Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Biodata Dan Profile Hannah Delisha

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik gara-gara drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer yang dilakonkan bersama Syafiq Kyle.....

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???

Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah...

Biodata Dan Profile Lengkap Model Cantik Alicia Amin

Alicia Amin, peserta Asia’s Next Top Model (Musim Ke-5) ini adalah salah seorang bakat baru dalam bidang lakonan di Malaysia.....

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang...

Homestay Di Area Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Admin nak kongsikan satu Homestay ni di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Cantik Homestay ni segala kelengkapan semua ada. Memang best...

Sunday, December 29, 2019

Resepi Power Ayam Goreng Kunyit Yang Cukup Ringkas

Resepi Power Ayam Goreng Kunyit Yang Cukup Ringkas

 Ayam Goreng Kunyit Yang Cukup Ringkas


Ayam goreng kunyit antara menu yang banyak dijual di gerai atau restoran sekarang. Ringkas tapi sedap. Cuma hairannya bila kita buat di rumah tak sesedap macam yang dimakan di restoran.
Kalau nak rasa sedap macam tu anda mungkin boleh cuba resepi yang dikongsi Puan Haja Saleh yang mendapat ribuan share dalam Facebook miliknya.

Cepat tapi sedap!

Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!

Bahan bahan untuk ayam:


600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam (tak perlu banyak sebab dah ada kiub ayam)


1. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya.

 Ayam Goreng Kunyit Yang Cukup Ringkas

2. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya.

Resepi  Ayam Goreng Kunyit Yang Cukup Ringkas

3. Goreng ayam sampai masak. Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.

Bahan untuk sambal:

Resepi  Ayam Goreng Kunyit

5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Haja guna cili padi hijau sebab merah takde)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.

Resepi  Ayam Goreng Kunyit

Dah agak halus bahan-bahan di atas boleh masak sekejap atas api.  Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit. Siappp!

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Makan dengan nasi panas renjis kicap. Walah… sedap terangkat lagi lagi kalau sambal tu pedas berapi

Selamat mencuba!




Sumber: VanillaKismis,Haja Saleh,zaudinsaad.blogspot.com


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

Share:

Wednesday, December 25, 2019

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur Yang Tengah Viral

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur Yang Tengah Viral


Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat

Aktres jelita Dilraba Dilmurat lahir 3 Jun 1992, yang lebih dikenal dengan sebutan Dilireba, adalah seorang aktres Tiongkok keturunan Uighur. Ia adalah seorang bekas pelajar dari Akademi Teater Shanghai.

Biodata Dan Profile Dilraba Dilmurat

Nama Tionghoa
迪丽热巴·迪力木拉提

Nama Penuh
Pinyin Dílìrèbā Dílìmùlātí (Mandarin)

Nama Lahir
دىلرەبا دىلمۇرات
Dilreba Dilmurat
迪丽热巴·迪力木拉提
Dílìrèbā Dílìmùlātí

Etnik
Uighur

Asal
China

Lahir
3 Jun 1992

Tempar Lahir
Ürümqi, Xinjiang, China

Umur
27 Tahun (2019)

Pekerjaan
Aktres,Pelakon

Tahun aktif
2013–sekarang

Berat Badan
58 kg

Tinggi  Badan
168 cm


Media Sosial Dilraba Dilmurat 

Istagram : @dlrabadlmurat


Fakta Menarik Tentang Dilraba Dilmurat

Walau berasal dari Tiongkok, Dilraba berketurunan suku Uighur, sebuah suku yang menetap di Asia Tengah dekat dengan Turki. Maka dari itu, Dilraba punya paras yang berbeza dengan wanita Tiongkok lainnya.

Meski penampilannya masih seperti remaja, Dilraba sudah memasuki usia 27 tahun(2019). Gadis berzodiak Gemini ini mengasah kemampuan berlakon di Shanghai Theatre Academy sebelum menjadi aktres/artis.

Dilraba merupakan salah seorang pelakon dari Keep Running, Running Man versi Tiongkok. Dilraba mula menyertai pada musim ke-5 di mana Lu Han, mantan personel boyband EXO, sudah menyertai pada musim ke-3.

Rupanya, Alexandre Pato baru sekadar suka dengan aktris berambut panjang ini. Bahkan, atlet ini sempat mengirim pesanan melalui Weibo ke Dilraba menggunakan bahasa Tionghoa yang bermaksud, “Aku tidak boleh lupa kalau kamu orang Tiongkok yang paling cantik.”

