Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda
Kisah Benar Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati
Allah Allah Allah… Beberapa hari sebelum dihukum gantung dia diberi peluang oleh pihak polis untuk menulis permintaan terakhir. Menggeletar tangan polis bila baca surat permintaan budak ni. Sebak sangat. Nak tau apa yang ditulisnya jom kita baca…………..
Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati Ini Buat Polis MENANGIS !!! | Seorang banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.
IBU…,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.
IBU…
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).
TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.
Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.
Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************
PELAJARAN BUAT IBUBAPA
Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.
Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.
Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.
Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.
Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.
Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.
Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.
Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi yang mulia ini.
Ramai Yang Tidak Tahu Buah Kundur Boleh Perangkap Makluk Halus
Jika rumah anda ada bunyi guli jatuh bunyi orang tarik kerusi atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur
seandainya buah tu busuk buang jauh2 dan ganti dgn yg baru sampai tak busuk.
Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir keatas individual...
Ini adalah pertua orang dulu kala ataupun cara orang India pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan mata batinnya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu object (unseen ghost or jin)
Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat menjaga diri kita Dan rumah kita daripada makhluk2 Yang tak nampak...
Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya Dan tidak pulak rosak Dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu pertanda rumah clear & clean.
Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar, itu petanda ada sesuatu Yang tak kena.
Jadi apa tindakkan kita seterusnya?
Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat2 suci Al-Quran
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih faham dan tahu akan kegunaannya...
Kisah Seram...Meremang Bulu Roma Bila Pintu Diketuk Pukul 330 Pagi
Saye ada kisah benar menarik utk diceritakan. Mari baca dan share sekali.
Semalam saye balik awal dan terus pengsan tido di sofa… tp sebelum tido saye jerang air, sbb nak masak telur separuh masak…
Yang x bestnya saye terus terlelap…. hmmm.
Jam 3.30 pagi alih2 pintu rumah saye digoncang2… konsisten jugak la dalam sejam ke sejam lebih.. ..
Kalau nak kata ada angin, mustahil…. saye duk kondo…. ruangnya tertutup… nak kata orang lalu lalang pun dah 3.30 pagi…. lgpn kalau nak masuk kena pakai vip card… so mustahil ada orang masuk sesuka hati…. mmg tmpt saye tinggal ni sgt privasi.
Saye pun x pakai aircond…xde anginla abeh citer… dan xde org lalu lalang.
Fullstop.
Lama btl pintu rumah saye bergoncang2 mcm ada seseorang nak masuk… saye beranikan diri jugak tgk kat bawah lantai manatau ade tapak kaki ke tak….kosong! saye perati je sejam tu…
Dah kenapa pintu ni….
Saye akui, setakat alami gangguan mcm ni saye dah biasa dah…. dah lali…. pontianak mengilai la…. badan saye naik bijik tanpa sebab la ape la….. ini normal bg saye…
So saye pun xdela melenting…. tau jelah bukan keja manusia…… Anyway, saye capai hp terus balas mesej semua customer… hahahaha… saye mmg jns malas nak layan benda2 mcm ni…. saye teruskan kerja saye…
Mmg tak nangis bukan sbb tak takut tp sbb kalau takut pun ape je saye bleh buat… jiran saye dah tido semuanya…. so, saye wat dek jela sambil balas msj dan sambil dengar pintu rumah saye digegar2….hehe….
Tapi, saye nak berterima kasih gak kat diorang dok gegar rumah saye….tau tak kenapa…. mungkin depa nak inform yg saye terlupa tutup dapur elektrik saye….!!!!! Saye tersedar periuk saye hangus, dapur dok berasap….. habeh kering kontang periuk….
Masa ni tah kenapa saye bleh bangun utk cek suis2 padahal saye banyak guna brg elektronik….
Bayangkan 10 jam saye jerang air dgn maximum level….fuiyohhh… this is real okay…
Saye cpt2 tutup sebab ruang dapur tu sgt panas…. Syukur saye tak mati dalam diam… terperangkap dgn bau gas dan sebagainya…
Patutla jam 3.30 pagi saye tersedar dari tidor…. btl2 saye nyenyak sbb terlalu letih handle kerja dan pelajaran saye….
