Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Biodata Dan Profile Hannah Delisha

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik gara-gara drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer yang dilakonkan bersama Syafiq Kyle.....

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???

Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah...

Biodata Dan Profile Lengkap Model Cantik Alicia Amin

Alicia Amin, peserta Asia’s Next Top Model (Musim Ke-5) ini adalah salah seorang bakat baru dalam bidang lakonan di Malaysia.....

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang...

Homestay Di Area Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Admin nak kongsikan satu Homestay ni di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Cantik Homestay ni segala kelengkapan semua ada. Memang best...

Sunday, September 30, 2018

Biodata Dan Profile Lengkap Kylie Verzosa Sebijik Macam Neelofa

Biodata Dan Profile Lengkap Kylie Verzosa Sebijik Macam Neelofa



Biodata Dan Profile Lengkap Kylie Verzosa Sebijik Macam Neelofa | Kylie Verzosa merupakan model dari Filipina. Namanya melonjak naik setelah memenangi pertandingan Miss International 2016.

Pernah bekerja sebagai guru pra-sekolah. Kylie Verzosa juga pemegang Ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan. Bukan calang-calang orang Kylie ni.



Mari Kita Lihat Biodata Dan Profile Lengkap Kylie Verzosa


Nama Sebenar     : Kylie Fausto Verzosa
Tarikh Lahir         : 7 Februari 1992
Tempat Lahir       : Baguio, Philippines
Tinggi                  : 1.74 Meter
Keluarga              : Gemma Raquel Fausto, Ari Verzosa
Adik Beradik       : Yuri Verzosa, Kahlil Verzosa
Pendidikan           : Ateneo de Manila University (2013), Saint Louis University

Instagram             : @KylieVerzosa

Fakta Menarik Tentang Kylie Verzosa


1. Seorang Guru Dan Aktivis Peduli Depresi(Kemurungan)

Kylie pernah menjadi sukarelawan untuk Natasha Goulbourn Foundation. Yayasan tersebut bergerak di bidang pendidikan, khususnya untuk memberikan informasi kepada masyarakat mengenai depresi dan bunuh diri.

Kylie juga merupakan guru sekolah serta seorang  yang mempunyai sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Ateneo de Manila University.

2. Miss International Ke-6 Dari Filipina

Filipina memang mendominasi pertandingan Miss International atau Ratu Cantik. Kylie merupakan peserta Filipina ke-6 yang yang memenangi acara ini.

Kylie mengikuti jejak Bea Santiago, pemenang Binibining Pilipinas yang menang Miss International pada 2013.

Rekod Filipina hanya kalah dari peserta Venezuela yang telah memenangi gelar Miss International sebanyak tujuh kali.

3. Mengikuti Jejak Ibunya

Dunia ratu cantik bukanlah perkara baru bagi gadis kelahiran 7 Februari 1992 ini. Ibunya Gemma Raquel Fausto juga meminati bidang yang sama.

Gemma mengikuti pertandingan Binibining pada tahun 1985 dan berjaya hingga ke separuh akhir.

4. Gemar Membuat Kuih

Kylie juga terkenal dengan gemar membuat kuih. Gadis yang menyertai Asosiasi Model Profesional Filipina (PMAP) ini sering memuat-naik foto-foto kuih buatannya ke akaun Instagramnya.

5. Disokong Oleh Kylie’s Angels

Selain sokongan dari keluarga, Kylie juga memiliki banyak peminat-peminat di Filipina yang menamakan diri mereka sebagai Kylie’s Angels.

Ia sering meluangkan masa untuk menemui para peminatnya.


Gambar-Gambar Terkini Kylie Verzosa



















Sumber : Rappler.com | kylie | zaudinsaad.blogspot.com

#kylieverzosa
#neelofa
#ratucantik
#missinternational
Share:

Friday, September 28, 2018

Wajib Baca!!!...Taktik Terbaru Tanpa Nombor TAC Pun Scammer Boleh Transfer Duit

Wajib Baca!!!...Taktik Terbaru Tanpa Nombor TAC Pun Scammer Boleh Transfer Duit



Wajib Baca!!!...Taktik Terbaru Tanpa Nombor TAC Pun Scammer Boleh Transfer Duit | Kegiatan scam menggunakan panggilan palsu dengan taktik kononnya tersalah bank in duit ke akaun mangsa telah menyebabkan pasangan ini kerugian wang.

