Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Biodata Dan Profile Hannah Delisha

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik gara-gara drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer yang dilakonkan bersama Syafiq Kyle.....

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???

Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah...

Biodata Dan Profile Lengkap Model Cantik Alicia Amin

Alicia Amin, peserta Asia’s Next Top Model (Musim Ke-5) ini adalah salah seorang bakat baru dalam bidang lakonan di Malaysia.....

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang...

Homestay Di Area Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Admin nak kongsikan satu Homestay ni di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Cantik Homestay ni segala kelengkapan semua ada. Memang best...

Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

Thursday, October 8, 2020

Ayuh Sebarkan!!! Kisah Sedih Wartawan Penyiaran Veteran TV3 Khaidir Ahmad Yang Jatuh Muflis Kerana Membuat Pendedahan Aktiviti PencerobohanTanah Kerajaan Di Pahang Oleh Taukeh Cina

Ayuh Sebarkan!!! Kisah Sedih Wartawan Penyiaran Veteran TV3 Khaidir Ahmad Yang Jatuh Muflis Kerana Membuat Pendedahan Aktiviti PencerobohanTanah Kerajaan Di Pahang Oleh Taukeh Cina



Kisah sedih Wartawan Penyiaran veteran TV3 Khaidir Ahmad yg jatuh muflis, mangsa seorang pentadbir tanah kerajaan yg dendam siri pendedahan beliau terhadap aktiviti pencerobohan tanah kerajaan di Pahang oleh taukeh kaya raya kaum Cina.

AKU SEORANG MUFLIS

SAYA menulis bingkisan ini ketika hujan lebat pada Subuh Jumaat 31 Julai 2020 yang juga  hari kebesaran umat Islam - Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban.. 

Ini adalah kemuncak hukuman dunia yang saya terima hasil perjuangan saya membela nasib alam dan rakyat marhaen.. 

Saya baru sahaja diisytiharkan sebagai seorang yang muflis atau bankruptcy kerana gagal melunaskan Pinjaman Dana Special Relief Fund (SRF) Bank Negara Malaysia yang disalurkan menerusi Agro Bank bagi membantu usahawan yang terjejas dek banjir besar pada akhir tahun 2014 hingga awal tahun 2015.

Saya membuat pinjaman itu sebanyak RM250,000 pada tahun 2015 bagi membangunkan semula projek sangkar ternakan ikan Patin saya yang musnah dengan kerugian lebih RM1 juta dalam banjir berkenaan.

Namun belum sempat menuai hasil pertama, tiba-tiba Penolong Pentadbir Tanah Daerah Temerloh ketika itu, Mohd Iqbal Zainal Abidin mengeluarkan notis untuk meroboh dan memusnahkan sangkar ternakan ikan Patin yang menjadi punca rezeki baharu keluarga saya, dengan alasan saya menduduki tanah Kerajaan Negeri Pahang tanpa kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sedangkan sangkar ikan itu terapung dalam Sungai Pahang dan penggunaan kawasan bekas tapak Projek Sangkar Ikan Patin PPRT Kg Lebak itu pula sudah mendapat kebenaran daripada Ketua Kampung.

Saya tahu tindakan zalim terhadap saya itu sebenarnya cuma satu helah kerana matlamatnya mahu memberi laluan kepada operasi pam pasir yang dibantah oleh ratusan penduduk Mukim Lebak kerana dikhuatiri menjejaskan kenteraman, kesejahteraan dan keselamatan umum serta memberi kesan kepada aktiviti ternakan ikan sangkar di kawasan berhampiran selain tapaknya turut membabitkan sebahagian Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi Lebak.

Ternyata mereka berdendam dengan saya kerana saya yang mengetuai bantahan penduduk berkenaan.

Kemudian, apabila saya memaparkan tindakan zalim yang pertama kali berlaku dalam sejarah Negeri Pahang itu (sebelumnya belum pernah Pejabat Tanah di Pahang mengeluarkan notis untuk meroboh dan memusnahkan sangkar ternakan ikan Patin di Sungai Pahang walaupun majoriti pengusahanya tidak mempunyai kebenaran beroperasi daripada PBN), aku disaman pula oleh Penolong Pentadbir Tanah berkenaan.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, baki pinjaman Dana SRF yang sepatutnya digunakan sebagai modal pusingan untuk meneruskan operasi menternak ikan Patin, terpaksa digunakan untuk membayar caj guaman berjumlah RM75,000 hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Saya kalah dan diperintah membayar gantirugi RM50,000 dan kos kepada Mohd Iqbal.

Akibatnya, projek sangkar ternakan ikan Patin saya terbengkalai dan saya tidak mampu membayar ansuran bulanan pinjaman Dana SRF kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lainselepas berhenti kerja daripada jawatan Ketua Pengarang Berita TV3 pada 15 Disember 2014 kerana tekanan politik ketika itu.

Sebelum PRU14 saya cuba meminta bantuan daripada seorang pemimpin politik yang juga kenalan lama bagi membantu saya melunaskan hutang berkenaan dan Alhamdulillah beliau telah mengarahkan pegawainya supaya menguruskan pembayaran semua baki pinjaman Dana SRF itu.

Namun malangnya hanya sebahagian daripada baki pinjaman itu dibayar oleh pegawai terbabit tanpa pengetahuan saya dan pemimpin politik itu hinggalah saya diisytiharkan muflis.

Kasihan dengan pemimpin politik yang sangat baik dan mulia hatinya itu tetapi pegawai-pegawai dan pembantunya tidak amanah sehinggakan seorang daripada mereka juga pernah diamanahkan menghantar hadiah sempena perkahwinan anak sulung saya pada tahun 2015, tetapi sehingga anak pengantin kini sudah berusia hampir 4 tahun, hadiah itu belum sampai ke tangan penerimanya.

Untuk rekod, pada 2015 KDYTM Tengku Mahkota Pahang (sekarang Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong) juga pernah mengeluarkan surat titah kepada Pegawai Daerah Temerloh supaya TIDAK memusnahkan sangkar ternakan ikan Patin saya itu, sebaliknya membiarkan saya meneruskan operasi ternakan ikan Patin sangkar di tapak berkenaan tetapi titah itu kemudian dingkari oleh Pegawai Daerah Temerloh yang baharu selepas itu apabila beliau sendiri mengeluarkan notis baharu untuk sekali lagi mengancam bagi meroboh dan memusnahkan sangkar Ikan berkenaan.

Aku juga tahu di sebalik semua ini, ada gerakan bersepadu pemimpin politik dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Pahang yang turut bersekongkol disebabkan dendam lama terhadap saya sebagai wartawan yang sering melapor dan mendedahkan penyelewengan khususnya dalam kegiatan pembalakan, perlombongan dan penerokaan tanah haram di Pahang.

Saya mahu kamu semua tahu, walau apa pun kezaliman yang kamu lakukan, saya tidak akan pernah berundur daripada perjuangan saya untuk terus membela nasib rakyat marhaen dan menyelamatkan alam sekitar yang telah hampir nazak dek kerakusan dan ketamakan kamu menyalahguna kuasa demi mengejar kemewahan duniawi.

Biarlah saya muflis harta dunia asalkan saya tidak muflis amal salih dan pahala kebaikan di akhirat nanti.

Insaflah, apabila sampai masanya nanti Allah SWT akan mufliskan kamu juga hingga tinggal hanya sehelai kain kafan dan liang lahat yang sempit sebagai kediaman abadi kamu.

Terima kasih Saudara Mohd Iqbal kerana kamu berjaya memulakan gerakan bersepadu bagi menutup satu sumber rezeki keluarga saya itu tetapi Alhamdulillah kuasa Allah telah menggantikan sumber rezeki baharu yang jauh lebih baik daripada itu untuk saya dan keluarga saya.

Kamu dan sekutu kamu boleh terus menyaman saya yang sudah muflis ini sesuka hati kamu lagi tetapi saya hanya akan tunduk sujud kepada Allah SWT memohon belas kasihan dan perlindungan-Nya.

