonya jutawan tua dari kediaman mewah di Kuala Lumpur sedang meninjau sambil menilai sebidang tanah haram yang sedang dimajukan dengan tanaman Durian Musang King di satu lokasi hutan simpan di pedalaman Daerah Bentong, Pahang.

2. Seorang wartawan tua yang sudah dihukum muflis dek kezaliman penguasa Melayu, masih mampu berdiri gagah di tengah hutan simpan yang sedang digondolkan bagi penanaman Musang King haram di pedalaman Daerah Bentong, Pahang.. 




Sumber : Facebook Page Penyatuan Ummah



Share:

Wednesday, October 7, 2020

Ejen Insuran Wanita Dibunuh Gara-Gara Cemburu

Ejen Insuran Wanita Dibunuh Gara-Gara Cemburu


Ejen insurans ditemui m4ut dengan kesan lebam di leher dipercayai dibunvh rakan lelaki di rumah sewanya di Taman Mahsuri di sini.


Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, ditemui terbaring di ruang tamu kediaman dengan lengkap berpakaian oleh rakan serumahnya pada 12 tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, susulan itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun untuk siasatan lanjut.


Sebelum itu, katanya, polis dimaklumkan kejadian pada 12.10 tengah malam.


” Anggota dikerah ke lokasi dan menemui m4yat seorang wanita. Siasatan awal, pasukan forensik percaya mngsa dibunvh antara jam 4 petang hingga 9.45 malam dan turut menemui kesan lebam di lehernya.


” Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Kita juga sudah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Sksyen 302 Kanun Kesksaan.


Menurutnya, m4yat mngsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibed4h siasat.


Sementara itu, jiran mngsa dikenali Ahmad, 50-an berkata, rumah itu didiami sekurang-kurangnya empat wanita termasuk mngsa, dipercayai disewa sejak sebulan lalu.


” Jarang nampak mngsa dan rakan serumahnya kerana mereka keluar bekerja, tapi kalau terserempak pun kami hanya senyum sahaja.


” Memang terkejut apabila polis datang ke rumah mereka dan dimaklumkan menemui m4yat tetapi ketika itu kami tak tahu siapa yang meninggI,” katanya ketika ditemui.


Lelaki itu juga memaklumkan mngsa serta rakannya jarang bergaul dengan penduduk sekitar selain pernah ternampak kenalan lelaki hadir menjemput mereka di luar rumah.


Rakan berlari minta tolong


Sementara itu, seorang jiran yang merupakan pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini berkata, dia merupakan individu pertama yang tiba di rumah terbabit setelah dipanggil oleh rakan serumah mangsa.


” Ketika itu saya sedang berehat di rumah bersama rakan-rakan lain, tiba-tiba rakan mngsa berlari meminta pertolongan mengatakan mngsa tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah.


” Saya bergegas ke sana dan mengangkat mangsa ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.


” Tetapi selepas melihat mulut mngsa berbuih selain badannya yang telah sejuk, kami kemudiannya mengambil keputusan untuk menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan,”katanya.


Rupanya cemburu jadi punca kenapa mngsa dibunvh


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, polis sudah menahan suspek lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga pasar malam.


Menurut Sapii, cemburu dipercayai menjadi punca gadis yang juga ejen insurans dibunvh rakan lelaki di rumah sewanya.


” Berdasarkan siasatan, mngsa yang bekerja sebagai ejen insuran di Bandar Darulaman didapati menyewa rumah teres satu tingkat itu bersama dua rakannya hampir tiga tahun lalu.


” Ketika kejadian, mngsa tinggal seorang diri di rumah dan kejadian hanya disedari rakannya pada 9.45 malam tadi selepas mendapati mngsa terbaring di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sapii berkata, pemeriksaan mendapati tiada kesan luka ditemui, namun terdapat kesan biru lebam pada bahagian badan mngsa.


” Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada barang peribadi milik mngsa hilang dan keadaan dalam rumah juga tidak berselerak,” katanya.



Sumber : malaysiaunited.my


Share:

Thursday, October 1, 2020

Biodata Dan Profile Lengkap Muhammad Harris Bin Mohd Ismail aka PU Rizz

Biodata Dan Profile Lengkap Muhammad Harris Bin Mohd Ismail aka PU Rizz


Haris Ismail atau juga dikenali sebagai PU Riz adalah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. 