Last2 pintu kena gegar, mau saye tak terkejut…. terkejut siollll…
Kadang2 yg kite terlihat pelik dan ajaib secara tiba2 itulah yg terbaik utk selamatkan kite…
Ini semua ASBAB sahaja.
Bayangkan pintu rumah selama sejam yang bergoncang…. rupanya MUNGKIN makhluk Allah tu nak bgtau yg dapur rumah saye dah keluar bau gas dan berasap…
Allahuakbar… Masih panjang umur saye…
Terima Kasih Allah….
Terima Kasih menghantarkan sesuatu utk saye semalam…… Memang dalam situasi saye terpaksa berdikari ni, Allah menjaga saye dengan cara tersendiri… Ya saye terpaksa berdikari skrg….
Terima Kasih Allah….
Ok pagi ni saye bersiap2 nak ke kelas…
Dan….. Pintu saye takde bunyik pun…
Ya ia menyeramkan tp itu adalah perkara biasa bila kite baru sahaja pindah ke sesuatu tempat…
Salam pengenalan sentiasi ada dimana2…
hehehehe…..
Ngeri!!!.."Pulangkan Anak Aku, Anak Kau Dah Mati"...
Ngeri!!!.."Pulangkan Anak Aku, Anak Kau Dah Mati"... | Tidak dinafikan, tempat sunyi dan pendalaman seperti air terjun,hutan dan gunung-ganang sering dikaitkan dengan makhluk halus.
Tak hairanlah kalau orang tua-tua sering menasihati golongan ibu-bapa agar tidak membawa anak kecil ke tempat begitu.
Perkongsian ibu ini boleh dijadikan iktibar buat ibu-bapa di luar sana. Anaknya demam sampai biru gara-gara ditegur jin hutan. Seramnya!
Sakit Kulit Yang Berpanjangan Mungkin Anda... | Kewujudan makhluk bernama jin tidak perlu disangkal kerana di dalam Al-Quran pun ada menjelaskan akan wujudnya makhluk-makhluk ini. Walau bagaimana pun, Allah SWT telah membataskan penglihatan kita untuk melihat kewujudan mereka.
Seperti perkongsian ustaz ini apabila pesakitnya mengadu masalah kulit. Namun apabila diperiksa rupa-rupanya gangguan jin.
Terdengar suara garau
Semalam ada rawat seorang pesakit lelaki yang mempunyai masalah kulit. Seperti biasa sebelum ruqyah ada sedikit sesi kaji selidik pada pesakit.
Saya tanya beliau macamana boleh jadi begini? Pesakit ni bagi tahu dia ada tidur di sebuah hotel. Ketika hendak tidur dia terdengar suara garau (lelaki) sedang gelak dan tak lama selepas itu badanya gatal2 seperti gambar dibawah.
Saya nak bagi nasihat sedikit pada anda. Apabila anda bercuti tak kira di mana sekalipun samada bermalam di hotel, resort atau pun homestay sebaiknya suami/lelaki masuk dahulu.
Masuk bagi azan dulu
Isteri dan anak-anak tggu dulu di luar. sebelum masuk bagi salam dan azan dahulu di dalam rumah/hotel tersebut. Insya Allah sekiranya ada sesuatu makhluk halus (jin) yg menumpang di kediaman tersebut dengan laungan azan pasti ai akan keluar. Jika ada air yasin dan di spray di dalam rumah/hotel tersebut lagi Bagus. Sedikit nasihat dari saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. Beringat sebelum kena. Insya Allah
Ngeri!!!...Klip Video Hantu Budak Sekolah Nak Ikut Balik, Lihat Apa Ibu Ini Lakukan
Ngeri!!!...Klip Video Hantu Budak Sekolah Nak Ikut Balik, Lihat Apa Ibu Ini Lakukan | Kanak-kanak berupaya untuk melihat makhluk halus yang berada di sekeliling mereka. Malah, keupayaan imaginasi mereka lebih tinggi berbanding orang dewasa. Sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang kanak-kanak perempuan sedang berkomunikasi dengan ‘rakan hantu‘ di sekolah mendapat perhatian netizen.