Aku si muflis dunia, Khaidir Ahmad

Nota kaki: 

Gambar selepas penyembeliham ternakqn korban keluarga saya.

PEMBONGKARAN TANAH HARAM PAHANG (1)

Oleh KHAIDIR AHMAD

(Wartawan Tua)

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya mulakan tulisan mengenai pembongkaran sindiket penjualan tanah haram bagi penanaman Durian Musang King di Daerah Bentong, Pahang.

Memandangkan kisahnya agak panjang, maka saya pecahkan dalam beberapa siri bermula dengan siri pertama hari ini.

Sebelum itu, perlu saya jelaskan sepintas lalu senario penerokaan tanah haram secara besar-besaran di Pahang.

Kegiatan ini sebenarnya sudah bermula sejak awal tahun 1970an lagi, tetapi ketika itu lebih kepada tanaman getah dan kelapa sawit serta penanaman halia di Bukit Tinggi Bentong dan sayur-sayuran di Cameron Highlands.

Saya dilahir dan dibesarkan di Temerloh. Maka pada peringkat awal, saya didedahkan dengan sindiket penerokaan haram berskala besar di Triang (sekarang dalam Daerah Bera).

Ia membabitkan puluhan ribu ekar tanah dan modal kegiatan itu dikatakan turut dibiayai oleh pelabur dari Singapura.

Berpuluh tahun mereka makan hasil tanah haram berkenaan tanpa diganggu-gugat oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) mahupun Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Dengan sedikit ugutan dan percaturan politik, akhirnya pada tahun 1980an kesemua “Tanah Haram Triang” itu diberikan geran hakmilik apabila BN cuma menang sekali di DUN Triang dan selebihnya kerusi itu dimenangi oleh DAP.

Geram dengan permainan itu, pada tahun 1985 saya bersama beberapa penduduk kampung cuba meneroka tanah haram di kawasan Sungai Mentuang dan Sungai Belengu tetapi belum sampai sebulan, pasukan penguatkuasa PTG datang memberi notis amaran supaya penebangan dihentikan.

Pada tahun 1990an tanah Kerajaan Negeri seluas 200 ekar di kawasan itu kemudian diberikan kepada seorang tauke Cina menerusi pakej pembangunan Padang Golf Majlis Daerah Bera (sekarang sudah jadi projek gajah putih yang terbiar dalam hutan).

Bagaimana semua itu boleh berlaku ketika hampir 100 peratus kuasa politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri dikuasai oleh orang Melayu?

Jawapannya ialah RASUAH & SALAHGUNA KUASA daripada periingkat paling tinggi hingga di perigkat paling bawah.

Nota: Ada kakitangan bawahan Pejabat Tanah Daerah memandu Mercedes Benz S Class untuk bermiain golf.

Apabila saya mula menjadi wartawan pada tahun 1983, barulah saya mendapat tahu bahawa penerokaan tanah haram berskala besar oleh bukan Melayu berlaku bukan sahaja di Triang, tetapi di seluruh Negeri Pahang!

Sepanjang pengetahuan saya hingga sekarang, penerokaan tanah haram oleh bukan Melayu di Pahang adalah yang paling teruk berbanding negeri lain di Semenanjung.

Bukti yang paling mudah dilihat dengan mata kasar ialah setiap kali melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sesiapa sahaja boleh melihat Hutan Simpan kawasan selepas terowong di sebelah Pahang (Bukit Tinggi) sudah semakin hari semakin gondol diteroka haram sedangkan Hutan Simpan sebelah Selangor (Genting Sempah) tidak permah ada yang berani mengusiknya sejak zaman dahulu lagi.

Nota: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang adalah kawasan Hutan Simpan Kekal yang paling lama diteroka depan mata secara haram oleh penanam halia.

Siapakah penanam halia di Bukit Tinggi dan kenapakah perkara ini boleh berlaku?

Jawapannya pasti juga kerana RASUAH & SALAHGUNA KUASA daripada peringkat paling tinggi hingga ke peringkat paling bawah.

Nota: Ini bukan satu tuduhan melulu tetapi  satu rahsia terbuka atau open secret yang sudah diketahui umum.

Keterangan gambar:

1. Seorang nyonya jutawan tua dari kediaman mewah di Kuala Lumpur sedang meninjau sambil menilai sebidang tanah haram yang sedang dimajukan dengan tanaman Durian Musang King di satu lokasi hutan simpan di pedalaman Daerah Bentong, Pahang.

2. Seorang wartawan tua yang sudah dihukum muflis dek kezaliman penguasa Melayu, masih mampu berdiri gagah di tengah hutan simpan yang sedang digondolkan bagi penanaman Musang King haram di pedalaman Daerah Bentong, Pahang.. 




Sumber : Facebook Page Penyatuan Ummah



Share:

Saturday, March 9, 2019

Padah!!! Wanita Tumbuk Dan Tendang Kaki Pekerja Swasta Terima Padah

Padah!!! Wanita Tumbuk Dan Tendang Kaki Pekerja Swasta Terima Padah



AKIBAT menumbuk muka dan menendang kaki seorang pekerja swasta di sebuah pusat beli-belah, seorang wanita didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Isnin.

Majistret Siti Radziah menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Lieana Johari , 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan kepada Nabeelah Basri ,33, dengan menumbuk muka sebelah kanan mangsa menggunakan tangan kanan dan menendang kaki kanan mangsa.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Nurul Lieana melakukan kesalahan itu di lobi North Tower, The Gardens di sini pada 9 pagi, 8 Januari lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga.

“Saya tinggal di Kuala Lumpur seorang sahaja, suami menetap di tempat lain. Saya juga mahu sambung belajar,” katanya -Bernama

DI PUKUL KERANA MEMBUAT GANGGUAN SEKSUAL




Sumber : Facebook

Share:

Thursday, March 7, 2019

Keji!!! Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Helmet Gara-Gara Keluar Dari Rumah

Keji!!! Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Helmet Gara-Gara Keluar Dari Rumah



KUALA TERENGGANU - Seorang suami menghentak kepala isterinya dengan topi keledar selepas bengang wanita itu tidak mahu mendengar kata-katanya di tepi jalan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, Khamis lalu suspek berusia 30-an dikatakan menghentak kepala isteri menggunakan topi keledar sebanyak dua kali sehingga mendatangkan kecederaan apabila masih berdegil keluar dari rumah meskipun tidak diizinkan

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 33 tahun ada meminta izin suspek untuk keluar membeli barang anak-anak bersama ibu dan anak-anak mereka.

"Bagaimanapun, suspek tidak membenarkan meskipun dipujuk berkali-kali tanpa memberi sebarang alasan.

"Akhirnya, mangsa terpaksa mengambil keputusan untuk keluar juga dengan ditemani ibunya, demi memenuhi permintaan anak-anak," katanya.

Sumber berkata, bengang melihat isterinya masih keluar dengan menunggang motosikal, suspek nekad mengekori wanita itu dan bertindak menarik tudung mangsa dengan kuat sebaik tiba dil lokasi sebelum berlaku pergelutan.

"Akibat tindakan itu juga, mangsa yang gagal mengawal motosikal sedang ditungganginya terbabas di bahu jalan.

"Tanpa menghiraukan kecederaan dialami mangsa dan anak-anak, suspek dalam keadaan masih marah terus mengambil topi keledar dipakainya lalu menghentak kepala wanita itu sebanyak dua kali," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara lebih buruk berlaku, mangsa terus mendapatkan perlindungan diri dari ibunya yang turut berada di lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian yang dibuat mangsa di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.

Ustaz Azhar Idrus -PUKUL ISTERI




Sumer : Facebook


Share:

Saturday, March 2, 2019

Hati-Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah Padahnya

Hati-Hati Jika Jiran Terlebih Ramah Inilah Padahnya




Memang betul, kita disarankan untuk saling ziarah menziarahi jiran dan saling bertegur sapa untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Malah, jika diingat, terdapat juga iklan-iklan yang disiarkan di televisyen yang mengangkat tema hidup bermasyarakat untuk memberi kesedaran kepada komuniti-komuniti di Malaysia.