Ketika kejadian, suami mendapat panggilan bertubi-tubi dari scammer yang meminta nombor pin tac.

Tambah licik scammer masih boleh meneruskan transaksi meskipun tanpa no pin tac yang diminta. Hati-hati!




Dapat call bertalu minta no tac


Scammer

PLEASE BEWARE ESPECIALLY FOR THOSE CIMB ACC HOLDERS


Wawa antara salah sorang mangsa scammer 2 hari lepas, macam tak percaya terjadi dekat I dengan Huby, sebab Huby Wa jenis yang sangat teliti dan bukan kata nak puji atau riak tapi dia ada banyak jugak knowledge especially tentang IT. Tapi still boleh kena jugak guys without kita bagi apa-apa details, just taktik pangilan bertalu-talu okey!

1. Kejadian berlaku masa Wawa ada TCA baby, then Huby Wa received call from somebody, dia cakap dia tersilap daftar TAC atas number telefon Huby Wa, so dia tak dapat TAC number la bila dia nak buat transaction, so he keep calling Huby Wa mintak TAC yang bank bagi, dia siap kata dia nak transfer duit urgent kat wife dia, wife dia tengah emergency, dia outstation. Memang Huby Wa tak bagi la, gilaaaa nak bagi buta-buta macamtu ja, bila dah rimaih dia asyik call banyak kali Huby Wa blok terus nombot telepon mamat bedebah tu!

2. Nak jadi cerita misi yang dok TCA baby Wa kata, ampa jaga-jaga kawan dia baru ja kena, toksah layann la depa ni takut TEKENA! Wa kata tak pa dah blok number dah , lagipun depa ingat kita bodo kaa nak percaya cerita muhong depaaa. Mengarutt taikkkkk kuda

3. Balik rumah Wawa nak transfer duit beli barang online, sekali tengok ada mesej from Cimb kata bayaq bil TNB kedai Huby Wa dengan amount xxx. Bukan amount yang sikit guys. then wawa tanya Huby Wa la, apa bil letrik banyak sangat b tak bayaq ni, berapa bulan punya bil ni b oiiii, nasib tak kena potong tidak semua staff kita dok dalam oven dengan reja tertunggak dan Wa pot pet pot pet la, sekali muka laki Wa cuak gila la tekejut gila bangang, dia kata mana ada b buat transaction pun tadi, ya Allah Wa time tu rasa macam nak pitam dah, sahhh dahhh kena dah ni!

4. Sekali cek yaaa memang betul ada transaction RM xxx pkul 12.25! What the.. sebab time tula orang tu asyik call dan Huby Wa blok number laki wa pukul 12.23 guys! Within 2 minute dia lesapkan duit kita even tak bagi details apa-apa pun ampaaa oiii. Jebonnn sunguhh haikhh

Scammer transfer duit ke akaun favourite


5. Cara dia menggunakan acc favourite yang kita save dalam acc kita. Acc favourite ni kita sendiri set dalam acc kita, makna kata kita set favourite sebab kita selalu buat transaction ke acc orang tersebut, kalau dah set acc favourite tak perlu TAC number pun dah boleh transfer.. (wawa explain sebab nanti akan ada jugak orang yang tak tahu kewujudan acc favourite ni). Dalam kes wawa ni orang tu transfer ke salah satu acc favourite laki Wa dan dia akan claim kt orang tu kata dia salah transfer, so dia akan dapat la duit tu. Buta-buta ja dia dapat duitttttt cmtu ja.. Mesti korang kata kenapa nak buat acc favourite tu kan sebab kejap ja nak dapatkan TAC number bila nk buat transcation. Sebabnya Huby Wa berniaga jadi kena ontime semua benda, macam nak buat transaction ke acc untuk topup kilang, maintenance kedai, staff-staff dan sebagainya, kadang nak request TAC num pun leceh kena banyak kali request, kadang bila line slow pun tak boleh dapat, dat y dia buat acc tu. Tapi risk dia tak sangka jadi macam tu pulak.

6. Back to story, kami pun call Cimb then trace bagai, yesssss memang betul itu adalah scammer dan dia transfer duit ke acc TNB office Huby wa, jadi Cimb hanya boleh tolong block jala Cimb Click dan kad, untuk dapatkan kembali duit kena rujuk dekat TNB pulak la, hummm dah agakk dah! Then dia kata lately ramai yang kena dengan scammer ni. Aikhhhh berasa macam nak tokak dinding rumah ja time tu sebab gerammmmm sunguhh berasaa weyyy!