Kejadian ghaib ini berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Songkhla, Thailand dan telah meraih tontonan sebanyak 5.6ribu. Seram tapi ini benar…
‘Mak dah cakap jangan pergi…’
Sebelum video ini dirakam, ibu kepada kanak-kanak perempuan ini telah melihat anaknya itu sedang bercakap sendirian di hadapan bilik komputer aras dua di bangunan sekolah itu. Malah, ibunya berasa hairan kerana tiada seorang individu pun berada di kawasan itu. Ini bukan kejadian pertama kerana anaknya itu pernah banyak kali bercakap sendirian dan kadang-kala kelihatan berkongsi minuman soda dengan ‘rakan ghaibnya’ itu.
Video ini menyaksikan perbualan ibu bertanyakan kepada anaknya mengenai ‘rakan ghaib’ yang sering mengekori mereka.
Anak: Adik kat atas tu lapar nasi. Mak: Adik mana? Anak: Adik yang ikat rambut, pakai kasut warna merah jambu. Badan dia kecil. Mak: Beritahu adik tu, jangan ikut kita. Adik duduk sini la ye.
Ibu ini agak khuatir dan bimbang akan anaknya itu. Dia memaksa anaknya untuk memberitahu siapa dan identiti sebenar ‘rakan ghaibnya’ itu.
Mak: Beritahu adik tu, jangan datang kacau kita. Beritahu dia yang kita balik rumah dulu. Nanti esok kita datang, dia tak payah ikut kita balik. Tak boleh balik sekali, kereta mak penuh… tak muat…
Kanak-kanak itu turut menyampaikan pesanan ibunya kepada ‘rakan ghaib’ itu. Kedengaran juga suara misteri yang membalas perkataan ‘krub‘.
Akibat Rumah Terlalu Besar, Lihat Apa Yang Terjadi
Akibat Rumah Terlalu Besar, Lihat Apa Yang Terjadi | Kalau korang jenis berduit, mesti berangan kan nak beli rumah besar dan cantik? Tapi sebenarnya duduk rumah besar dengan penghuninya hanya dua tiga orang ni tak digalakkan sebab takut ada benda yang ‘tak diundang’ duduk sekali dengan kita tanpa disedari. Uiksss seramnya!
Menerusi pengguna Twittter bernama Silly Boney, dia share satu kisah seram yang menimpa satu couple ni, di mana dorang duduk kat rumah yang besar sangat sampaikan ada bahagian dalam rumah tu dorang sendiri tak pernah jejak. Wuuu berani betul duduk rumah besar berdua je!
Seram kan? Fuh lain kali beringatlah, kalau takat nak duduk seorang dua, baik beli apartment atau kondo je. Tak payah beriya sangat nak beli rumah banglo walaupun berduit. Takut ada pulak yang jadi penyewa ghaib kat situ.
Admin kalau ada rumah sebesar tu, ajak parents, adik beradik duduk sekali. Baru meriah!
Kurang Ajar!!!...Pelajar Selamba Hisap Rokok Depan Cikgu
Kurang Ajar!!!...Pelajar Selamba Hisap Rokok Depan Cikgu | Pelajar Hisap Rokok Dalam Kelas, Netizen Marah Pelajar Ini Bersikap Biadap. Sekolah merupakan medan di mana anak-anak datang untuk menimba ilmu. Hampir separuh daripada masa mereka akan dihabiskan semasa di sekolah.
‘Kalau Cikgu Marah Cikgu Kena Maki’ – Pelajar Hisap Rokok Dalam Kelas, Netizen Marah Pelajar Ini Bersikap Biadap
Memang lumrah murid-murid berkelakuan nakal, namun haruslah berpada-pada dan janganlah pula sehingga hilang rasa hormat terhadap guru di sekolah.
Baru-baru ini, sebuah video tentang kelakuan seorang pelajar di sekolah telah menjadi viral di media sosial. Video tersebut menunjukkan beberapa belajar bertindak menghisap rokok semasa di dalam bilik darjah ketika guru sedang mengajar.
Video tersebut telah mengundang kecaman daripada netizen kerana rata-rata menganggap perbuatan murid tersebut agak keterlaluan dan biadap.