Sesetengan orang memang suka untuk berbual dan menerima tetamu setiap hari, dapat jugalah berkongsi cerita. Tetapi susah juga kalau dapat jiran yang terlebih ramah.

Dahla berkunjung setiap hari sehingga tuan rumah tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, bila datang pula, dibuatnya rumah kita seperti rumah sendiri.

Penjuru rumah mana tak diselongkar, siap ke dapur bancuh air dan buat makan sendiri. Tak cukup dengan itu, siap bawa anak dan mandikan anak di rumah kita.

Memang tak bolehlah kalau macam tu. Macam kisah yang dikongsikan oleh seorang netizen di group Kisah Rumah Tangga.

Nak tahu apa yang terjadi? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Salam. Saya pernah cerita kan mengenai jiran saya yang suka duduk rumah saya dari pagi sampai kepetang. Kelmarin dia datang lagi dengan anak dia. Waktu tu saya dalam rumah.

Dia pangil-panggil saya. Saya diam lansung tak bukak pintu. Tak sampai 5 minit dia jerit woiii bukak pintu nih. Aku panas nih dok kat luar. Anak aku nak main dengan anak kau. Terkejut saya dalam rumah.

Die ketok pintu kuat-kuat suruh saya bukak gak pintu. Memang tak la saya bukak. Tak lama lepas tu dia diam. Saya intai ikot tingkap dia jalan lengang lengok balik rumah dia.

Kelmarin saya ada tanya jiran-jiran lain mengenai dia. Sebab saya baru dok sini 4 bulan. Jiran lain cakap memang perangai dia anak beranak suka dok rumah orang 24 jam. Mak dia pon macam tu.

Kalau pergi rumah orang buat macam rumah sendiri. Patutla dia datang rumah saya dia buat air sendiri. Terkangkang depan tv. Mandikan anak dia rumah saya. Bukak saji kat dapor. Kalau tengok ada makanan dia terus makan.

Waktu dia datang saya tak bukak pintu tu waktu pagi. Petang dia datang lagi siap bawak adik-adik dia lagi 3 orang. Suruh panggil-panggil saya. Bising sangat. Saya bukak tingkap terus jerkah.

Anak aku nak tidor nih tolong jangan bising kat sini. Dia terus cakap bukak lah pintu aku nak masuk nih. Anak aku nangis-nangis nak main ngan anak kau.

Saya geram sangat saya cakap suami aku tak bagi dah orang selalu datang rumah aku. Sebab banyak kerja aku tak sempat siap sebab anak aku tak tidor. Boleh pulak dia cakap ehhh bila masa pulak laki kau marah. Selalu aku datang laki kau diam jer.

Memangla laki aku diam. Tapi belakang kau dia potpet-potpet kat aku. Dia buat muka tak puas hati, aku terus tutup tingkap. Dia tak reti nak balik dok memekak depan rumah aku dekat sejam gak. Dia ingat aku nak bukak pintu.

Petang tu laki aku balik. Dia nampak terus datang. Masa laki aku kat tempat kerja aku dah mesej dah awal-awal cakap perempuan tu datang wat bising lagi. Masa dia datang depan rumah aku laki aku tanya ada ape ni datang rumah.

Saya tak suka waktu saya kerja orang datang rumah saya. Bini saya ada anak kecik. Tak boleh stress-stress. Nanti sakit saya yang susah.

Boleh pulak dia buat-buat lembut lemah gemalai depan suami saya cakap dia bosan kat rumah. Suami aku sound terus kalau bosan pergi mengaji bukan datang umah orang. Dia terus balik.

Semalam dia datang lagi. Sebab dia nampak kita orang nak keluar. Kita orang nak keluar cari barang dapor kat pasaraya. Dahla pakai seksi. Tanya kita orang nak pi mana. Saya diam.

Laki jer jawab nak keluar cari barang. Boleh dia cakap nak ikot. Suami terus cakap maafla kita orang nk pi tempat lain lepas cari barang. Saya terus masuk kereta. Suami pun sama.

Dalam kereta suami membebel tak berhenti marahkan saya sebab berkawan dengan dia. Suami dah bagi amaran tak bagi sape-sape masuk rumah lagi lepas ni.

Kalau ade hal penting ngan jiran tolong sembang kat luar rumah. Harap perempuan tu tak kacau lagi rumah kami. Kalau tak memang suami nak report sebab dikira menggangu.

JIRAN



Sumber : Kisah Rumah Tangga Via siakapkeli.my
Share:

Friday, March 1, 2019

Keji!!! Bapa Rotan Anak Berusia 9 Tahun Gara-Gara Isteri Minta Cerai

Keji!!! Bapa Rotan Anak Berusia 9 Tahun Gara-Gara Isteri Minta Cerai





JOHOR BAHRU 26 Feb. - Hanya kerana tidak dapat mengawal kemarahan selepas isteri meminta cerai, seorang bapa bertindak merotan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun di rumah mereka di Jalan Tengah Stulang Baru di sini Khamis lalu.

Kemarahan lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi dan berusia 42 tahun tidak berhenti di situ apabila dia bertindak memukul kepala isterinya yang berusia 40 tahun dengan al Quran sebanyak tiga kali dalam kejadian pada 3.30 petang.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ekoran kejadian tersebut, kanak-kanak perempuan itu cedera pada bahagian lengan dan betis kiri dipercayai akibat dipukul dengan rotan berukuran 60 sentimeter.

Menurutnya, bertindak atas laporan dibuat pengadu yang merupakan ibu tiri mangsa pada hari kejadian, polis telah menahan lelaki terbabit.

“Punca kejadian pada Khamis 3.30 petang itu adalah kerana pengadu meminta cerai daripada suspek dan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan.

“Suspek kemudian masuk ke bilik tidur dan mengambil sebatang rotan berukuran 60 sentimeter di atas almari lalu memanggil anak perempuannya sebelum mangsa dipukul dengan rotan pada tangan dan betis kiri beberapa kali.

“Pengadu mendakwa selepas itu, suspek telah mengambil sebuah al Quran dan memukul di kepalanya sebanyak tiga kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati, itu merupakan kejadian kedua mangsa dipukul suspek dengan rotan, namun tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian sebelum ini.

Beliau berkata, mangsa merupakan anak kandung suspek hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan kini di bawah jagaannya manakala pengadu berkahwin dengan suspek pada 2017 selepas lelaki itu bercerai dengan isteri pertama.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Lelaki itu dijangka dituduh di mahkamah esok.

BERANI CIKGU NAK ROTAN SAYA?



Sumber :Facebook


Share:

Saturday, February 23, 2019

Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena Buli

Panas Hati Tengok Video Murid Sekolah Rendah Di Jerteh Kena Buli


Apsal yang lain tak tolong budak ni kena buli. Yang tukang rakam pun satu hal pulak!!!

BESUT – Satu video membabitkan kes buli murid didakwa berlaku di sebuah sekolah di Jerteh, di sini tersebar sehingga menjadi viral di laman sosial, Facebook hari ini.

Rakaman video berdurasi 1 minit 26 saat itu dipercayai berlaku di dalam sebuah kelas kerana berlatar belakang dinding.

Dalam rakaman tersebut seorang budak lelaki yang memakai baju-T pengakap dipukul, ditendang dan ditampar dari pelbagai arah oleh beberapa orang murid sekolah.

Mangsa yang dilihat tidak melawan, hanya mampu mengelak dan menepis apabila dibuli oleh rakan-rakannya.

Malah, tidak ada seorang pun murid-murid tampil membantu mangsa yang dibuli meskipun terdengar banyak suara dalam rakaman berkenaan.

Rakaman itu dikongsikan oleh pemilik Facebook yang bernama Hesh Jay Bee.


Namun, kejadian itu tidak diketahui bila berlaku namun didakwa terjadi di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh.

Rakaman yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata marah dengan kejadian tersebut, apatah lagi membabitkan murid sekolah rendah.

