Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Biodata Dan Profile Hannah Delisha

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik gara-gara drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer yang dilakonkan bersama Syafiq Kyle.....

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???

Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah...

Biodata Dan Profile Lengkap Model Cantik Alicia Amin

Alicia Amin, peserta Asia’s Next Top Model (Musim Ke-5) ini adalah salah seorang bakat baru dalam bidang lakonan di Malaysia.....

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang...

Homestay Di Area Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Admin nak kongsikan satu Homestay ni di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Cantik Homestay ni segala kelengkapan semua ada. Memang best...

Showing posts with label artiswanita. Show all posts
Showing posts with label artiswanita. Show all posts

Thursday, October 1, 2020

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Jelita Daiyan Trisha

Biodata Dan Profile Lengkap Pelakon Cantik Jelita Daiyan Trisha



Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau nama popularnya, Daiyan Trisha merupakan seorang aktres, penyanyi dan model Malaysia. 

Beliau mula dikenali umum menerusi telefilem Dee yang pernah bersiaran di saluran Astro Ceria. 

    

Biodata Dan Profile Lengkap  Daiyan Trisha

  • Nama sebenarnya, Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin. 
  • Menggunakan nama komersial, Daiyan Trisha. 
  • Kelahiran Bangi, Selangor pada 22 Disember 1993. 
  • Anak kepada pasangan Mohd Nasaruddin Mohamed (bapa) dan Samsiah Mohd Nor (ibu). 
  • Anak kedua daripada lima orang adik-beradik. 
  • Bekas graduan dalam bidang Diploma Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL). 
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model. 
  • Antara drama dibintanginya seperti Geng Kampung Pisang 2, Dee The Series, Geng UPSR, My Coffee Prince dan Sejuta Rasa Buat Adelia. 
  • Termasuk telefilem Dee, Aku Mahu ke New York dan Syawal Mencari Cinta. 
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Girlfriend Kontrak dan Busker. 
  • Lagu-lagu single yang pernah dirakamkannya ialah Kerana Kau, Cinta Suka Sayang Kamu, Jatuh, Kau Tahu, Stargazing, Kita, Boy In My Dream, Kita Manusia, Ingat, Brutal, Langit dan If I. 
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daiyantrisha sehingga kini mengumpul lebih 1.2 juta pengikut. 

Laman Sosial Daiyan Trisha 


Fakta Menarik Tentang Daiyan Trisha 

  • Lebih mesra disapa dengan nama timangannya, 'Dee'. 
  • Anak kepada novelis ternama, Samsiah Mohd Nor (ibu).
  • Membuat kemunculan sulung di layar kaca menerusi telefilem berjudul Dee yang bersiaran di saluran Astro Ceria. Ledakan populariti drama itu membawa kepada kelahiran siri TV dengan judul sama pada tahun 2015. 
  • Gemar menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti senaman serta membaca. 
  • Menjadikan penyanyi antarabangsa, Taylor Swift sebagai sumber inspirasi dalam bidang muzik.
  • Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan tentang status dirinya yang pernah dilanda kemurungan angkara masalah membabitkan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga ke satu tahap beliau tidak mampu mencari jalan penyelesaian serta hilang tempat mengadu. 
  • Pernah terlibat dalam konsert jelajah Asia Tenggara bersama penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pada hujung 2019. 
  • Namanya pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22, Anugerah Planet Muzik ke-16 dan Festival Filem Malaysia ke-30, namun tidak beroleh rezeki untuk meraih sebarang pengiktirafan. 

    

Gambar-Gambar Daiyan Trisha Yang Cantik Dan Seksi












Sumber : iluminasi.com

Sumber foto: Instagram Daiyan Trisha



     

Share:

Saturday, September 26, 2020

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana Pelakon Cantik Dan Seksi

 

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana Pelakon Cantik Dan Seksi

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Mimi Lana. Biodata Mimi Lana ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, Mimi Lana telah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Sein Dan Luna, dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Namun, Namanya mula dikenali ramai orang selepas beliau membintangi drama bersiri berjudul Sein Dan Luna yang telah ditayangkan pada tahun 2016.

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana

Nama Penuh: Mimi Roziana Zainal Abidin

Nama Popular: Mimi Lana

Tarikh Lahir: 21 November 1995

Umur: 25 Tahun (2020)

Zodiak: Scorpio

Asal: Taiping, Perak

Kediaman: Kuala Lumpur

Agama: Islam 

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, Model

Tahun Aktif: 2013 - hingga kini

Ketinggian: 1.75 m (5 ka 9 in)


Media Sosial Mimi Lana

Facebook:

https://facebook.com/mimilanapage

Twitter:

https://twitter.com/missmimilana

Instagram:

https://instagram.com/missmimilana

Wikipedia:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mimi_Lana

Latar Belakang dan Kerjaya Mimi Lana

Mimi Lana dilahirkan pada 21 November 1995 dengan nama penuh Mimi Roziana Zainal Abidin di Taiping, Perak.

Mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era P. Ramlee, Mimi Lana memulakan kerjaya pemodelan sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 bersama-sama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid dan Puteri Aishah dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.

Mimi bersama pelakon Natasha Elyzza dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015.

Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka.

Akibatnya, beliau dipenjarakan selama 11 hari. Mimi dibebaskan pada 29 September selepas siasatan mendapati dadah itu bukan milik beliau.

Beliau berkongsi mengenai ketinggiannya dalam temuramah bersama Star2: "Semua orang dalam keluarga saya tinggi. Bapa saya dan adik saya lebih tinggi daripada 6 kaki (1.8m). Adik saya, juga tinggi seperti saya."

Menurut laporan Star2, Mimi Lana kelihatan lebih tinggi dari kebanyakan wanita Malaysia.

Drama Popular Mimi Lana

Kisah Cinta (2013) Sebagai kawan Huzir. 

Cinta Jannah (2013), Drama arahan Azmi Hatta, Mimi sebagai Wanda. 

Sekali Aku Jatuh Cinta (2016), Dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Faye Kusairi. 

Sein Dan Luna (2016), Sebagai pelakon utama, Luna. 

Suamiku Mat Piun (2018), Sebagai Atikah. 

Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018), Sebagai Salimah. 

Mawar Murni (2018). Sebagai pelakon utama, Mawar. 


Fakta Menarik Mimi Lana

1. Aktif berlakon sejak tahun 2013 hingga kini

2. Berketinggian 5 kaki 10 inci (1.78 meter).

3. Lahir pada tanggal 21 November 1995, Mimi Lana berzodiak Scorpio.

3. Pada awalnya Mimi Lana menjadi seorang model dan kemudiannya baru berjinak-jinak beralih ke dunia lakonan.

4. Merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, ketika itu bersaing dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Puteri Aishah dan beberapa nama lagi.

5. Pada tahun 2015, Mimi Lana direman pihak polis selama 11 hari atas dakwaan memiliki dan mengedar ganja, namun nyatanya beliau terbukti tidak bersalah.

6. Atas peristiwa hitam itu, namanya pernah digam oleh beberapa stesen televisyen tempatan.

7. Dia menjadikan peristiwa hitam itu sebagai pengajaran besar agar lebih berwaspada dalam memilih kawan.

8. Dikatakan memiliki wajah seiras pelakon wanita popular Filipina, Angelica Panganiban.

9. Suka melancong dan mencuba menu makanan baru.

10. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.


Gambar Terkini Mimi Lana Yang Cantik Dan Cun Melecun














Sumber :Wikipedia,Iluminasi.com,Azhan.co,Himpunanceritalawak.com

 

 

 




Share:

Tuesday, September 22, 2020

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Wan Emir Astar Suami Kepada Mira Filzah

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Wan Emir Astar Suami Kepada Mira Filzah




Siapa Wan Emir Astar? Jejaka ini dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah.

Spekulasi tercetus selepas aktres itu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan. 




Biodata Dan Profile Lengkap Wan Emir Astar

1. Pemilik nama penuh, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
2. Berumur 30 tahun.
3. Berkerjaya sebagai arkitek. 
4. Mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri. 
5. Anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid. 
6. Bapanya yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, telahpun terlebih dahulu meninggal dunia akibat tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016. 
    

Dakwaan Hubungan Cinta Dengan Mira Filzah

Khabar angin mengatakan beliau sudahpun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September ini. 
Gosip terbabit dikuatkan lagi apabila pasangan ini hadir buat pertama kalinya di hadapan umum sewaktu majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah yang berlangsung semalam. 
Mereka dikatakan mula berkenalan sewaktu zaman pengajian, sebelum hubungan itu terhenti apabila Wan Emir mengambil keputusan terbang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. 
Bagaimanapun sehingga kini Mira masih kekal dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak. 
    

Gambar-Gambar Wan Emir Astar









Kredit foto: Instagram Wan Emir Astar




sumber :iluminasi.com


Share:

Thursday, August 13, 2020

Biodata Dan Profile Lengkap Wafariena Roslan

 Biodata Dan Profile Lengkap Artis Cantik Wafariena Roslan

Nama Wafariena Roslan meletop gara-gara drama  7 Hari Mencintaiku 2. Beliau antara bintang siri televisyen 7 Hari Mencintaiku 2 yang turut menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Siti Saleha, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Sean Lee, Syaffiq Sahli, Razzuan Rosli dan ramai lagi. 

   

Biodata Dan Profile Lengkap Wafariena Roslan 

Nama sebenarnya, Wafariena binti Roslan. 