7. Lepas pada tu ja kami p buat laporan polis terus la, then polis pun kata lately ni ramai jugak yang terkena macam kami terutamanya CIMB holder, hummmm.. Tapi malangnya polis tak boleh siasat terus sebab scammer tu dia transfer acc TNB kedai Hubby Wa, sebab laki Wawa set pay bil letrik kedai dia menggunakan favourite acc (dat y la scammer tu boleh jugak transfer without request TAC number).

Polis kata kemungkinan next month n month mungkin TNB just potong melalui duit tu. Jadi dia kira kita macam tak mengalami kerugian apa-apa, walhal korang paham-paham sendiri la knnnn. Bukannya dapat kat kita pun, ntah-ntah duit tu pun dah lesap. Polis kata tu kena melalui TNB dan bank dulu then baru depa boleh buat siasatan. Tapi sekali lagi i tegaskan amount tu bukan sikit korang.

8. Pastu kami pun p TNB dan tanya la, but time tu dia kata transaction bill payment tak dak lagi sebab online TNB payment kadang makan masa, so ada kemgkinan samada duit tu diorang dah transfer ke acc diorang atau system TNB tak update lagi kemasukan duit. So time tu jugak i is redha jala even dala hati ya Allah geram, maqahh, sedihhh tak taw nk hbaqq! Tak pala tak mau pikiaq apa dah, pikiaq positif ja dan pikiaq ada hikmah di sebalik kejadian ni, hikmah dia i boleh kongsi pengalaman i dengan korang supaya tak terkena! Dan yang penting i pikiaq mesti Allah nak gandakan lagi rezeki so tak mau stress.

9. Balik pada buat semua tu Huby wa unblok num orang tu balik, then wasap dia kata dah buat laporan polis then he just react with icon takut then he blocked Huby i pulak, haha takuttt la tu kannn, sewelll!

10. Kalau hampa jadi cmni, first thing kena cepat-cepat call bank dan blok semua, then p balai polis terus buat laporan. Untuk Cimb acc holders buat masa sekarang Wawa rasa tak perlu lagi buat favourite acc transaction tu, bahaya!

Sekarang memang senang ja orang nak hack dapatkan id and pasword acc kita tu, tapi yang HAIRANYA macam mana depa boleh dapat number telefon acc holder tu, sebab cimb sendiri pun akan buat xxx dekat belakang num hp kita, so ada security kt situ dah, sangat-sangat menghairankan macam mana diorang dapat link phone number dengan acc holder dengan tepat sekali! Any ideaaaa???

Pandai sungguh scammer sekarang! Beware ok guys!


Sumber : Salwa Umira | ohbulan

#scammer
Share:

Berita Baik Untuk Semua Para Suami!!!...Janda Cantik Cari Isteri Yang Sanggup Kongsi Suami Kerana...

Berita Baik Untuk Semua Para Suami!!!...Janda Cantik Cari Isteri Yang Sanggup Kongsi Suami Kerana...



Berita Baik Untuk Semua Para Suami!!!...Janda Cantik Cari Isteri Yang Sanggup Kongsi Suami Kerana... | Sebut sahaja Siti Amiza siapa tak kenal seorang janda yang lantang menghina lelaki melayu dengan mengatakan ia kecil tak puas, tak sedap lelaki india dan negro lagi sedap.

tetapi itu dahulu selepas di Uji Oleh Allah beliau disahkan tidak boleh beranak lagi kini mencari isteri yang sanggup bermadu dengannya dan berkongsikan suami yang boleh mengajarnya islam lebih mendalam

Saya mencari isteri orang yang sanggup berkongsi suami dan anak sbb saya tak boleh beranak
minat suami yang boleh bimbing saya kesucian islam boleh bangun pagi solat subuh boleh mengaji tiap malam jumaat madu yang boleh duduk sebumbung tak perlu kerja . .

peruntukkan ditanggung rumah dan kereta saya berikan. rumah boleh tinggal sekali
status beliau telah dikongsikan ke puluhan group melihatkan beliau bersunguh-sungguh ingin cari calon suami iaitu berstatus suami orang untuk dijadikan suami yang sah




INI RESPON NETIZEN YANG MENGEJUTKAN

Kak Amy Zuraidah Negro la nak besar la nk panjang la..skli nk dok sebumbung sama suami melayu n bermadu…kahkah…tu la ckp takbur sgt..nk yg power2 skli ekau yg x power…

Abdullah Muhammad Kalau betul niat dia nak berubah, tak elok korang persendakan. Semoga bertemu jodoh Sis. Dan memang diakui perubahan itu sangat mencabar serta menempah cacian, hinaan dan kejian insan lain. Semoga bertabah.