Mereka mahu kes-kes itu dilaporkan segera kepada sekolah dan tindakan selanjutnya diambil – MalaysiaGazette

Video Kes buli di sk lubuk kawah | Jerteh



Sumber : cempedakcheese



Share:

Monday, February 18, 2019

Suspek Lelaki Tikam Jiran Mati

Suspek Lelaki Tikam Jiran Mati



LELAKI yang menikam jiran bilik sewanya sehingga mati di Jalan Theatre, di Ipoh, 2 Februari lalu, meninggal dunia selepas 14 hari menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, suspek berusia lingkungan 30-an meninggal dunia jam 12.55 tengah hari, hari ini, selepas koma sejak dimasukkan ke hospital itu.

“Suspek yang kritikal dan koma diberi rawatan oleh HRPB dengan mesin sokongan hayat sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.55 tengah hari tadi dan mayatnya akan dibedah siasat esok.

“Setakat ini punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian otak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 2 Februari lalu, warga emas, Chai Ah Kin, 83, maut di tempat kejadian manakala suspek yang menetaknya parah dan dirawat di HRPB.

Difahamkan, terdapat kesan tikaman objek tumpul dipercayai sudu di dada mangsa manakala suspek yang parah ditetak di kepala oleh individu lain.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Perak, Asisten Komisioner Anuar Othman dilaporkan berkata, Ah Kin dipercayai bergaduh dengan suspek sebelum ditikam dengan objek tumpul.

Menurutnya, seorang wanita didakwa cuba meleraikan pergaduhan itu namun dicekik suspek menyebabkan anak lelakinya berusia 30-an mengambil pisau pemotong daging dan menetak suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 2:46 PM

Viral | Pencuri Ugut Nak Tikam Tuan Rumah Di Kuala Besut Terengganu




#HarianMetro
Share:

Saturday, February 16, 2019

Isteri Muda Yang Sedang Hamil Bunuh Diri Kerana Tidak Dibenarkan Main Facebook

Isteri Muda Yang Sedang Hamil Bunuh Diri Kerana Tidak Dibenarkan Main Facebook


PENAJAM – Warga Kelurahan Sungai Parit, Kecamatan Penajam, Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, mendadak heboh.

Seorang wanita muda berhijab, Arniati (22) tega mengakhiri hidupnya sendiri dengan gantung diri. Tragisnya korban dalam kondisi hamil muda.

Arniati adalah seorang ibu rumah tangga. Suaminya adalah Sujaedi, seorang pegawai negeri sipil di Kelurahan Nipah-Nipah, Penajam Paser Utara.

Dia adalah anak keempat dari enam bersaudara dari pasangan Rahman dan Mardaniati.

Peristiwa penemuan Arniati yang tewas gantung diri itu terjadi pada Kamis (7/2/2019) sekitar pukul 16.25 Wita. Peristiwa ini langsung membuat heboh masyarakat sekitar.

Arniati sebelum mengakhiri hidupnya dengan cara gantung diri dengan tali ayunan, sempat menulis status di WhatsApp (WA) yang isinya menyampaikan permohonan maaf kepada keluarganya, menitip anaknya dan minta didoakan agar bisa tenang di akhirat.

Ia mengatakan, sebelum kejadian korban dan suaminya Sujaedi (bukan Junaidi) sempat bertengkar, Rabu (6/2/2019).

Setelah itu, ia dan korban tidak bertegur sapa lagi. Pertengkaran ini terjadi karena korban dilarang sering main facebook sampai berjam-jam hingga lupa waktu.

Ia mengatakan sekitar pukul 12.30 Wita sempat datang ke rumah dan menemukan korban dalam kamar sedang main handphone.

Ia mengaku membaca status di WA istrinya dan curiga akan mengakhiri hidupnya.

“Saya ketok pintu kamar dan dibuka. Saya bilang mau ambil berkas. Saat saya keluar, pintu kembali dikunci dan saya bilang tidak usah dikunci karena nanti pulang, ” ujarnya.

Setelah itu, ia kembali ke kantor Kelurahan Nipah-nipah dan pulang sekitar pukul 15.30 Wita.

 “Saya pulang kembali gedor pintu kamar dan tak dibuka. Saya intip lewat jendela ternyata tertutup horden. Jadi saya buka paksa dan setelah itu istri saya sudah tergantung, ” ujarnya sembari menangis

Sementara untuk gantung diri, korban menggunakan tali yang selama ini dijadikan ayunan. Untuk pijakannya menggunakan ember cat yang dilapisi seprai. Ibu korban, Uni saat mendatangi lokasi kejadian langsung menangis histeris.

Ia sempat memeluk suami korban. Korban diduga murni gantung diri karena saat ditemukan lidahnya menjulur dan tergigit, serta ditemukan air mani dan tinja/BAB di celana dalamnya.

Petugas Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Penajam Paser Utara yang ikut dalam penanganan kasus ini menyebutkan pihaknya langsung menuju lokasi setelah menerima laporan bunuh diri ini.

Setelah dilakukan identifikasi dan olah tempat kejadian perkara oleh Polres PPU, jenazah Arniati langsung dibawa ke Rumah Sakit Nipah-Nipah untuk dilakukan visum.

Hukum Bunuh Diri dan Tanam Di Mana Ustaz Azhar Idrus




Sumber : facebook

Share:

Friday, February 15, 2019

Kisah Ambil Organ Manusia

Kisah Ambil Organ Manusia



Berikut adalah perkongsian dari facebook page The Dressar & Co.

Kita mendapat berita yang sangat sedih.
Sangat sayu apabila mengetahui tentangnya dan seluruh negara juga turut merasai atas apa yang telah berlaku.
Kejadian yang berlaku pada arwah adik Siti Masitah Ibrahim, 11 tahun tidak sepatutnya berlaku.

Seperti mana kejadian kejadian yang lain jika melibatkan jenayah dan melibatkan kehilangan organ organ dalam manusia, sudah semestinya kita boleh lihat ada sahaja minda minda negatif yang menyalahkan tangan tangan kakitangan kesihatan.

" Ni mesti doktor yang ambil organ dalaman dia ni"
" Organs harvested and will be sold to black market"
" MA tu yang bedah mayat tu, nanti dia yang ambil organ dalaman mayat tu"
" Mona Fendy moden, lebih cekap mengambil organ dalaman tanpa diketahui"
" Post mortem kan ambil organ dalaman mayat, lepas tu mereka buat kajian"

Dan pelbagai lagi tanggapan negatif.



Bagi kes arwah Siti Masitah ini kami terpaku melihat tangan tangan minda kotor ini mudah menyatakan komen yang mengutuk dan menfitnah professional di kalangan kakitangan kesihatan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes itu.

Ya, kami memang terlatih untuk mengendalikan organ dalaman, dari doktor, MA dan juga nurse. Akan tetapi organ yang dikendalikan oleh kami semasa pemindahan dan pengambilan organ dalaman adalah dilakukan secara beretika, mengikut peraturan dan mendapat persetujuan daripada yang terlibat. Bukannya di ambil sesuka hati tanpa sebarang persetujuan dan prosedur khas.

Dah nasib diri bila mana kami sebagai medical assistant ataupun penolong pegawai perubatan ini seringkali di cop sebegini, dan menjadi tugas kami untuk mempertahankan diri dan profession kami (Kalau tak nak harap siapa lagi).

Setiap organ dalaman ada tempoh bila mana setelah di keluarkan atau melalui proses pemindahan sebelum organ tersebut tidak boleh digunakan lagi. Organ manusia semestinya untuk manusia - we are not creating another frankenstein over here. Bila dah lepas daripada tempoh masa tersebut organ irgan tersebut sudah tentunya tidak dapat digunakan lagi.

Buah Pinggang : 24 hingga 48 jam
Hati : 12 hingga 16 jam
Paru-paru : 4 hingga 6 jam
Usus : 4 hingga 6 jam
Jantung : 4 hingga 6 jam
Kornea : 48 jam

Boleh baca dan fahami tempoh masa ini, dan boleh fikir sendiri dimana kemajuan teknologi perubatan moden masa kini sendiri boleh mengira berapa tempoh masa yang diperlukan sekiranya ekstrikasi atau pengeluaran organ dalaman manusia dilakukan dan sampai tempoh masa bila organ dalaman tersebut boleh bertahan sebelum pemindahan organ dalaman dilakukan.

Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda Adalah Seorang Penderma?
Tidak! doktor-doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.

Pendermaan organ dan tisu juga dianggap sesuatu perbuatan yang mulia di dalam fahaman semua agama.
Hanya kamu yang tidak berakal sahaja yang berani menyatakan bahawa ahli profession kesihatan seperti kami ini sesuka hati membuat perbuatan seperti ini dalam proses untuk mendapatkan organ organ dalaman bagi tujuan keuntungan.

Bunuh - Ambil Organ - Jual.
Fitnah - escalated that quickly eh?
Elok sahaja kalau digunakan komen anda ini sebagai faktor menghina dan kami layak mendapat tuntutan apabila sudah tentu komen itu akan bersifat fitnah dan tidak benar sama sekali.

Jangan tuduh kami terlibat, melainkan jika ada bukti. Sekiranya ada antara kakitangan kesihatan yang terlibat, sudah tentunya akan mendapat pembalasan akibat setiap perbuatan yang dilakukan.

Hey, pihak polis pun dah keluarkan kenyataan dan kemungkinan kes melibatkan unsur dendam dan jenayah. Tak ada pula disebut MA atau doktor terlibat.
*Boleh baca di gambar yang disertakan.

Akhir sekali kami mendoakan agar pesalah dapat ditangkap, diadili dan di bicarakan selancar mungkin dalam menegakkan kebenaran dan keadilan bagi pihak arwah Siti Masitah, dan semoga rohnya mendapat ketenangan dan rahmat daripada Mu ya Tuhanku.

Al-Fatihah
The Dressar & Co.

*Well, we thought that your brains wont last long enough outside your head, since its already shrunk or defected, by the way you are thinking, obviously.

Inilah Korban penculikan anak yang di ambil organ tubuhnya Begini Caranya Mereka Sekap





Sumber : The Dressar & Co


Share:

Thursday, February 14, 2019

Polis Indonesia Menyoal Siasat Menggunakan Ular

Polis Indonesia Menyoal Siasat Menggunakan Ular



JAKARTA 11 Feb. - Polis Indonesia memohon maaf kerana bertindak tidak profesional dengan menggunakan ular hidup ketika menyoal siasat seorang lelaki Papua yang disyaki mencuri telefon bimbit.

Channel News Asia melaporkan, rakaman video yang tular di media sosia menunjukkan lelaki itu menjerit ketakutan.

Dalam rakaman yang tidak disunting, seorang anggota polis kelihatan meletakkan kepala ular berkenaan ke mulut suspek sebelum dia menjadi histeria dan kedengaran anggota lain hanya ketawa.

Ketua Polis Daerah Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya dalam satu kenyataan semalam memohon maaf susulan kejadian yang tular di media sosial terbabit.

“Ular tersebut jinak dan tidak beracun atau berbahaya. Insiden yang berlaku itu adalah idea mereka sendiri bagi mendapatkan pengakuan bersalah segera.

“Kami akan menjalankan tugas dengan lebih profesional pada masa akan datang,” katanya yang tidak menyatakan jenis ular tersebut. -AGENSI/AFP

Klip Video Polis Indonesia Menyoal Siasat Menggunakan Ular



Share:

Tuesday, February 12, 2019

Pilu!!! Kisah Sekeluarga Ditinggalkan Di tepi Jalan Kerana Miskin

Pilu!!! Kisah Sekeluarga Ditinggalkan Di tepi Jalan Kerana Miskin



Sebab kami miskin, pakcik sanggup tinggalkn kami sekeluarga tepi jalan.

Mempunyai kehidupan yang lebih baik pada orang lain bukan menjadi tiket untuk kita merendahkan mereka. Seringkali kita mendengar kisah anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang miskin, dipinggirkan oleh saudara-mara yang lain. Alasannya kerana tidak setaraf.

Begitu juga perkongsian pengalaman hidup oleh lelaki ini di mana dia sekeluarga pernah dihina dan dipandang jijk oleh saudara-mara yang lain hanya kerana mereka susah. Ayahnya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan ibunya hanyalah suri rumah, melalui keperitan hidup membesarkan mereka enam beradik.

Paling tidak boleh dilupa, mereka mahu menumpang saudara lain untuk pulang ke kampung beraya, tetapi ditinggalkan tanpa perasaan di tepi jalan. Menangis ibu dan ayahnya ketika itu melihat mereka sekeluarga dihina sedemikian. Hanya mempunyai motosikal lama dan gaji yang entah kadang cukup atau tidak, manakan mampu membeli kereta.

Biarpun baru berusia 7 tahun ketika itu, semuanya masih terbayang jelas di minda sehingga membentuk dia dan adik-beradik menjadi manusia pada harini, katanya ketika dihubungi Siakap Keli. Ikuti luahannya seperti di bawah. Moga secebis kisah masyarakat ini menjadi pedoman dan pengajaran buat semua.

Teringat sgguh masa susah dulu, saudara-mara yang terdekat macam pandang jijik kat kami….

Paling tak boleh lupa masa nak cuti raya, kononnya pak cik aku nak ambik kami sekeluarga untuk balik kuantan… Suruh tunggu tepi jalan besar sebab dalam 4:30 petang dia akan lalu and ambil kami terus.

Kami sekeluarga tunggu dari pukul 4, takut terlepas dengan dia… Tengah panas tunggu jugak lah kami adik-beradik. Last-last dia lalu je depan kami… Abah cuba kejar takut dia tak nampk last-last dia tinggalkan kami sekeluarga macam tu je.

Sedih sangat macam tu, macam gituh hina skali kami sekeluarga. Nasib baik ada adik-beradik mak datang ambil kami dengan lori, suka sangat dapat naik lori ramai-ramai… Tapi sekarang, bila family kami dah ok and tak susah macam dulu, yang jenis kepala b%#a ni lah asyik datang minta tolong macam-maca,… Pinjam duit, nak tumpang naik kereta pergi mana-mana and macam-macam lagi selagi boleh minta denagn mak and ayah aku.

Sebab nak minta dengan aku diorang takut, siap cakap “tak nak lah minta dengan ali, garang sangat’. Dah kena sembur atas muka, memang tak kan minta tolong lah… Waktu senang, kau hina kami cakap kami ni busuk lah, suka susahkan orang lah, macam-macam lagi kau cakap tapi bila kau susah orang yang kau hina ni lah kau cari.

Sekarang aku just hormat meraka sebab mereka lebih tua dari aku… Aku kejam? Just what you give to us, you get back from us. Maaf emosi sikit, sebab sampai sekarang aku tak dapat terima diorang buat mak dan ayah aku nangis kat tepi jalan. Sumber: siakapkeli.my

Kelebihan Orang Yang Bersabar


Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.(Al-Baqarah 2: 156-157)

Berdasarkan dua dalil di atas, Syeikh Zaini Ahmad membahaskan bahawa terdapat 5 kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya yang banyak bersabar.

Mereka akan mendapat pujian daripada Allah. Yang bermaksud Allah S.W.T. mengampunkan dosa-dosa kita.Mereka akan mendapat Rahmat daripada Allah. Yang bermaksud Allah akan melimpah Kasih Sayang-Nya kepada orang-orang yang bersabar.

Diberi petunjuk daripada Allah. Yang bermakna kepada sesiapa yang sentiasa bersabar dengan ujian yang diberikan Allah, pasti Allah akan sentiasa membimbing mereka. Sebagai contoh, semasa belajar ilmu agama kena banyak sabar. Ada sesetengah tak ambil kisah pun akan ilmu agama padahal hidup mereka senang-lenang. Tetapi kita pula yang belajar ilmu agama hidup kurang senang.

Di sini anda perlu faham, hidup senang di dunia ini tidak bermakna hidup mereka diberkati atau disayangi Allah. Boleh jadi itu adalah ujian kesenangan daripada Allah S.W.T.Mereka diangkat dalam golongan yang berzikir.