Menggunakan nama komersial, Wafariena Roslan. 

Berumur 25 tahun. 

Lahir pada 19 Julai 1995. 

Berasal dari Pulau Pinang. 

Bergiat dalam dunia seni sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model. 

Mempertaruhkan single pertama berjudul Carilah Aku yang berkonsepkan balada dan dilancarkan pada November 2019. 

Antara karya lakonannya termasuk filem Buntat, drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan telefilem Kisah Seram Hostel. 

Untuk perkembangan terkini mengenai aktiviti seni Wafa, ikuti laman sosial beliau menerusi akaun Instagram wafarienaroslan, Facebook Wafariena Roslan, Twitter WafarienaR dan Tik Tok WafarienaRoslan. 

Instagram : @wafarienaroslan

Youtube : @wafarienaroslan Official


    

Fakta Menarik Tentang Wafariena Roslan 

Lebih mesra dipanggil Wafa. 

Berfizikal tinggi lampai. 

Mula berjinak-jinak dalam bidang seni suara sejak usia lapan tahun. 

Pernah membintangi beberapa buah muzik video. 

Berkemampuan menyanyi dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Filipina, Bollywood dan Thailand. 

Obses dengan kereta. 

Gemar memasak. 

Berperwatakan tegas. 

Mempunyai tabiat pelik iaitu suka menghidu bau minyak petrol.

Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2019. 

Boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih. 

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab.

Mengidamkan peluang berpadu suara dengan penyanyi Ziana Zain yang cukup dikaguminya.

Senikata lagu 'Carilah Aku' mengisahkan tentang seorang wanita yang merindui kekasihnya gara-gara cinta jarak jauh. 

    

Foto Wafariena Roslan










Sumber Foto : Instagram Wafariena Roslan


Sumber : Illuminasi


Share:

Tuesday, January 7, 2020

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada Neelofa

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada Neelofa





Siapakah Ameera Khan? Beliau adalah adik kepada selebriti popular Neelofa. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini Ameera Khan makin dikenali peminat walaupun usianya baru mencecah 18 tahun. Komen dan kritikan panas yang dilontarkan oleh Ameera Khan di media sosial menjadi topik hangat dan pertelagahan netizen hingga menaikkan nama beliau. Ini dibuktikan dengan jumlah followers beliau di IG yang telah hampir mencecah 1 juta! Wow hebat.

Selain itu Ameera Khan dikenali sebagai seorang Vlogger YouTube dengan saluran Little Miss Khan. Beliau telah mendapat populariti yang luas untuk setiap entri yang dilakukan termasuklah barang solek, barangan fesyen, testimoni peribadi dan pelbagai lagi topik berkaitan dengan kehidupan seharian. Untuk rekod, Ameera Khan mula membuka channel Youtube pada tahun 2015.


Biodata Dan Profile Ameera Khan

  • Nama Penuh: Nur Ameera Khan
  • Nama Glamour: Ameera Khan / Little Miss Khan (LMK)
  • Nama Panggilan Manja: Baby
  • Tarikh Lahir: 8 Disember 2000
  • Umur: 19 tahun (2019)
  • Asal: Kelantan
  • Adik-Beradik: Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Nellisa, Mohd Aqief, Noor Neelofa, Putri Nur Athira, Nur Athisha, Mohamed Faliq, Mohamed Firdaus
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu (Kacukan Melayu, Pakistan dan Arab)
  • Pekerjaan: Social Media Influencer dan Vlogger
  • Instagram: @littlemisskhan
  • Twitter: @nurameerakhan


Fakta Menarik Tentang Ameera Khan

  • Pernah tampil dengan imej berhijab.
  • Sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial sering menjadi bahan sensasi media.
  • Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.
  • Menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian.
  • Laman Instagramnya didaftarkan secara senyap-senyap oleh Neelofa seawal usia 13 tahun. Hanya dalam satu hari akaun itu terus mengumpul 20,000 pengikut!
  • Pernah tular di Snapchat gara-gara membeli 161 batang gincu!
  • Pembabitannya dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumah dengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil.
  • Dipasarkan dengan harga berpatutan, LMK Cosmetics yang diinspirasikan daripada personaliti media, Kylie Jenner bakal menyajikan beberapa koleksi baharu bagi menampung permintaan pengguna pada pertengahan dan hujung tahun ini.
  • Bakal terjun ke bidang pengacaraan, beliau mengimpikan rancangan majalah seperti Nona dan program hiburan umpama MeleTOP untuk dikemudikan.


Gambar-Gambar Ameera Khan Yang Cun Melecun

















Sumber: zaudinsaad.blogspot.comiluminasi.com & azhan.co

#ameera
#ameerakhan


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam



Share:

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

IKUT KAMI

PING