Biadap dan tidak bermoral
Video tersebut menunjukkan pelajar terbabit tidak mengendahkan guru yang sedang mengajar di hadapan sebaliknya berseronok di belakang bilik darjah sambil menghisap rokok. [Nangtime.com] Namun, video yang telah mendapat retweet lebih 17,000 kali itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Singapura.
Diharap pihak berkuasa dan sekolah dapat menjalankan siasatan terhadap isu ini supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang. Ini bertujuan untuk mendidik pelajar menghormati sekolah sebagai sebuah institusi ilmu.
Meskipun video ini dikatakan berlaku di Singapura, tak salah rasanya kalau kita jadikan sebagai peringatan untuk melahirkan lebih ramai lagi manusia yang berguna di kemudian hari.
Selain tindakan merokok didalam kelas, Semakin ramai pelajar yang bertindak biadap pada masa sekarang sehingga ada yang sanggup membahayakan nyawa orang lain. Semoga dijauhkan.
Wajib Baca!!!...Pengalaman Seram Pelajar Universiti Tempatan Yang Amat Mengerikan
Wajib Baca!!!...Pengalaman Seram Pelajar Universiti Tempatan Yang Amat Mengerikan | Masuklah universiti mana pun, mesti korang akan dimomokkan cerita seram turun temurun oleh senior korang dan ada sesetangahnya memang mengalaminya sendiri.
Takpun cerita seram ni disampaikan oleh kawan korang yang dengar dari kawan kepada kawan dorang.
Ni antara beberapa cerita famous di universiti tempatan kat Malaysia ni. Pada student yang baru masuk tu, semoga semakin seronok lepas baca cerita seram ni. Jangan packing beg balik rumah sudahlah!
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Gambar hiasan
Masa mula-mula masuk dulu, senior ada pesan “Korang kalau dah pukul 12 lebih ke atas tu terserempak dengan bas lagi jangan pegi naik pulak. Tu bukan bas betul.”
Nak dijadikan cerita, satu malam ni aku dengan kawan-kawan yang lain habis kelas silat lambat. Tempat berlatih silat dengan kolej memang jauh, so jalan kaki ramai-ramailah. Lagipun bas UKM stop operasi pukul 11 malam.
Dalam penat berjalan tu, tiba-tiba ada bas berhenti kat tepi kami. Ada la penumpang beberapa orang. Disebabkan penat gila, kami semua memang terus terjah naik bas tu.
Masuk dalam bas, pak cik tu perasan baju silat kami, dia tegur, “Oh patutlah berani, budak-budak silat rupanya”. Aku dengar endah tak endah je.
Penumpang dalam bas tu semua nampak normal tapi dorang senyap tak bergerak. Mata dorang pandang depan tak beralih mana-mana pun. Tak main handphone, tak tengok luar tingkap, tak sembang dengan member sebelah.
Sampai dekat simpang kolej kami, pak cik bas ni tiba-tiba tanya “Tak nak pergi Fakulti Undang-undang (FUU) ke?”
FUU ni sebelum ke simpang kolej kami, nak pergi FUU jalan straight je. Tapi yang peliknya FUU ni kalau ikut jadual bas pun sebelum berhenti ke FUU memang akan lalu Kolej Za’ba dulu baru hala FUU tapi tak tau kenapa pak cik ni tanya macam ni.
Kami semua menggeleng sebab masing-masing dah nampak katil je dan tak nak lambatkan perjalanan.Lepas tu pak cik tu cakap lagi.
“Ala ye ke, pak cik ada barang nak kena angkut ni”
Kami tanya penumpang lain yang belakang tu. Ada sapa-sapa tak nak pergi FUU. Yang lain tu semua tak jawab langsung. Angguk tak, geleng pun tak. Cuma pandang je depan. Pelik gila!
Sampai je dekat depan kolej, terus kami turun. Keesokannya disebabkan rasa pelik, aku pun ceritalah dekat sorang budak kelas ni. Budak ni dulu asasi pintar kat UKM, mungkin dia boleh cerita lebih.
Lepas je aku cerita, budak tu terkejut. Dia tanya kenapa naik bas pukul 1 pagi macam tu. Katanya bas UKM kalau time macam tu bukan bawak orang, dia bawak benda lain.
Katanya mitos UKM lah, memang ada bas beroperasi tengah malam buta macam tu tapi bawak benda lain. Macam bunian ke yang nak ke tempat-tempat lain. Bukannya bawak manusia.