Iaitu mereka akan sentiasa ingat dan berzikir pada Allah. kerana sering kali kita lupa untuk berzikir pada Allah semasa sihat. Tetapi kalau sakit atau ada masalah yang menimpa, barulah kita akan ingat Tuhan Sekelian Alam. Janganlah kita jadi manusia sebegini rupa. Insya Allah.

Diangkat oleh Allah S.W.T. menjadi golongan yang bersabar. Tetapi, siapakah golongan bersabar ini? Mereka inilah adalah para rasul dan para nabi iaitu manusia yang paling banyak bersabar. Dan diantara mereka semua ini yang paling banyak bersabar adalah rasul ulul azmi. Maksud ulul azmi ialah mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Dan yang paling banyak bersabar di antara ulul azmi itu sudah tentu Nabi Muhammad S.A.W.

Siapkan tisu sebelum menonton "Kisah cinta pria miskin" di tinggal kekasihnya




Sumber: malayajournal.com
Share:

Monday, February 11, 2019

Pilu!!! Kanak-Kanak 6 Tahun Disembelih Di Depan Ibunya

Pilu!!! Kanak-Kanak 6 Tahun Disembelih Di Depan Ibunya


SEORANG budak lelaki berusia enam tahun dilaporkan disembelih lehernya selepas penyerangnya mendapati dia berbeza ajaran agama Islam dengannya.

Kejadian mengejutkan yang berlaku di Arab Saudi itu dikatakan dilakukan menggunakan botol kaca yang dipecahkan sambil disaksikan ibu budak lelaki berkenaan ketika mereka dalam perjalanan mengunjungi makam Nabi Muhammad SAW di Madinah.

Saksi-saksi menyatakan bahawa budak lelaki itu yang bernama Zakaria al-Jaber dan ibunya menaiki teksi sebelum ditanya oleh pemandunya sama ada mereka adalah pengikut Muslim Syiah yang mana wanita itu menjawab ‘ya’.

Pemandu itu kemudian menghentikan teksinya dan menyuruh dua beranak itu keluar. Dia kemudian memecahkan botol kaca sebelum melakukan serangan.

Menurut laporan Mail Online, pemandu itu dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Dalam kejadian ngeri itu, wanita berkenaan kelihatan cuba menyelamatkan anaknya, namun rebah di tengah jalan.

Seorang pegawai polis juga dilaporkan cuba membantu tetapi gagal.

Pemerhati Hak Syiah, sebuah kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Washington DC, berkata tidak ada campur tangan dari pihak berkuasa Saudi setakat ini.

Mereka menambah bahawa masyarakat Syiah di Arab Saudi sedang berkabung untuk Zakaria di atas kejadian itu dan mendakwa kerajaan gagal melindungi rakyatnya yang mengikut ajaran Syiah.

Dua beradik mati disembelih di Kedah




 Sumber : FaceBook
Share:

Sunday, February 10, 2019

Gara-Gara Cemburu Lelaki Ini Tembak Mati Bekas Isteri Dan Ibu Mertua

 Gara-Gara Cemburu Lelaki Ini Tembak Mati Bekas Isteri Dan Ibu Mertua


SEORANG lelaki yang pulang ke rumah selepas 10 tahun menghilang, didakwa menembak mati bekas isteri dan ibu mertua apabila mendapati bekas isterinya telah berkahwin semula.

Polis berkata, kejadian tembakan berlaku di rumah Na-ua Jajoo, 38, di Kampung Ban Muang Noi di daerah Wiang Pa Pao di Chiang Rai, Thailand, pada Rabu lalu.

Mangsa, Na-ua ditembak dua kali di bahagian belakang dan dada, dengan menggunakan senapang patah.

Ibunya, Ada Haeni, 63, ditembak sekali di bahagian belakang.

Polis berkata, suspek bunuh merupakan bekas suami Na-ua.






Saudara-mara Na-ua memberitahu polis bahawa mangsa ditinggalkan bekas suami selama 10 tahun, dan secara tiba-tiba datang berjumpa dengannya pada malam Rabu.

Suspek mendapati bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak.

Menurut saudara-mara mangsa, bekas suami Na-ua cemburu dan bertengkar dengan suami baharunya dan ibu mertuanya.

Na-ua melarikan diri ke tandas sebelum dibunuh, manakala ibu mangsa turut ditembak.

Polis berkata, suspek kehabisan peluru dan melarikan diri. Polis kini memburu bekas suami mangsa. - The Nation/Asia News Network

Pegawai polis tembak isteri sebelum bunuh diri





 Sumber : FaceBook
Share:

Monday, January 21, 2019

Kisah Seram...Meremang Bulu Roma Bila Pintu Diketuk Pukul 330 Pagi

Kisah Seram...Meremang Bulu Roma Bila Pintu Diketuk Pukul 330 Pagi



Saye ada kisah benar menarik utk diceritakan. Mari baca dan share sekali.

Semalam saye balik awal dan terus pengsan tido di sofa… tp sebelum tido saye jerang air, sbb nak masak telur separuh masak…

Yang x bestnya saye terus terlelap…. hmmm.

Jam 3.30 pagi alih2 pintu rumah saye digoncang2… konsisten jugak la dalam sejam ke sejam lebih.. ..

Kalau nak kata ada angin, mustahil…. saye duk kondo…. ruangnya tertutup… nak kata orang lalu lalang pun dah 3.30 pagi…. lgpn kalau nak masuk kena pakai vip card… so mustahil ada orang masuk sesuka hati…. mmg tmpt saye tinggal ni sgt privasi.

Saye pun x pakai aircond…xde anginla abeh citer… dan xde org lalu lalang.

Fullstop.

Lama btl pintu rumah saye bergoncang2 mcm ada seseorang nak masuk… saye beranikan diri jugak tgk kat bawah lantai manatau ade tapak kaki ke tak….kosong! saye perati je sejam tu…
Dah kenapa pintu ni….

Saye akui, setakat alami gangguan mcm ni saye dah biasa dah…. dah lali…. pontianak mengilai la…. badan saye naik bijik tanpa sebab la ape la….. ini normal bg saye…

So saye pun xdela melenting…. tau jelah bukan keja manusia…… Anyway, saye capai hp terus balas mesej semua customer… hahahaha… saye mmg jns malas nak layan benda2 mcm ni…. saye teruskan kerja saye…

Mmg tak nangis bukan sbb tak takut tp sbb kalau takut pun ape je saye bleh buat… jiran saye dah tido semuanya…. so, saye wat dek jela sambil balas msj dan sambil dengar pintu rumah saye digegar2….hehe….

Tapi, saye nak berterima kasih gak kat diorang dok gegar rumah saye….tau tak kenapa…. mungkin depa nak inform yg saye terlupa tutup dapur elektrik saye….!!!!! Saye tersedar periuk saye hangus, dapur dok berasap….. habeh kering kontang periuk….

Masa ni tah kenapa saye bleh bangun utk cek suis2 padahal saye banyak guna brg elektronik….

Bayangkan 10 jam saye jerang air dgn maximum level….fuiyohhh… this is real okay…

Saye cpt2 tutup sebab ruang dapur tu sgt panas…. Syukur saye tak mati dalam diam… terperangkap dgn bau gas dan sebagainya…

Patutla jam 3.30 pagi saye tersedar dari tidor…. btl2 saye nyenyak sbb terlalu letih handle kerja dan pelajaran saye….

Last2 pintu kena gegar, mau saye tak terkejut…. terkejut siollll…

Kadang2 yg kite terlihat pelik dan ajaib secara tiba2 itulah yg terbaik utk selamatkan kite…

Ini semua ASBAB sahaja.

Bayangkan pintu rumah selama sejam yang bergoncang…. rupanya MUNGKIN makhluk Allah tu nak bgtau yg dapur rumah saye dah keluar bau gas dan berasap…

Allahuakbar… Masih panjang umur saye…

Terima Kasih Allah….