Terbaru, beliau tampil dalam telefilem berunsur keagamaan berjudul Khutbah Terakhir sempena sambutan Maal Hijrah 2019. Telefilem yang turut dilakonkan oleh Ardell Aryana dan Azhan Rani ini akan disiarkan pada 1 September jam 9.00 malam di TV1 RTM.


Biodata Dan Profile Lengkap Haris Ismail aka PU Riz

  • Nama Penuh: Muhammad Haris bin Mohd Ismail
  • Nama Komersial: Haris Ismail / PU Riz
  • Tarikh Lahir: 1995
  • Umur: 24 tahun (2019)
  • Asal: Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan:
            – Diploma Pengajian Islam Bidang Undang-undang
            – Penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Kerjaya: Pelakon dan Pendakwah
  • Drama: Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan
  • Telefilem: Khutbah Terakhir
  • Filem: Ada Apa Dengan Dosa
  • Rancangan TV: Pencetus Ummah, Akademi Sahur Asia


Perkara Menarik Tentang PU Riz

Pernah terpalit dengan penyebaran gambar tidak senonoh. Beliau telah membuat laporan polis dan menafikan sekeras-kerasnya itu adalah gambar beliau.

Digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Wanna Ali dan yang terbaru adalah gosip dengan Neelofa

Tidak kisah sekiranya masyarakat melabelnya sebagai seorang yang ‘anak emak’.

Pernah belajar selama setahun di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 2012, namun kembali ke Malaysia berikutan pergolakan di negara itu.

Kini sedang berjinak-jinak dengan dunia usahawan menerusi perniagaan Restoran Food Station (berhadapan dengan pusat beli belah Nu Sentral, Kuala Lumpur).


Gambar-Gambar PU Riz













Sumber : azhan.co,iluminasi.com


Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Jelita Daiyan Trisha

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Jelita Daiyan Trisha



Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau nama popularnya, Daiyan Trisha merupakan seorang aktres, penyanyi dan model Malaysia. 

Beliau mula dikenali umum menerusi telefilem Dee yang pernah bersiaran di saluran Astro Ceria. 

    

Biodata Dan Profile Lengkap  Daiyan Trisha

  • Nama sebenarnya, Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin. 
  • Menggunakan nama komersial, Daiyan Trisha. 
  • Kelahiran Bangi, Selangor pada 22 Disember 1993. 
  • Anak kepada pasangan Mohd Nasaruddin Mohamed (bapa) dan Samsiah Mohd Nor (ibu). 
  • Anak kedua daripada lima orang adik-beradik. 
  • Bekas graduan dalam bidang Diploma Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL). 
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model. 
  • Antara drama dibintanginya seperti Geng Kampung Pisang 2, Dee The Series, Geng UPSR, My Coffee Prince dan Sejuta Rasa Buat Adelia. 
  • Termasuk telefilem Dee, Aku Mahu ke New York dan Syawal Mencari Cinta. 
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Girlfriend Kontrak dan Busker. 
  • Lagu-lagu single yang pernah dirakamkannya ialah Kerana Kau, Cinta Suka Sayang Kamu, Jatuh, Kau Tahu, Stargazing, Kita, Boy In My Dream, Kita Manusia, Ingat, Brutal, Langit dan If I. 
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daiyantrisha sehingga kini mengumpul lebih 1.2 juta pengikut. 

Laman Sosial Daiyan Trisha 


Fakta Menarik Tentang Daiyan Trisha 

  • Lebih mesra disapa dengan nama timangannya, 'Dee'. 
  • Anak kepada novelis ternama, Samsiah Mohd Nor (ibu).
  • Membuat kemunculan sulung di layar kaca menerusi telefilem berjudul Dee yang bersiaran di saluran Astro Ceria. Ledakan populariti drama itu membawa kepada kelahiran siri TV dengan judul sama pada tahun 2015. 
  • Gemar menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti senaman serta membaca. 
  • Menjadikan penyanyi antarabangsa, Taylor Swift sebagai sumber inspirasi dalam bidang muzik.
  • Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan tentang status dirinya yang pernah dilanda kemurungan angkara masalah membabitkan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga ke satu tahap beliau tidak mampu mencari jalan penyelesaian serta hilang tempat mengadu. 
  • Pernah terlibat dalam konsert jelajah Asia Tenggara bersama penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pada hujung 2019. 
  • Namanya pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22, Anugerah Planet Muzik ke-16 dan Festival Filem Malaysia ke-30, namun tidak beroleh rezeki untuk meraih sebarang pengiktirafan. 