So kami naik dengan geng bunian ke semalam? Meremang bulu roma!
Kolej Tun Fatimah serius kolej paling seram yang aku pernah stay. Ada satu malam ni aku tumpang tidur bilik member aku kat kolej sebab dah lewat sangat. Aku pun dah malas nak balik bilik sendiri.
Dah la ada rumours kata yang bilik member aku ni dulu ada orang bunuh diri. Siap ada bekas tulisan kat dinding tulis,
“Sesiapa yang tinggal di bilik ini akan ditimpa bala”. Memang seram la!
Malas nak ambil pusing hal remeh tu semua. Aku terus lena tak ingat apa. Lepas seketika aku terjaga dan dalam keadaan mamai, aku ternampak satu lembaga dekat hujung katil yang datang mendekati aku.
Aku berusaha nak bergerak sebab aku takut dan aku sebenarnya rasa macam aku still bermimpi. Tapi agaknya hantu tu marah, dia tekan perut aku dengan kuku panjang dia.
Masa tu aku terus boleh bergerak dan aku bingkas pandang sekeliling bilik. Tapi tak ada apa-apa pun. Aku terus tekan kawasan perut aku yang ditonyoh hantu tu tadi. Zappp! Perit dia memang terasa sampai ke tulang.
Sebab takut sangat aku tak tidur sampai ke subuh. Aku risau aku kena kacau lagi.
Habis je kerja aku kat studio terus aku start enjin motosikal. Dalam kepala ni dah terbayang keempukan katil kat bilik walaupun nipis je tilam tu sebenarnya.
Tak kisahlah janji aku dapat tidur!
Lalu je dekat kawasan Tasik Harapan, aku pelik sebab ternampak ada sorang perempuan tengah berjogging tengah-tengah malam macam ni! Semangat sangat nak diet ke? Dahlah berpakaian serba putih!
Bila aku nampak wanita perempuan tu macam berlari ke arah tasik, terbit pulak rasa risau. “Jangan-jangan dia nak bunuh diri tak?”. Bisik hati kecil aku.
Aku terus berhentikan motosikal bila aku perasan dia betul-betul menuju ke arah tasik. Kelam-kabut aku cuba menerpa ke arah perempuan tu gaya ala-ala hero drama hindustan nak selamatkan gadis impiannya.
Tapi niat aku terbantut sebab perempuan tu bukannya terjun ke dalam tasik tapi dia berjalan kat atas air sampai ke tengah dan terus menghilang. Aku pun apa lagi, terus start enjin motorsikal dan blah daripada situ. Memang gila la kalau aku terus stay situ!
Sedang aku dan rakan-rakan khusyuk mendengar kuliah salah satu subjek dekat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, tiba-tiba microphone berdehem secara sendiri “Ssmssmms, ssmssmms”. Dahlah dua kali pulak tu, terus senyap sunyi kuliah time tu!
Pensyarah kitaorang terus menyindir “Ai ada jugak yang nak menyampaikan kuliah nampaknya”, sambil melambai-lambai perlahan tangan beliau dekat mulut microphone tu.
Kami semua hanya bersangka baik dan menganggap bunyi tersebut terhasil kerana microphone tak off.
“Perkara begini awak jangan sangka tak pelik,’ kata lecturer dan dia mula bukak cerita pasal benda pelik dekat fakulti ni.
“Saya sudah ada banyak pengalaman bertugas di FBMK ni. Pernah suatu ketika dahulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya.”
“Pernah juga sedang elok saya masuk kuliah, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri.
Kerusi pensyarah ini. Bukan kerusi pensyarah lain.” Tepuk beliau pada kerusi yang beliau tengah duduk.
Lecturer aku pesan kalau datang awal dan berseorangan, sila tunggu dulu di luar kelas.
“There’s a high chance that the 2nd person in here is not human!”
Terus aku rasa macam nak balik dan tukar kos lain. Aku takut!
Student kat Marhallah Zainab Jahsy (ZC) ni memang seronok kalau study dekat tepi sliding door ni. Nak ambil angin malam la katakan!