Terima Kasih menghantarkan sesuatu utk saye semalam…… Memang dalam situasi saye terpaksa berdikari ni, Allah menjaga saye dengan cara tersendiri… Ya saye terpaksa berdikari skrg….

Terima Kasih Allah….

Ok pagi ni saye bersiap2 nak ke kelas…

Dan….. Pintu saye takde bunyik pun…

Ya ia menyeramkan tp itu adalah perkara biasa bila kite baru sahaja pindah ke sesuatu tempat…

Salam pengenalan sentiasi ada dimana2…
hehehehe…..

Kisah Seram-Roomate Ku Hantu





Sumber: FB Jemah via khalifah media network,zaudinsaad.blogspot.com

#seram
#ngeri

Share:

Wednesday, January 16, 2019

Masih Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Sihir Yang Paling Ditakuti oleh Semua Pasangan Suami Isteri

Masih Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Sihir Yang Paling Ditakuti oleh Semua Pasangan Suami Isteri



Kredit Foto : www.fatehteam.com

Sihir pemisah adalah sihir yang paling ditakuti pasangan suami isteri. Sihir ini adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri. Sihir ini digunakan sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai.

Sihir ini bukan satu perkara yang baru berlaku dalam masyarakat kita, tetapi sudah lama. Ada antara pasangan suami isteri yang tidak tahu mereka terkena sihir pemisah mengambil jalan untuk bercerai. Penceraian pasangan ini akan membuatkan pihak yang melakukan ilmu hitam ini seronok dan gembira.

Sebagai umat Islam kita tidak boleh melakukan perbuatan khurafat ini. Tetapi, jika pasangan yang terkena sihir ini boleh melihat beberapa tanda menunjukkan rumahtangga anda telah terkena sihir pemisah.

1. Benci

Rumahtangga yang bahagia secara tiba-tiba bertukar rasa benci tanpa ada sebab-sebab yang jelas. Ia berlaku pada salah seorang pasangan atau kedua-duanya sekali.

2. Perselisihan faham

Sering berlaku perselisihan faham dan bergaduh suami isteri tanpa sebab, atau hanya sebab-sebab kecil. Ini menyebabkan suasana keluarga tegang dan kucar kacir.

3. Was-was

Setiap kali mahu melakukan apa sahaja rasa was-was. Ia membuatkan isteri takut untuk mendekati suami kerana terasa suami hendak menganiaya isteri.

4. Cemburu

Timbul rasa cemburu yang tidak bertempat membuatkan pasangan rasa berang dan syak diri telah diduakan, padahal pasangan tidak berbuat begitu. Disebabkan rasa cemburu ini pasangan enggan duduk berhampiran, dan enggan tidur sebilik.

5. Tidak tenang

Setiap hari hati sentiasa rasa gelisah dan tidak tenang. Rasa sakit kepala dan buntu bila pasangan ada bersama dan berasa lega apabila pasangan keluar dari rumah dan tidak berada di sampingnya.

6. Berubah rupa

Perubahan rupa ini dapat dilihat pada pandangan mata. Pasangan akan mula melihat pasangan mereka dengan rupa yang menakutkan atau hodoh. Apa saja yang cuba dilakukan pasangan ada sahaja yang tidak kena.

7. Minta cerai

Jiwa suami rasa mahu menceraikan isteri tanpa sebab dan ada bisikan menyuruh suami lafazkan cerai, padahal langsung tidak berhasrat mahu ceraikan isteri. Malah, isteri juga tanpa sebab munasabah meminta cerai pada suami dan mencabar suami menceraikannya.

 Itu antara tanda-tanda yang boleh dilihat jika rumahtangga yang dibina terkena sihir pemisah. Tetapi, jangan terlalu taksub dan percaya sedangkan rumahtangga yang dibina hanya berlaku pergaduhan biasa dirasakan terkena sihir pemisah.

Apapun, dinasihatkan jangan terlalu berkongsi kebahagian suami isteri di media sosial dibimbangi ada orang lain yang berdendam dan tidak suka melihat kebahagian rumahtangga anda.




#sihir
#jenissihir

Share:

Tuesday, September 25, 2018

Keji!!!...Pelajar Tahfiz Diliwat Hingga Cedera Usus

Pelajar Tahfiz Dipaksa Onani Dan Mandi Bersama Mudir

Keji!!!...Pelajar Tahfiz Diliwat Hingga Cedera Usus
Sumber Foto : jateng

Keji!!!...Pelajar Tahfiz Diliwat Hingga Cedera Usus | Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu mudir meliwat beberapa pelajar tahfiz sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri dari asrama mereka. Kisah yang dikongsi seorang ibu mangsa liwat ini diceritakan semula kepada Syed Azmi di laman Facebook telah mendapat perhatian pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mudir tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak muridnya. Perkara ini telah mencemarkan nama baik pusat tahfiz sekali gus masyarakat hilang kepercayaan.




Diliwat hingga cedera usus


Menurut laporan Metro, kesemua pelajar terbabit sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Perbuatan keji itu mula terbongkar selepas beberapa mangsa mengadukan kejadian dialami kepada tenaga pengajar di pusat itu.

Selepas yakin dengan bukti dikumpulkan, seramai tiga tenaga pengajar di pusat tahfiz itu sepakat membawa semua mangsa ke IPKKL untuk membuat laporan polis minggu lalu sebelum kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11).

Hasil laporan perubatan oleh pihak HKL mengesahkan salah seorang mangsa diliwat hingga mengalami kecederaan usus manakala selebihnya berdepan gangguan emosi yang teruk. Mangsa lain mendakwa dipaksa melakukan onani, mandi bersama, diraba selain pelbagai perbuatan tidak masuk akal oleh suspek yang juga mudir pusat tahfiz itu.

Memburukkan imej Islam


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk tutup operasi sekolah tahfiz berkenaan seandainya pemilik didapati bersalah. Malah, tindakan tegas juga perlu diambil kerana perbuatan keji itu boleh mencemarkan institusi tahfiz dan menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan disamping memburukkan imej Islam.

Berulang kali saya tegaskan, jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara dilarang agama. Orang sebegini perlu diajar dan diambil tindakan tegas, bahkan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau dia pengetua, kita tutup terus sekolah itu kerana bagaimana seorang pengetua yang memimpin institusi tahfiz buat perkara keji begitu?

Pengetua atau guru yang melakukan perbuatan itu juga tak boleh mengajar lagi di sekolah tahfiz kerana telah memalukan nama baik institusi tahfiz lain yang turut memberi kesan terhadap ibu bapa yang menghantar anak belajar di situ.

Saya menasihatkan ibu bapa yang mahu menghantar anak ke sekolah tahfiz yang diiktiraf kerajaan selain mengambil kira ciri-ciri keselamatan dan kokurikulum disediakan. Saya bimbang juga jika ada sekolah tahfiz yang mengajar doktrin fahaman tertentu kepada pelajar mereka dan kita memantau perkara ini dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk sering memantau perkembangan anak-anak mereka di sekolah mahupun di rumah. Jika terdapat perbezaan atau kesan yang aneh pada anak, ibu bapa boleh saja terus laporkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.




Sumber: Sinar, Metro, Ohbulan

#onani
#liwat

Share:

Thursday, September 20, 2018

Apa Punya Gangster Pukul Wanita Sampai Berdarah

Apa Punya Gangster Pukul Wanita Sampai Berdarah


Inilah yang dinamakan gangster tahi kucing!

Seorang pengguna Facebook bernama Wayne pada 13 September lepas telah menceritakan tragedi hitam yang menimpanya dan keluarga ketika berdepan dengan 3 orang lelaki yang kononnya gangster.

Kisahnya bermula apabila kakak si Wayne ni dengan boyfriendnya gunakan khidmat job agency seorang lelaki bernama Kelvin untuk bekerja di Korea Selatan. Dorang dikatakan dah bayar RM3,000 seorang kat Kelvin tapi tup-tup kena scam sebab tak dapat pekerjaan yang dijanjikan.