Rosni Muhammad Tg bujang bersepah yg nk p sondol laki org jgak dh kenape???? Pelik la pnyakit dia n

Nurain Nurain Siti Amiza,saya berfikiran awak dah buat yang terbaik untuk hidup awak.duit,emas,rumah awak berusaha dengan titik peluh sendiri..awak mampu.tak salah awak nk pinang sesiapa yg awak nak..pinang lah seorang lelaki yg betul betul mengenali awak yg lebih dekat.saya doakan awak bahagia.saya faham kadang kadang kita rasa keseorangan walaupun duit bertimbun..walaupun boleh tidur dengan duit.hahaha..apa apa pun statement awak memang berani..awak kuat..dan awak berterus terang..

Nurul Nur Hidayah Binti Ismail Aritu kata ngndung nk cri kambing hitam ni kata x blh beranak pulak ..weu x power la x blh beranak .. wei

Tulen Teratak Ni mcm kenal je minah ni bukan viral ke yg kata suka ngan lelaki india sbb besar n melayu nya kecik kihkihkih

Mastura Binti Meor RazaliBukan ker Hari tu awak yang kata lelaki melayu bukan taste awak?Kan awak hanya minat negro, india sahaja sebab barang mereka besar.Ke awak dah INSAP?

Princess Dayah Mcm ni punya tak snggup aq ambik jdi madu..dlm ni boleh la ckp mcm tu..esok2 dh kawin dok hasut laki suruh ceraikn bini lama..klau jnis lki pndng duit ikowt la ckp…

Meng Go Sini semua melayu.cuba tanya dlm group negro,india,arab n pakistan

La DòLce Ziee Rahman Nak laki org pejadahnya…….Kawen lah ngan laki bujang…pastu amik anak angkat…..mmg gataii bijik lah tu…nak laki org….bkn niat nak kawen sngt tp mmg nak laki org

ISTERI TAWARKAN SUAMI PADA AMIZA TETAPI DITOLAK


saya nak suami orang yang ada anak baby untuk jadi madu saya. kurang2 boleh jadi ibu susuan. kalau 25tahun. saya lg muda-Siti Amiza



Sumber : HelangMerah | facebook

#sitiamiza
#poligami

Share:

Meleleh Air Liur Melihat Resepi Sambal Udang Dan Petai Ni

Meleleh Air Liur Melihat Resepi Sambal Udang Dan Petai Ni

Resipi Sambal Udang Dan Petai Yang Ringkas

Meleleh Air Liur Melihat Resepi Sambal Udang Dan Petai Ni | Bila sebut je sambal mesti ramai teringat air tangan ibu dekat kampung kan? Lebih-lebih lagi jika sambal ibu dijadikan kuah pelengkap hidangan nasi lemak pada waktu pagi.

Selain itu, terdapat banyak lagi variasi sambal yang pasti menambahkan selera makan anda. Hari ini admin nak kongsi antara 5 menu hidangan sambal popular anda boleh cuba.




Sambal tumis udang petai


Gabungan udang dan petai dalam masakan sambal sememangnya satu kombinasi yang enak. Rasa udang yang manis dan sambal yang pedas pasti menambahkan lagi rasa ‘kick’ menu ini. Kalau tak ada udang, anda boleh gantikannya dengan seafood yang lain.

Untuk kepekatan kuah pula, anda boleh mengubahnya mengikut citarasa tersendiri. Nyaman tok!

Bahan-bahan diperlukan:

Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
1-3 keping petai - di kopek
4-5 ulas bawang merah kecil
6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
Seketul kecil belacan
Sedikit asam jawa
1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
Garam, gula, pak aji pun boleh

Cara menyediakan dan memasak:

Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing dan wangi.

Masukkan petai, udang, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. (Sape2 yg suka, boleh masukkan Pak Aji sikit). Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.