    

Gambar-Gambar Daiyan Trisha Yang Cantik Dan Seksi












Sumber : iluminasi.com

Sumber foto: Instagram Daiyan Trisha



     

Share:

Wednesday, September 30, 2020

Inilah Lelaki Paling Kaya Di China Menewaskan Jack Ma Pengasas ALI BABA GROUP Tak Sangka Ini Kerjayanya

Inilah Lelaki Paling Kaya Di China Menewaskan Jack Ma Pengasas ALI BABA GROUP Tak Sangka Ini Kerjayanya

Inilah Lelaki Paling Kaya Di China Menewaskan Jack Ma Pengasas ALI BABA GROUP Tak Sangka Ini Kerjayanya


Zhong Shanshan, pengasas jenama air botol China yang terkenal, Nongfu Spring, telah berjaya menewaskan pengasas Alibaba (BABA) Jack Ma untuk menjadi orang terkaya di China, lapor indeks Bloomberg Billionaires.


Untuk rekod, Zhong sudah menjadi orang ketiga terkaya di China, manakala sehingga hari Rabu, Bloomberg melaporkan nilai anggaran kekayaan Zhong terus memuncak apabila berjaya mencapai $USD 58.7 bilion, melebihi $USD 56.7 bilion milik Jack Ma. Ini juga telah meletakkan Zhong di hadapan Pony Ma, pengasas Tencet (TCEHY).


Apa yang menarik, Zhong bukanlah usahawan teknologi seperti Jack Ma dan Pony Ma. Di luar syarikatnya, dia adalah ketua pembuat vaksin yang mewakili syarikat Beijing Wantai Biologic Pharmacy – syarikat ini juga dilaporkan telah menjadi faktor kepada peningkatan kekayaan Zhong.


Rupert Hoogewerf, ketua firma penyelidikan Hurun Report yang bertanggungjawab mengira kekayaan menyatakan bahawa kebanyakan orang silap apabila meramalkan bahawa usahawan teknologi akan menjadi individu terkaya pada masa hadapan.


Selain itu, Zhong yang terkenal dengan nama samaran “serigala tunggal” juga selalu bersikap rendah diri namun tegas dibandingkan dengan usahawan terkemuka lain dan ini turut memacu kepada kejayaan beliau menjadi orang paling kaya di China.


“Dia dikatakan tidak mempunyai banyak rakan dari bidang usahawan,” kata Hoogewerf. “Dia hanya menjalankan perniagaannya sendiri.” Katanya sebelum menambah bahawa sebelum Zhong diangkat menjadi indivudi terkaya di China, dia sebenarnya sudah mempunyai rekod kejayaan yang luar biasa.


“Zhong Shanshan adalah sebahagian kecil orang China yang tidak hanya membina satu perniagaan bernilai $USD 10 bilion, tetapi dua perniagaan yang bernilai $USD 10 bilion,” kata Hoogewerf. “Ini sangat luar biasa.”



SUMBER : CNNBLOOMBERG, THEVOCKET.COM


Share:

Saturday, September 26, 2020

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana Pelakon Cantik Dan Seksi

 

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana Pelakon Cantik Dan Seksi

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Mimi Lana. Biodata Mimi Lana ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, Mimi Lana telah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Sein Dan Luna, dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Namun, Namanya mula dikenali ramai orang selepas beliau membintangi drama bersiri berjudul Sein Dan Luna yang telah ditayangkan pada tahun 2016.