Aku pun tengah syok study kat pintu ni bila terdengar sayup-sayup ketukan dekat pintu.
Aku pun tanyalah, “Siapa tu?”
Orang yang diluar pun menjawab, “Aku ni orang sebelah”
Aku pun mengangguk dan terus menyambung, “Ohh orang sebelah, masuklah pintu tak kunci!”
Dia menyahut, “Betul nak aku masuk ni? Ok aku masuk sekarang.”
Hairan dengan soalan yang diajukan, aku pun terus menoleh ke belakang seraya ‘orang sebelah’ tersebut memasuki bilik aku.
Memang terperanjat aku sebab memang ‘orang sebelah’ yang masuk tapi orang yang hanya berbadan sebelah dengan darah penuh meleleh dari kepala sehingga ke bawah!
Memandangkan sekarang dah final sem, semua student memang kalut la nak siapkan final year project (FYP). Termasuklah aku yang nak kejar due date FYP ni.
Aku kalau nak buat kerja, memang aku selalu pergi lab kat pusat pengajian aku ni sebab wi-fi dia laju gila. Sebenarnya lab ni agak famous dengan cerita perempuan baju marah tapi aku tak peduli sangat sebab tak pernah kena kat aku.
Tengah busy buat kerja tiba-tiba rasa macam nak terkucil terus aku hala ke tandas sebab memang dah tak tahan. Sampai je depan pintu tandas, aku terperasan perempuan berbaju merah sedang duduk mencangkung atas pintu tandas sambil lidahnya terjelir.
Gambar hiasan
Nak baca doa dalam tandas tak boleh, so aku baca je dalam hati. Tahu tak bunyi air menitik? Tapi bukan dari air paip tapi dari mulut dia sebab aku dengar dia mendesis sekali.
Aku beranikan diri jugak dan settlekan urusan aku. Lepas selesai aku langkah kaki kiri keluar pintu tandas. Mulut aku terus je terkumat-kamit baca ayat al-Quran sambil kaki melangkah laju.
Memang tak fikir apa, aku tinggalkan semua barang aku kat lab dan terus pecut hala balik kolej kediaman. Aku punya keselamatan lagi penting!
Wajib Baca!!!...Inilah Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar
Wajib Baca!!!...Inilah Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar | AMARAN: Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insomnia, rasa-rasa seram sejuk ataupun meremang yang akan anda rasai selepas membaca artikel ini.
Gambar hiasan
1. “Kruuukkk kraaakkkk krukkk krakkkk”
“Seperti kebiasaan, kalau dah hidup dalam asrama ni, tandas merupakan tempat yang sibuk apabila ramai orang yang nak join. Nak dijadikan cerita, aku bersama kawan cuba untuk tidak berebut-rebut dengan pelajar yang lain, jadi kami mengambil keputusan untuk mandi awal. Kawan aku ni ada kat tingkat atas katil manakala aku kat bawah.”
“Pada malam tu, tiada apa-apa kekacauan terjadi. Tibanya waktu pagi, aku pun apa lagi, tendanglah papan lapis kat katil atas tu supaya kawan aku ni bangun. Dan ternyata, cara aku itu menjadi. Kawan aku ni bangun dan ambil perkakasan untuk ke bilik air. Aku pun macam biasa, ambil jugak perkakasan aku tadi.”
Gambar hiasan
“Aku ada jugak menegur untuk berbual, tapi kawan aku senyap tanpa berkata apa-apa. Dia terus keluar menuju ke bilik air tanpa menunggu aku. Jarak bilik air dan dorm kami agak jauh juga. Jadi aku berlari-lari anak untuk kejar kawan aku ni. Kejar punya kejar, sampailah ke tandas….
Kawan aku ni dah mula gosok gigi. Aku pun gosoklah gigi, sambil-sambil tu aku tegur dia.”
“Kau ni laju sangat, tak sabar-sabar nak tunggu aku…”
“Kawan aku tak jawab cakap apa-apa. Tapi lama kelamaan, aku terdengar sesuatu yang agak luar biasa. Aku terdengar bunyi “Kruuukkk kraaakkkk krukkk krakkkk”.