Memiliki keturunan suku Uighur yang majoritinya beragama Islam dan menetap di Xinjiang yang merupakan wilayah berpenduduk Muslim di Tiongkok, maka banyak yang mengatakan bahwa Dilraba beragama Islam.

Tidak hanya aktif bekerja sebagai aktres, Dilraba juga merupakan seorang model. Jadi tidak hairan lah  Dilraba selalu muncul di depan kamera.

Gadis yang hobi travelling dan belanja ini ternyata tidak begitu suka jika kehidupan pribadinya didedahkan oleh media. Bahkan Dilraba jarang sangat memberikan kenyataan ketika dirinya dikaitkan dengan beberapa lelaki.

Di Tiongkok ataupun di peringkat antarabangsa, Dilraba ada ramai peminat. Bukan hanya penampilan atau kemampuan lakonannya, tapi Dilraba juga dikenal sebagai aktres yang memiliki cita-cita besar dalam industri lakonan.


Gambar-Gambar Dilraba Dilmurah Yang Jelita

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur


Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Biodata Dan Profile Lengkap Dilraba Dilmurat Aktres Dari Uighur

Sumber Gambar : Instagram @dlrabadlmurat





Sumber :wikipedia,www.heru.my.id,www.popbela.com,zaudinsaad.blogspot.com
#dilraba
#dilrabadilmurat
#dilireba



Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

Share:

Tuesday, December 17, 2019

Klip Video Lelaki Lamar Teman Wanita Dalam Shopping Mall Kantoi Dengan Isteri

Klip Video Lelaki Lamar Teman Wanita Dalam Shopping Mall Kantoi Dengan Isteri

kantoi


SEBUAH rakaman video seorang isteri mengamuk selepas terserempak dengan suaminya sedang melutut melamar teman wanita dalam sebuah 'shopping mall', tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bersedia sambil melutut di hadapan seorang wanita bertudung sebelum "kantoi" dengan isterinya yang datang dari arah belakang.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bersedia sambil melutut di hadapan seorang wanita bertudung sebelum "kantoi" dengan isterinya yang datang dari arah belakang.

Wanita yang dikatakan isterinya itu, bersama seorang lagi wanita tanpa berlengah terus menyerang si suami di hadapan khalayak ramai dalam sebuah pasaraya berhampiran premis JCO.

Orang ramai dilihat hanya menyaksikan kejadian itu dari jauh sebelum kemudiannya kedengaran suara sorakan.

Berdasarkan imej bertudung wanita-wanita dalam video itu, mereka dipercayai beragama Islam, namun tidak dinyatakan di mana kejadian itu dirakam.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman itu telah menerima lebih 238,000 tontonan di facebook.

Di bawah inilah teman video berkenaan sila klik untuk menonton. 




Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

Sumber : zaudinsaad.blogspot.com

Share:

Friday, December 13, 2019

Biodata Dan Profile Lengkap Zul Ariffin

Biodata Dan Profile Lengkap Zul Ariffin


Sapa tak kenal dengan Zul Ariffin, pelakon sado yang terkenal sekarang ni. Sejak minggu ini nama Zul Ariffin menjadi PANAS gara-gara video lucah mirip beliau tersebar di media sosial. Zul Ariffin banyak melakonkan watak hero dalam setiap drama dan filem.

Sejarah bagaimana mula Zul Ariffin berlakon tatkala beliau disapa pada ketika beliau bekerja di sebuah cafe di Kuala Lumpur sekitar umur 18 tahun pada ketika itu oleh pengarah drama mengenai kesediaan dan minatnya untuk berlakon. Semestinya peluang sebegitu tidak dilepaskan begitu sahaja

Jom kita tengok serba sedikit kerjaya beliau semasa awal-awal kemunculannya dahulu sehinggalah sekarang menerusi biodata dan profile Zul Ariffin secara ringkas seperti di bawah ini :

Biodata Dan Profile Lengkap Zul Ariffin


  • Nama Penuh Zulkifli Bin Ariffin
  • Tarikh lahir pada tahun 25 Oktober 1986
  • Tempat lahir : Perak
  • Umur : 33 tahun (2019)
  • Tinggi : 6 kaki 1 inci (1.85 meter)
  • Berasal dari negeri Taping, Perak
  • Rumah : Di Kuala Lumpur
  • Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan)
  • Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)
  • Adik beradik : Anak bungso. Ada 4 orang beradik (dua kakak dan seorang abang)
  • Kerjaya : Model, Pelakon