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana

Nama Penuh: Mimi Roziana Zainal Abidin

Nama Popular: Mimi Lana

Tarikh Lahir: 21 November 1995

Umur: 25 Tahun (2020)

Zodiak: Scorpio

Asal: Taiping, Perak

Kediaman: Kuala Lumpur

Agama: Islam 

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, Model

Tahun Aktif: 2013 - hingga kini

Ketinggian: 1.75 m (5 ka 9 in)


Media Sosial Mimi Lana

Facebook:

https://facebook.com/mimilanapage

Twitter:

https://twitter.com/missmimilana

Instagram:

https://instagram.com/missmimilana

Wikipedia:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mimi_Lana

Latar Belakang dan Kerjaya Mimi Lana

Mimi Lana dilahirkan pada 21 November 1995 dengan nama penuh Mimi Roziana Zainal Abidin di Taiping, Perak.

Mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era P. Ramlee, Mimi Lana memulakan kerjaya pemodelan sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 bersama-sama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid dan Puteri Aishah dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.

Mimi bersama pelakon Natasha Elyzza dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015.

Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka.

Akibatnya, beliau dipenjarakan selama 11 hari. Mimi dibebaskan pada 29 September selepas siasatan mendapati dadah itu bukan milik beliau.

Beliau berkongsi mengenai ketinggiannya dalam temuramah bersama Star2: "Semua orang dalam keluarga saya tinggi. Bapa saya dan adik saya lebih tinggi daripada 6 kaki (1.8m). Adik saya, juga tinggi seperti saya."

Menurut laporan Star2, Mimi Lana kelihatan lebih tinggi dari kebanyakan wanita Malaysia.

Drama Popular Mimi Lana

Kisah Cinta (2013) Sebagai kawan Huzir. 

Cinta Jannah (2013), Drama arahan Azmi Hatta, Mimi sebagai Wanda. 

Sekali Aku Jatuh Cinta (2016), Dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Faye Kusairi. 

Sein Dan Luna (2016), Sebagai pelakon utama, Luna. 

Suamiku Mat Piun (2018), Sebagai Atikah. 

Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018), Sebagai Salimah. 

Mawar Murni (2018). Sebagai pelakon utama, Mawar. 


Fakta Menarik Mimi Lana

1. Aktif berlakon sejak tahun 2013 hingga kini

2. Berketinggian 5 kaki 10 inci (1.78 meter).

3. Lahir pada tanggal 21 November 1995, Mimi Lana berzodiak Scorpio.

3. Pada awalnya Mimi Lana menjadi seorang model dan kemudiannya baru berjinak-jinak beralih ke dunia lakonan.

4. Merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, ketika itu bersaing dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Puteri Aishah dan beberapa nama lagi.

5. Pada tahun 2015, Mimi Lana direman pihak polis selama 11 hari atas dakwaan memiliki dan mengedar ganja, namun nyatanya beliau terbukti tidak bersalah.

6. Atas peristiwa hitam itu, namanya pernah digam oleh beberapa stesen televisyen tempatan.

7. Dia menjadikan peristiwa hitam itu sebagai pengajaran besar agar lebih berwaspada dalam memilih kawan.

8. Dikatakan memiliki wajah seiras pelakon wanita popular Filipina, Angelica Panganiban.

9. Suka melancong dan mencuba menu makanan baru.

10. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.


Gambar Terkini Mimi Lana Yang Cantik Dan Cun Melecun














Sumber :Wikipedia,Iluminasi.com,Azhan.co,Himpunanceritalawak.com

 

 

 




Share:

Wednesday, September 23, 2020

Macam Tu Ceritanya....Baru Semalam Akak Ini Dipuji Kerana Dikatakan Kuat, Tapi Hari Ini Ada Individu Beritahu Kisah Lain Di Balik Senyuman

 

Macam Tu Ceritanya....Baru Semalam Akak Ini Dipuji Kerana Dikatakan Kuat, Tapi Hari Ini Ada Individu Beritahu Kisah Lain Di Balik Senyuman


Semalam bermacam gambar dan berita dikongsi di media soslal seorang wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid berjaya menarik tumpuan netlzen apabila dia sanggup mengikuti majlis akad nikah dan perkahwinan suaminya.

Wanita tersebut turut memuat naik beberapa posting, foto dan video semasa majlis perkahwinan suami tercinta berlangsung.

Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernik4han suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.


