Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Thursday, January 2, 2020

Klip Video Pasang Belum Kahwin Lagi Dah Naik Tangan

Klip Video Pasang Belum Kahwin Lagi Dah Naik Tangan





Viral di media sosial video seorang lelaki menampar muka gadis yang dipercayai teman wanitanya menimbulkan kemarahan warga netizen.

Kejadian itu sempat dirakam oleh penduduk, Tikah Abu Samah, yang ternampak kejadian yang tidak dijangkakan itu sebelum memuat naik video tersebut di Instastorynya dan tersebar di Twitter.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kondo 900 Jitra, Kedah.

Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pasangan berkenaan dilihat sedang berbincang. Namun lelaki terbabit kelihatan geram lalu mengetuk-ngetuk motosikalnya.


Tak kisah la salah apa perempuan tu kat hang. Sampai dok boleh tangankan anak orang. RT we. Let people know how trash man can act be. Kalau mcm ni, better walk away girl. Others are waiting for u.-@emeirkhalif


Gadis berkenaan cuba menghentikannya, malangnya secara tiba-tiba ditampar oleh lelaki itu yang kemudian memerhatikan keadaan di sekeliling kerana bimbang perbuatannya itu diperhatikan orang lain.

Menurut Tikah, dia mengenali pasangan berkenaan yang juga merupakan junior beliau.

Di media sosial, netizen menyelar tindakan biadab lelaki terbabit yang dianggap tidak sesuai dijadikan suami kerana sudah berani ‘naik tangan’ terhadap pasangannya biarpun mereka belum berkahwin lagi.

“Perempuan sebelum kahwin dijaga sepenuhnya haknya oleh ayah. Selepas kahwin, perempuan akan dijaga sepenuhnya haknya oleh suaminya. Perempuan dilahirkan untuk dilindungi oleh manusia bernama lelaki,” – @zauha4


“Paling pantang aku dengan jantan begini. Kau belum ada apa-apa hubungan yang sah, kau nak naik tangan kat perempuan. Aku yang lelaki ini tengok pun panas.

“Aku geram weh! Mana tahu mak bapak perempua ntu tak pernah nak naik tangan kat perempuan tu, tiba-tiba pula jantan ni suka-suka nak naik tangan kat perempuan tu. Kalau kena kat adik aku, memang dah kena tibai dah.” – @Sukati_

Justeru, Tikah menasihatkan golongan perempuan di luar sana tidak mudah diperbodohkan dan mendoakan dijauhkan dari segala perkara yang tidak baik.

“Kepada semua perempuan di luar sana, jadi bijak, jangan diperbodohkan. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik. Dan kepada lelaki di luar sana, jangan biadab sangat tampar anak orang sesuka hati,” tulisnya.



Sumber :Cempedak Cheese via zaudinsaad.blogspot.com


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

IKUT KAMI

PING