 Ini Kelvin  
Sumber: Facebook  

Sumber: Facebook 

Walaupun si Kelvin ni dah janji nak beri kakak Wayne ni pekerjaan baru, tetiba je dia hilangkan diri, tak angkat call dan biarkan kakak mangsa dan boyfriend dia terkapai-kapai kat Korea Selatan tanpa apa-apa. Aduhai!

Nak dijadikan cerita, mangsa dan keluarga dia ni pergilah serbu si Kelvin dekat tempat kerjanya di J&T Express, Melaka dari KL pada 12 September lepas.

“Sebab dia tinggalkan kakak saya macam tu je dekat negara orang tanpa sebarang bantuan, ayah saya nak tampar muka dia. Tapi dia sempat menolak dan tak kena pun tamparan tu.




“Tapi lepas tu, dia pula berlagak samseng dan cakap dia tak ada duit nak bayar pampasan. Jadi saya cadang kita pergi saja ke balai polis untuk report kes ini.

“Tapi kemudian dia cakap, kalau nak buat laporan polis, suruhlah polis datang ke sini dan tangkap saya,” cerita Wayne. Amboi berlagak sungguh!

 Sumber: Facebook 

Tapi perkara ni jadi lebih buruk bila dua abang Kelvin masuk campur dan cuba buat kacau. Dalam rakaman video kat bawah, korang boleh tengok abang Kelvin yang pakai baju biru tu tiba-tiba naik angin sebab dapat tahu bapa si Wayne ni nak tampar adik dia tadi.

 Sumber: Facebook  

Sumber: Facebook 

So dia pun apa lagi, tolak handphone Wayne sampai jatuh lepas tu pukul bapa dan ibu Wayne sampai berdarah teruk. Ish gilanya!

“Abang scammer yang pertama tu mulakan pergaduhan dengan tolak handphone dan tumbuk muka saya. Abang scammer nombor dua (pakai baju biru) pulak, tumbuk muka bapa saya. Bila ibu saya cuba tolak lelaki tu, dia tolak ibu saya jatuh ke bawah.

Dia kemudian ambik besi panjang dan hentak kepala ibu saya berkali-kali sampai ibu tak boleh nak ingat apa-apa,” kata Wayne. Eh gilanya! Perempuan pun dia nak pukul!



 
Sumber: Facebook 

Macam manapun, Wayne sempat buat laporan polis tentang kelakuan tiga beradik gangster ni dan hantar ibu bapanya ke hospital dengan ambulans. Lepas buat laporan polis, Wayne pulak ke hospital untuk rawatan dan di situ dia diberitahu seorang inspektor yang lelaki-lelaki tadi cakap dialah yang memulakan pergaduhan tu terlebih dahulu.

Pulak dah dia yang kena tuduh… nasib ada bukti video.

Kata Wayne, mak dia kena pukul teruk jugak sampai kena 9 jahitan di kepala dan tubuh badan habis lebam sini sana. Tapi dia dan bapanya mujurlah hanya bengkak-bengkak sikit di badan dan leher.

 Sumber: Facebook  

Sumber: Facebook  

Sumber: Facebook 

Buat masa ni, kes pukul ni masih lagi dalam siasatan polis dan syarikat tempat Kelvin bekerja jugak dah tunjuk inisiatif untuk bekerjasama dengan polis.

Semoga ibu mangsa cepat sembuh dan keluarga mereka mendapat keadilan sewajarnya.



Sumber : lobakmerah | zaudinsaad.blogspot.com

#samseng
Share:

Wednesday, September 19, 2018

Kejam!!!...Gadis 18 Tahun Parah Ditetak Teman Lelaki

Kejam!!!...Gadis 18 Tahun Parah Ditetak Teman Lelaki

zaudinsaad.blogspot.com

Kejam!!!...Gadis 18 Tahun Parah Ditetak Teman Lelaki | Seorang remaja perempuan parah di muka akibat ditetak oleh bekas teman lelakinya yang berang mangsa memutuskan hubungan mereka.

Dalam kejadian jam 9 malam di Bireun, Aceh, Indonesia, muka mangsa, Firda Maisura Tarmizi, 18, ditetak suspek dengan pisau menyebabkan luka parah dari pipi kiri ke kanan yang turut membelah hidungnya.



Tidak cukup dengan itu, suspek juga merampas beberapa barangan milik mangsa seperti wang tunai, telefon bimbit dan motosikal Honda Beat sebelum meninggalkan mangsa yang cedera.




Mangsa sempat berjalan sejauh 100 meteri untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak berdaya dan terjatuh di tepi jalan sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam Isnin di Jalan Desa Beunyot dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Menurut keterangan mangsa kepada pihak polis, Firda mendedahkan mukanya ditetak oleh bekas teman lelaki yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk berpisah.

“Pada malam kejadian, saya keluar membeli barang. Di pertengahan jalan, dia memberhentikan saya dengan alasan mahu berbincang mengenai hubungan kami, tetapi saya menolak.

“Dia kemudian bertindak agresif dengan menarik tangan saya sehingga terjatuh. Saya cuba melawan, tetapi dia mengeluarkan pisau dan terus menetak muka saya sebelum saya terus tidak sedarkan diri,” katanya.

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengambil keterangan dari rakan-rakan suspek untuk membantu mengesan suspek yang telah menghilangkan diri sejak kejadian itu.


Suspek






Sumber : wowberita | zaudinsaad.blogspot.com

#tetak
#remajaditetak
Share:

Gambar Panas Instafamous Pula Tersebar Selepas Kes DIKERJAKAN Bergilir-gilir

Gambar Panas Instafamous Pula Tersebar Selepas Kes DIKERJAKAN Bergilir-gilir



Gambar Panas Instafamous Pula Tersebar Selepas Kes DIKERJAKAN Bergilir-gilir | Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini apabila gambar seksi seorang bintang Instagram yang dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir tiga lelaki pada Ogos lalu, mulai viral.




Beberapa keping gambar individu yang dikatakan mirip dengan gadis berkenaan mulai dikongsi pengguna media sosial, sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.





Turut dikongsi ialah imej gadis remaja itu dalam keadaan sopan dan mengenakan tudung.






Sebelum ini media melaporkan, ketiga-tiga lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol di Motel Wonderful, Taiping Ahad lalu.

Pesalah, masing-masing boleh dikenakan penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.



Sumber : wowberita | zaudinsaad.blogspot.com

#instagram
#instafamous

Share:

Lelaki Bunuh Diri Gara-Gara Teman Wanita DIKERJAKAN Depan Mata

Lelaki Bunuh Diri Gara-Gara Teman Wanita DIKERJAKAN Depan Mata




Lelaki Bunuh Diri Gara-Gara Teman Wanita DIKERJAKAN Depan Mata | RAIPUR, INDIA – Seorang remaja berusia 19 tahun membunuh diri selepas dipaksa menyaksikan teman wanitanya dirogol dua lelaki dalam satu kejadian di negeri Chhattisgarh, baru-baru ini.

Remaja itu bertindak demikian kerana trauma dan rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan teman wanitanya.


Sebelum kejadian, remaja dikenali sebagai Sawan Sai itu dan teman wanitanya sedang berdua-duan di sebuah kawasan terpencil di Bhelwatikra.

Insiden itu berlaku pada 1 September lalu dan Sawan bertindak membunuh diri keesokan harinya.




“Semasa sedang menyiasat punca Sawan membunuh diri, polis dimaklumkan dengan kedatangan teman wanita mangsa.

“Gadis yang masih di bawah umur itu menceritakan kejadian sebenar,” kata penyiasat polis Katghora, Sandeep Mittal.

Kata Mittal lagi, si pelaku turut membelasah Sawan dan melarikan telefon bimbitnya.

Susulan itu katanya, polis telah menahan dua pemuda berusia 22 tahun dikenali sebagai Ishwar Das dan Khem Kanwar dan dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta Perlindungan Kanak-Kanak (POSCO). – Times of India



Sumber : wowberita

#krt
#ngeri
#kejam
Share:

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

IKUT KAMI

PING