Semua posting yang dikongsi telah dihujani k0men warganet yang rata-rata menyifatkan Syiela seorang wanita yang kuat dan tabah serta mendoakan agar dia turut mengecapi kebahagiaan.

Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan perkahwinan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menempuhi perkara tersebut.

Suamiku syurgaku. Ku berlindung di bawah naungan mu. Yang menyampaikan kasih Allah untuk diriku. Selamat Pengantin Baru Abang.

Menerusi video di facebook Syiela Rashid, beliau berkongsi live majlis akad nikah suaminya bersama madunya yang digelar adik.

Tapi belum sampai 24 jam selepas cerita beliau tular terdapat dua individu berkongsi cerita sebenar mengenai akak tersebut.







Syikea Rashid sebelum ini tular selepas memuat naik beberapa posting, foto dan video semasa majlis perkahwinan suami tercinta berlangsung.

Suamiku syurgaku. Ku berlindung di bawah naungan mu. Yang menyampaikan kasih Allah untuk diriku. Selamat Pengantin Baru Abang

Menerusi video berdurasi 41:01 saat, Syiela Rashid berkongsi live majlis akad nikah suaminya bersama madunya yang digelar adik. Video tersebut turut kelihatan ahli keluarga mereka. Di samping itu, dia turut menyiapkan pelbagai kelengkapan pernikahan suaminya selain berada di sisi suaminya sepanjang proses ijab dan kabul berlangsung.

Selain itu, wanita itu turut menemani suaminya semasa makan beradab. Wanita itu turut memegang tangan suami dan madunya. Lebih menjadi perhatian apabila wanita tersebut dikatakan sangat kuat semasa tempoh majlis tersebut berlangsung.

Majlis sanding suamiku

Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin untuk pengantin lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan kanda akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je.

Hari ini setelah 5 tahun berlalu. Akak refresh balik kemahiran lama akak. Semalam praktis sekali pakaikan sampin untuk kanda. Ok. Jari akak masih lembut rupanya. Maklumlah mak andam kata sang kanda haha. Head to toe kanda hari ni special touch by MUA Syiela Rashid. Untuk majlis akan datang attire kanda akak yang designkan special untuk hari tersebut.

Jelas Syiela lagi, semua persiapan termasuk pakaian pengantin disediakan olehnya. Dia turut memberitahu baju pengantin yang bakal dipakai oleh suaminya nanti merupakan rekaan istimewanya.

Susah jumpa macam akak ni




Dalam status terbaru, wanita tersebut juga berkongsi bagaimana dia berusaha dan begitu teruja menyediakan pakaian untuk majlis pernikahan suami

Apa-apa pun kita tunggu re4ksi dari pihak satu lagi, dan di harapkan segala k0nflik dapat di selesaikan dengan baik

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:rentasasia


Share:

Tuesday, September 22, 2020

Inilah 9 Rahsia Mengejutkan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi Yang Ramai Orang Tidak Tahu

 Inilah 9 Rahsia Mengejutkan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi Yang Ramai Orang Tidak Tahu



Mungkin ramai di antara anda yang ada masalah untuk mandi dengan air sejuk setiap pagi.

Disebabkan takut menggigil atau tak tahan sejuk, air panas menjadi pilihan di waktu pagi.

Tapi itu yang anda tidak tahu tentang kebaikan dan kelebihan mandi air sejuk setiap pagi. Ia merupakan terapi untuk mengubati banyak penyakit.


1. MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan.


2. MELANCARKAN ALIRAN DARAH

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Arteri yang mengecut membolehkan aliran darah mengalir lebih lancar.


3. MENGAWAL SUHU BADAN

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.


4. MEMBANTU UNTUK KURUS

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.


5. MENGURANGKAN TEKANAN PERASAAN

Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang “titik biru” pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.


6. MENGUATKAN PERNAFASAN

Perasan tak, tiap kali anda mandi air sejuk, anda akan tarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru.


7. MENJADIKAN KULIT & RAMBUT LEBIH SIHAT


Air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.


8. MENINGKATKAN TENAGA


Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan


9. MENINGKATKAN PENGHASILAN HORMON

Lelaki tidak boleh terdedah kepada panas berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan.


Sumber : hanasuva.com

Share:

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

IKUT KAMI

PING