“Aku tanya kawan aku, “Kau dengar tak bunyi tu…”. Kawan aku ni senyap je. Aku pun dengar bunyi tu makin kuat. Aku pun cakap sekali lagi sambil beralih muka untuk tengok kawan aku. Apa lagi, terkejut beruk aku. Ternyata bunyi “krukk krakkk krukkk krakk” tu datang dari kawan aku. Di depan aku terpacul satu tubuh yang aku sangka kawan aku tadi.”
“Di tangannya memegang pisau dan melakukan gerakan seperti mengosok gigi. Mukanya boleh dikatakan separa kulit, separa tengkorak.”
Gambar hiasan
“Aku terus cabut lari. Nasib aku tidak baik kerana masa aku berlari tu, aku terlanggar dawai ampaian. “Zraaappp” dawai ampaian terkena kat tengkuk, dan selepas itu aku memang tak sedarkan diri. Alih-alih dengar, ada pelajar-pelajar lain kejutkan aku yang memang pengsan dek penangan dawai ampaian.”
Kisah ini berlaku semasa para pelajar berada di sebuah kem motivasi. Pada malam yang pertama, tiada kejadian yang pelik berlaku. Namun semuanya bermula pada malam kedua di mana sesuatu telah berlaku di dorm yang mempunyai sebuah almari buruk.
Gambar hiasan
“Pada malam itu, seorang pelajar lelaki tidur di katil bahagian bawah dan paling hujung dekat dengan almari buruk tersebut. Katanya, semasa dia memujuk kawan yang menangis selepas terlibat dalam salah satu aktiviti di kem itu, tiba tiba dia ternampak satu bayangan bersaiz manusia sedang melompat dari atas tiang bumbung.”
“Kem ini pula memang tak ada siling dan tiang-tiang yang menongkat bumbung boleh dilihat dari bawah. Tapi dia buat tak tahu dan kembali menoleh ke arah kawannya yang masih menangis itu.
Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa yang berada di sebelahnya bukan lagi kawan tadi tetapi satu makhluk berbungkus macam jenazah yang telah dikafankan. Pendek cerita pocong la!”
Gambar hiasan
“Menggigillah budak itu. Terus baring tutup muka dengan bantal. Terkumat-kamit dia membaca Ayatul Kursi. Kemudian, katilnya bergegar selepas dia baca ayat kursi seolah-olah gegaran itu menyatakan kemarahan pada budak tersebut.
Kesemua pelajar di dalam bilik itu juga dapat merasakan gegaran dan nampak pocong tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut. Masing-masing mendiamkan diri di katil.
Dahulu, pernah salah seorang guru terjumpa satu mayat dalam almari buruk tu. Selepas kejadian itu, ramai orang cuba alihkan almari tersebut tetapi gagal. Sejak kejadian itu, dorm tersebut ditutup dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk.”
“Kisah ni berlaku pada emak aku yang bekerja sebagai seorang tukang masak di kantin sekolah. Beliau diamanahkan untuk memegang kunci kantin. Jadi, awal pagi lagi sebelum subuh dia harus ke sana untuk sediakan barang masak. Maka macam-macamlah kejadian berlaku sejak dia bekerja di situ selama hampir 20 tahun. Antara yang paling seram buat aku adalah kisah gangguan seretan rantai.”
Gambar hiasan
“Kisah ni berlaku sepuluh tahun lalu. Pagi itu seperti biasa mak aku ke kantin dalam pukul 5 pagi. Tengah bersiap-siap, kawan dia Ani datang. Ani adalah insan kedua yang selalu datang kerja selepas mak aku. Lebih kurang jam 5.30 pagi dia sampai. Jadi, seorang buat kerja di dapur dan seorang lagi sedang mengeluarkan barang dari peti ais.”
“Telinga mak aku ni memang cekap dengar benda-benda pelik. Mula-mula dia ingatkan Ani buka pintu belakang sebab ada bunyi dari belakang kantin. Tapi bila didengar elok-elok, bunyinya macam orang heret rantai besi atas jalan. Bergemerincing bunyinya.”
“Kemudian dari tingkap dapur tu dia tengok macam ada orang berjalan, tapi seolah-olah sedang memegang benda berat.”
“Rupa-rupanyanya bukan mak aku je yang nampak. Tukang kebun pun kena tapi waktu malam masa dia nak baiki mesin rumput.”