Hidangkan dgn nasi panas. Along minat bila ada ikan goreng sekali. Fiuh... meleleh air liur....


Sumber : myresipi | ohbulan

#resepi
#resipi
#resepisambaludang
#resipisambaludang
Share:

Janna Nick Bengang Netizen Kutuk Betisnya Besar Dan Gemuk

Janna Nick Bengang Netizen Kutuk Betisnya  Besar Dan Gemuk

Janna Nick Bengang Netizen Kutuk Betisnya  Besar Dan Gemuk

Janna Nick Bengang Netizen Kutuk Betisnya  Besar Dan Gemuk | Penampilan pengacara dan pelakon Janna Nick di Melodi setiap hujung minggu sering mengundang bahan bualan netizen.

Kali ini, skirt yang dikenakan Janna Nick sehingga mendedahkan bahagian betis telah menjadi perhatian netizen.

Pelakon ini melahirkan rasa kesal terhadap netizen yang mengutuk betis kakinya kelihatan besar dan gemuk. Ini respon Janna Nick yang aneh dengan sikap netizen dan mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.




Betis pun korang kutuk


Janna Nick menerusi laporan mStar berkata dia dia sendiri tidak faham mengapa bahagian betis kakinya itu dijadikan isu secara sinikal. Sedangkan dia percaya anggota badannya itu sumber pendapatan dan rezeki buat dirinya dalam industri.

Betis pun jadi isu, bukan nak jadi bini depa pun. Betis besar inilah yang bagi kami makan tau. Betis pun korang kutuk, tak faham! Tak suka saya menyanyi, berlakon atau mengacara saya boleh perbaiki diri tapi kalau betis besar nak pergi mana? Buat pembedahan plastik?

Dah tak ada hati nak layan




Pengacara Melodi ini juga dikatakan sudah lali dengan kritikan netizen. Sebelum ini juga dia pernah dikecam kerana penampilan yang terlalu ketat dan cara mengendali rancangan kelihatan tergedik-gedik.

Tak boleh berlakon, orang tak suka kita terima. Tak boleh mengacara, orang benci tidak mengapa kita terima juga. Tak boleh menyanyi orang kutuk kita terima. Cakaplah apa pun… Mek dah takde hati nak layan. Lepas jadi Leftenan Zana ni lagi la tiada perasaan.

Buat pengetahuan anda, Janna Nick kini sedang aktif menjalankan penggambaran sebuah drama dibawah penerbitan JS Pictures. Dalam drama tersebut Janna Nick memegang watak sebagai Leftenan Zana dan mungkin ini membuatkan Janna lebih berhati kental, tidak mudah mengambil hati teerhadap kritikan netizen.



Sumber: mStar | ohbulan

#jannanick
Share:

Pilu!!!... Baru Beli Cincin, 4 Jam Kemudian Minta Putus

Pilu!!!... Baru Beli Cincin, 4 Jam Kemudian Minta Putus



Pilu!!!... Baru Beli Cincin, 4 Jam Kemudian Minta Putus | Kebelakangan ini, ramai pengguna laman sosial twitter terutamanya para gadis meluahkan rasa kecewa dengan sikap lelaki yang didakwa selalu mempermainkan hati mereka. Malah wujud istilah ‘men are trash’ dalam kalangan mereka bagi menggambarkan kekecewaan tersebut.

Jarang sekali kaum adam melakukan perkara yang sama terhadap mereka. Namun, seorang pemilik Twitter, Muhd Rafaen berkongsi pengalamannya dikecewakan oleh teman wanitanya sendiri. Cincin dah beli, hajat mahu merisik namun dikecewakan saat akhir. Siapa yang ‘trash’ sekarang ini?





Siapa sebenarnya trash?





Lelaki tersebut pada mulanya ingin membuat kejutan untuk teman wanitanya dengan membelikan cincin. Namun, pada sebelah malam pula teman wanitanya meminta untuk putuskan hubungan mereka.