Media Sosial Zul Ariffin


  • Instagram : Tidak berjaya dikesan


Fakta Menarik Tentang Zul Ariffin


  • Berketinggian 1.85 meter. 
  • Anak bongsu daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua kakak dan seorang abang. 
  • Berdarah kacukan Melayu dan Belanda. 
  • Awalnya ingin menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), namun hilang kelayakan selepas mendapat kecederaan patah di bahagian bahu. 
  • Sewaktu berhijrah ke ibu kota pada usia 18 tahun, beliau menyara kehidupan sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café. 
  • Kemudiannya Zul mengasah bakat untuk menjadi peragawan dengan menyertai latihan model fesyen. Sejak itu, beliau mempraktikkan kebolehan dengan mengambil beberapa tawaran beraksi di pentas pertunjukan fesyen. 
  • Bakat Zul seterusnya dikesan oleh seorang pencari bakat yang kemudiannya membawa kepada kemunculan beliau dalam beberapa iklan televisyen. 
  • Drama pertama lakonannya ialah Awan Dania pada tahun 2008. 
  • Antara drama popular yang dibintanginya seperti Renjis, Gerak Khas, Nora Elena, Rindu Awak 200%, Istikharah Cinta, M.A.I.D, Menanti Februari, Titian Cinta, Ti Amo, Sweetheart 100 Hari dan Seribu Rindu.
  • Beberapa telefilem dilakonkannya seperti Tujuh Lagu, Hatiku Di Kinabalu, Panik, Rindu Awak 200% Raya, M.A.I.D Pun Nak Raya dan Permata Hati. 
  • Manakala filem-filem terkenal dibintanginya seperti Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Penanggal, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Hantu Kak Limah. 
  • Antara pencapaian terbaik beliau sepanjang bergelar anak seni ialah kemenangan menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, 31, Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 dan Pelakon TV MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era ke-2. 
  • Pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Abby Abadi, Zahirah MacWilson dan penerbit Gayatri Su-Lin Pillai. 
  • Ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2017 kerana penyakit jantung. 


Gambar-Gambar Zul Ariffin Yang Kacak Bergaya













#zul
#zulariffin
#biodatazulariffin
Share:

Thursday, December 12, 2019

Resepi Cencaru Sumbat Super Pedas

Resepi Cencaru Sumbat Super Pedas

Cencaru Sumbat

Bahan-bahan diperlukan:

*20 biji cili Merah + hijau
*3 biji bawang besar (1biji di belah empat(kisar),2 biji lagi di hiris membulat)
*3biji tomato
*Sedikit air
*6 biji bawang putih,garam,gula
*1 biji air perahan limau kasturi
*Belacan

Cara cara

belah belakang ikan cencaru diketepikan.kisar bahan2 yang bertanda *.kisar sedikit hancur,.kalau suka masam

tambahkan air perahanan limau kasturi.tambah perisa garam dan gula.masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati.sumbat kedalam ikan cencaru yang di lumur dengan sedikit garam ,biarkan seketika dalam 25minit.

Siap sedia untuk goreng. Pastikan goreng dgn menggunakan minyak yang banyak dan api perlahan.pastikan ikan betul2 masak baru terbalikan, nak elakkan ikan hancur. Lebihkan bahan kisar tadi,boleh di curahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.















Selamat mencuba!


Ini Pulak Resepi Cencaru Sumbat  Dari Youtube



Kredit: Aishah Toke Kek

Share:

Wednesday, December 11, 2019

Ramai Yang Tidak Tahu Inilah 10 Fakta Menarik Tentang Da'i Farhan

Ramai Yang Tidak Tahu Inilah 10 Fakta Menarik Tentang Da'i Farhan


Pendakwah bebas Da’i Nik Farhan mengesahkan khabar angin yang mengatakan dirinya menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris atau lebih dikenali sebagai Fatin.

Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, taIak satu dilafazkan terhadap Fatin pada tengah hari Selasa menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Berikut adalah 10 fakta yang anda perlu tahun tentang Da’i Farhan seperti dipetik dari mStar Online.