Cerita Seram Malam Jumaat!!!...Inilah Lima Cerita Hantu Korang Dengar Masa Dulu-Dulu
Cerita Seram Malam Jumaat!!!...Inilah Lima Cerita Hantu Korang Dengar Masa Dulu-Dulu | Ingat lagi tak dulu masa kecik-kecik, abang, kakak or sedara mara selalu nak takutkan kita dengan cerita hantu. Padahal, dorang duk pusing-pusing cerita yang sama je kan?
Tapi masalahnya, dalam pada dorang cerita yang sama tu, kita ni bukan main takut. Siap paranoid lagi! Pergi toilet paranoid, bila gelap or rumah blackout takut, jalan sorang-sorang seram, eh macam-macam lah dek kerana cerita hantu dorang tu.
Admin saja nak #throwback few cerita hantu yang rasanya paling popular and paling selalu kita dengar masa dulu-dulu.
1. “Dik nak kuih karipap dik…”
Mesti korang pernah dengar punyalah cerita ni kan? Dengar macam takde apa tapi al kisahnya, makcik yang jual tu dia tanya dari tingkap ke tingkat.
Selalunya, student yang study lewat malam la akan jadi mangsa and terbeli. Tengah malam kan student selalu lapar!
Apa yang takut? Makcik tu berniaga window ke window tapi dekat tingkat tinggi. So dia jalan atas apa?
2. Jangan tidur katil atas, pocong suka kacau!
I still remember, cerita ni paling buat admin takut sebab dulu duduk asrama. Pernahlah sekali dua nasib tak baik, tak sempat cop katil bawah. Terpaksalah tidur katil atas kan!
Lagi pulak, ada keluar cerita Blok 404 yang ada scene pocong kacau kawan dia tengah tidur tu.
Perghhh memang lagi kecut perut aku dibuatnya!
Gambar hiasan
3. “Nak balik ke…dah tau…?”
Kalau cerita yang ni pulak, confirm buat korang paranoid nak pergi tandas asrama malam-malam. Haha! Ala takkan tak tahu cerita ni.
Al kisah, someone pergi basuh baju dan jumpa kawan dekat toilet buat basuh baju juga. Konon-konon dia happy sebab ada teman tengah tengah malam buta tu.
Tengah duk syok membasuh sambil sembang tu, baju dia jatuh atas lantai. Bila nak ambil baru perasan kaki ‘kawan’ tu tak cecah lantai. Menggigil beb! Dia pun apa lagi,
“Erm awak, saya balik bilik dulu la…”
‘Kawan’ tu pun menjawab sambil tersengih,
Nak balik ke…dah tau…?”
Lepas tu dia mengilai weh! Mau tak lari lintang pukang 😂😂😂 Lebih kurang dalam video ni lah cerita hantu tu:
Sumber: Youtube
4. “Tandas 1 kosong, tandas 2 kosong… tandas 3?”
Siapa suka mandi malam-malam dekat asrama, kena kacau macam ni lah. Ada yang pernah kena? 👻
Kalau ikutkan cerita yang selalu kita dengar, orang yang mandi sensorang tu akan dengar suara perempuan main kira-kira setiap bilik air shower. Katanya, saja je benda tu nak kacau… Kacau tu takpe lagi, buatnya dia tonjolkan diri nampak muka adumakkkk….
Gambar hiasan
5. Penanggal suka makan baby baru lahir
Admin dulu pernah kena marah dengan nenek sebab tanya kampung dia ada penanggal tak? 😂
Gambar hiasan
Mana taknya, dah kita ditakutkan dengan cerita penanggal ni suka makan baby baru lahir. Kononnya, penanggal ni punya deria mendengar kuat. Asal ada orang baru beranak je, confirm dia dengar bunyi tangisan baby. Tak kira dekat pelusuk mana pun dalam kampung tu, dia dengar punya…
Korang ada ke pernah terserempak dengan penanggal masa tengah jalan-jalan dekat kampung? Hahaha!
Apa lagi kisah hantu yang orang dulu-dulu selalu cerita untuk takut-takutkan korang? Ada yang korang pernah dengar selain list dekat atas ni? Cuba share dengan admin dekat comment tu. 😁