Beli cincin untuk kejutan






Ramai lelaki yang senasib



Hargailah lelaki yang nak halalkan hubungan





Sumber: muhdrafaen | ohbulan

#krt
#kisahrumahtangga

Share:

Thursday, September 27, 2018

Gambar Chacha Maembong Bercium Tersebar Di Media Sosial

Gambar Chacha Maembong Bercium Tersebar Di Media Sosial




Gambar Chacha Maembong Bercium Tersebar Di Media Sosial | Sebelum ini pelakon Chacha Maembong pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan beberapa orang lelaki namun hubungan tersebut putus di tengah jalan. Maklumlah, orang cantik pasti menjadi buruan lelaki memikat pelakon ini.




Terbaru, satu foto yang dimuatnaik oleh seorang lelaki dipercayai seorang DJ di Instagram menjadi bualan netizen. Menerusi kapsyen foto tersebut, difahamkan mereka kembali menjalin hubungan cinta semula setelah berpisah. Tapi siapakah lelaki tersebut?


Buka kisah baru





Harap berkekalan


Foto bersama






A post shared by DJ LESLIE (@leslieprivacy) on




Sumber: DJ Leslie | ohbulan

#cachamaembong
Share:

Wajib Baca!!!..Tips Rambut Lebat Hanya Guna 3 Bahan Ini

Wajib Baca!!!..Tips Rambut Lebat Hanya Guna 3 Bahan Ini


Wajib Baca!!!..Tips Rambut Lebat Hanya Guna 3 Bahan Ini |Selain dari penjagaan raut wajah dan badan, rambut juga harus diambil kira. Bak kata pepatah, rambut merupakan mahkota buat seorang wanita.

Lebih 20 perkongsian di Facebook, wanita kongsi tips untuk rambut sihat dan lebat. Paling penting, hanya menggunakan bahan murah yang mudah didapati. Jom cuba!


Today i wanna share about rambut . Ramai kan yang mintak she share tentang penjgaan rambut selain dari bdan dan muka.

she nak share pada my followers how nak dapatkan rambut yang lebat ,dan kurangkan rambut gugur. Korang boleh tngok gmbar ye. Area mana yang nampak. She share gambar yang ikat rambut sebab when i ikat rambut sanggul, its obvious gila nampak botak.




She amalkan tak kerap pon, rasa rajin buat, Tpi alhmdulillah berkesan now rambut cantik. She suka ikot petua orang dulu. Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb.

Rambut she jenis lebat dan jenis rambut halus ,panjang and natural curl belah bawah ,.so thats why she ikat rambut sebab when she bukak dia akan jadi berat bila curl bwah tu mkin lama mkin curl so jdi cam semak sangat so tu lah motif she ikat rmbut.

Pada yang ada msalah tu dan nak rambut panjang , lebat , bebas kelumumur ,inshallah boleh try ni . Memang berkesan sangat dan bahan bahan pon beli kat kedai je laki perempuan boleh .

Bahan bahan :

1)santan
2)alovera gel *boleh pakai any aloevera gel

Cara buat ,boleh tengok pada gambar 

Oh ye sebelum terlupa. Minyak zam zam tu sangatlah bagus sumpah even bau dia errrrr. Tapi kalau nak senang pindahkan mnyak tu masok dalam btol spray*botol beli kt daiso bersepah. So boleh spray kt rambut ,tk perlu lah tangan uolsss berminyak sangat cara cara baca kat bawah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


Bahan bahan 


Semua beli kat mydin je ?aloevera tu beli kat guardian .murah dan bagus. Some tips she untuk korang : lepas mandi tu lepas dh keringkan rambut, amik sikit aloevera gel tu ratakan kt rmbut, urut2 skit, uat stiap hari terutama malam. This for daily routine. Alovera gel ni ponn best gila if time nak shampu rambut ,picit sikit campur dengan shampu. lembut sangat dan shining .

Untuk mnyak zam2 tu pakai stiap hari ? this is some tips. Pakai time malam nak tdur, esok basuh, senang kan? Bau tkde lah teruk tapi if korang perasan indian girl rambut lebat gila kan? Haa ni lah rahsia dorang. P/s .she beli santan kotak sebab santan fresh tempat she susah nak dapat. Nak pakai fresh lgi bgus, lagi recommend.


Cara cara


Campurkan alovera+santan, mix dedua ni. Sukatan ikot suka hati korang. Then pakai lepas dh basuh rmbut atau sebelum bsuh, pakai di kulit kepala dan lmurkan stu rmbut ye skali kulit kepala.

Jadikan macam mask rambut .tutup rambut pakai tuala*tak wajib pon*.Biarkan selama 15-20 minit, Then cuci.