  1. Nama penuhnya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad, dia mendapat rezeki setelah menjadi juara program Da’i pada 2014.
  2. Dilahirkan pada 1990 di  Tanah Merah Kelantan kini berumur 29 tahun
  3. Bekas penyerang bola sepak pasukan kebangsaan Kelantan bawah 17 tahun pada 2007.
  4. Berkahwin dengan Fatin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan dan bekas isterinya kini sarat mengandung anak kedua
  5. Seorang graduan dalam bidang Pendidikan Islam dan Pengajian Al-quran di Universiti Malaya
  6. Pernah menerima anugerah Tokoh Belia Kelantan tahun 2015
  7. Aktif memberikan ceramah sebagai motivat0r dan pendakwah di sekita semenanjung Malaysia
  8. Bernikah dengan Fatin pada 19 Februari 2015 dan bercerai dengan taIak satu menerusi rakaman suara
  9. Adik kepada Nik Farhan iaitu Nik Fatima Amira unfollow abangnya di instagram kerana kecewa dengan tindakan abangnya
  10. Pernah menoIak lamaran 18 orang wanita, namun kali ke-19 hatinya ditawan oleh Dr Aireen ketika mereka berjumpa di Mekah.





Sumber: zaudinsaad.blogspot.com
#farhan
#daifarhan

Share:

Ramai Yang Tidak Tahu Fadhilat Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah

Ramai Yang Tidak Tahu Fadhilat Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah




Tahukah Anda Betapa POWERnya Ayat-ayat ini Jika diamalkan?

Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.

Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh.


Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.


Untuk dipermudahkan hafazan:


Ayat 128



“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129


“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 128


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Bahasa Inggeris


Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.

Maksud ayat 129


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Bahasa Inggeris


But if they turn away, say, ‘Allah is sufficient for me. There is no God but He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne

Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.




Sumber : islamituindah
Share:

Kisah Benar Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati

Kisah Benar Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati


Permintaan TERAKHIR Banduan


Allah Allah Allah… Beberapa hari sebelum dihukum gantung dia diberi peluang oleh pihak polis untuk menulis permintaan terakhir. Menggeletar tangan polis bila baca surat permintaan budak ni. Sebak sangat. Nak tau apa yang ditulisnya jom kita baca…………..

Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati Ini Buat Polis MENANGIS !!! | Seorang banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.

IBU…,


Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…


KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….


Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************

PELAJARAN BUAT IBUBAPA


Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.

Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.

Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.

Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi yang mulia ini.



KREDIT WARGA PRIHATIN

#banduan
#hukumanmati
Share:

Tuesday, December 10, 2019

Biodata Dan Profile Lengkap Da'i Farhan Juara Da'i Musim Ke-2

Biodata Dan Profile Lengkap Da'i Farhan Juara Da'i Musim Ke-2


Da'i Farhan
Kredit foto: Instagram Da'i Farhan

Da'i Nik Ahmad Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan merupakan pendakwah yang mula dikenali umum selepas diangkat sebagai juara program realiti Da'i Pendakwah Milenia di TV3 pada tahun 2014.

Beliau seorang yang aktif sebagai motivator dan pendakwah di sekitar Semenanjung Malaysia.

Biodata Dan Pofile Da'i Farhan  


  1. Nama penuhnya, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad. Lebih dikenali sebagai Da'i Farhan. 
  2. Berusia 29 tahun (2019). 
  3. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan. 
  4. Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Islam Dan Pengajian Al-Quran daripada Universiti Malaya. 
  5. Mula menempa populariti selepas dinobatkan sebagai juara program Da'i musim kedua pada tahun 2014. Kemenangan itu melayakkannya meraih ganjaran berupa wang tunai RM50,000 berserta hadiah sampingan. 
  6. Mendirikan rumah tangga dengan dua orang isteri. Isteri keduanya merupakan seorang janda anak lapan yang dinikahi di Tanah Suci Makkah dengan niat untuk menjaga kebajikan wanita berkenaan. 

Fakta Menarik Tentang Da'i Farhan


  • Mendapat anugerah Tokoh Belia Kelantan pada tahun 2015. 
  • Bekas pemain bola sepak Kelantan bawah 17 tahun pada 2007 menerusi posisi penyerang. 
  • Bergelar panel agama untuk rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran di TV3 dari tahun 2015. 
  • Orangnya berperwatakan lemah lembut dan begitu merendah diri. 
  • Memiliki ilmu Al Quran dan bahasa arab menerusi pengajian di sebuah pondok di Kelantan. 
  • Pernah mendapat serangan penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) sewaktu masih bertanding di minggu kelima program Da'i. 

 

Gambar-Gambar Da'i Farhan 










Kredit foto: Instagram Da'i Farhan







Sumber : zaudinsaad.blogspot.com
#daifarhan
#farhan
Share:

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

IKUT KAMI

PING