Dah mix dedua ni terus pakai ,jangan simpan ye


Sumber : Shehnaz Begum | ohbulan

#rambutlebat
Share:

Rupa-Rupanya Bakal Bapa Mertua Sugar Daddy Ku....

Rupa-Rupanya Bakal Bapa Mertua Sugar Daddy Ku....



Rupa-Rupanya Bakal Bapa Mertua Sugar Daddy Ku.... | Setiap couple mesti nak pengakhiran yang baik serta perjalanan menuju peringkat seterusnya berjalan lancar dan mudah.

Tapi lain pulak dengan cerita ni bila si gadis terkejut lepas boyfriend dia bawak pergi dinner dengan parents.

Baru-baru ni, seseorang berkongsi kisah yang menurut orang ramai agak lucu di akaun Curious Cat lelaki bernama Ashraf. Dia kemudian kongsi kisah tu dekat Twitter. Ceritanya begini….

Seorang gadis ni ada sugar daddy dalam lingkungan usia 50-an dan masih berkeluarga. Dorang berdua akan berjumpa setiap minggu dan tidur bersama.


Kalau dah ada sugar daddy, memang hidup mewah lah kan? Macam tu lah yang gadis tu rasa, sugar daddy dia akan bagi duit belanja beribu ringgit. Tapi cerita selanjutnya membuatkan orang ramai terkejut, ketawa dan macam-macam reaction lagi lah.

 Gambar hiasan

 So one day, dia ada kenal dengan sorang lelaki ni, handsome, charming, sweet guy, then dorang berkenalan then dorang nak go for next step. Nak jadi cerita, laki tu bawa kawan I pergi dinner with his family.“

Kalau dah berniat nak sesebuah hubungan tu ke peringkat seterusnya, dah tentulah kena bawa jumpa parents and family kan? Itulah yang berlaku di mana gadis ni dibawa oleh boyfriend dia untuk dinner sekali.

Bila dah sampai dekat tempat makan, tup tup… Rupa-rupanya, bapa boyfriend gadis tu adalah sugar daddy dia!


You know what, bapa lelaki tu is actually her sugar daddy. Sepanjang dinner tu kawan I awkward gila. Makan pun tunduk. Tak pasal ada dua d*ck dia kena layan.”

Netizen semua yang baca tak lepaskan peluang komen and mostly cakap, cerita dorang ni dah macam drama TV3. Haa siapa kata drama tu merapu, jadi tau in real life!


 Sumber: Twitter

Taktau apa kesudahan cerita cinta tiga orang ni tapi tak dapat admin bayangkan betapa awkward dan krik krik nya makan malam tu!



Sumber : lobakmerah

#sugardaddy
#krt
#kisahrumahtangga
Share:

KKM Dah Sahkan Inilah 3 Produk Jus Kesihatan Yang Bahaya Kepada Pengguna

KKM Dah Sahkan Inilah 3 Produk Jus Kesihatan Yang Bahaya Kepada Pengguna


KKM Dah Sahkan Inilah 3 Produk Jus Kesihatan Yang Bahaya Kepada Pengguna | Makcik,pakcik,abang-abang,kakak-kakak kena baca ni. Ini dah kes serius produk jus kesihatan ni.

Menurut mStar, Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan tiga jenis produk jus kesihatan dihentikan serta merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Tiga produk ini merupakan keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B iaitu:


  • Jus Al Sunnah
  • Jus Al Sunnah Gold
  • Jus Penawar

 Sumber: KP Kesihatan 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud! Pulak?!

 Sumber: Blog 

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.”




Selain itu, hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dua bahan yang berbahaya iaitu,


  • dexamethasone 
  • prednisolone 


Kedua-duanya merupakan bahan steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius serta yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing.”

 Sumber: KP Kesihatan 

Selain itu, pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.

Berdasarkan kenyataan akhbar, orang awam yang sedang menggunakan produk yang dinyatakan adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Walau bagaimanapun, pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangka masa yang lama digesa supaya TIDAK menghentikan penggunaan secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

 Sumber: KP Kesihatan 

Hal ni kerana boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).

Ok, sesiapa yang ada makan produk ni cepat-cepat dapatkan rawatan ye.


Sumber : lobakmerah

#kkm
#jusalsunnah
#jusalsunnahgold
#juspenawar
Share:

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING