Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Thursday, September 6, 2018

Wajib Baca!!!...Inilah Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar

Wajib Baca!!!...Inilah Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar


Wajib Baca!!!...Inilah Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar | AMARAN: Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insomnia, rasa-rasa seram sejuk ataupun meremang yang akan anda rasai selepas membaca artikel ini.

 Gambar hiasan

1. “Kruuukkk kraaakkkk krukkk krakkkk” 

“Seperti kebiasaan, kalau dah hidup dalam asrama ni, tandas merupakan tempat yang sibuk apabila ramai orang yang nak join. Nak dijadikan cerita, aku bersama kawan cuba untuk tidak berebut-rebut dengan pelajar yang lain, jadi kami mengambil keputusan untuk mandi awal. Kawan aku ni ada kat tingkat atas katil manakala aku kat bawah.”

“Pada malam tu, tiada apa-apa kekacauan terjadi. Tibanya waktu pagi, aku pun apa lagi, tendanglah papan lapis kat katil atas tu supaya kawan aku ni bangun. Dan ternyata, cara aku itu menjadi. Kawan aku ni bangun dan ambil perkakasan untuk ke bilik air. Aku pun macam biasa, ambil jugak perkakasan aku tadi.”

 Gambar hiasan

“Aku ada jugak menegur untuk berbual, tapi kawan aku senyap tanpa berkata apa-apa. Dia terus keluar menuju ke bilik air tanpa menunggu aku. Jarak bilik air dan dorm kami agak jauh juga. Jadi aku berlari-lari anak untuk kejar kawan aku ni. Kejar punya kejar, sampailah ke tandas….

Kawan aku ni dah mula gosok gigi. Aku pun gosoklah gigi, sambil-sambil tu aku tegur dia.”
“Kau ni laju sangat, tak sabar-sabar nak tunggu aku…”

“Kawan aku tak jawab cakap apa-apa. Tapi lama kelamaan, aku terdengar sesuatu yang agak luar biasa. Aku terdengar bunyi “Kruuukkk kraaakkkk krukkk krakkkk”.




“Aku tanya kawan aku, “Kau dengar tak bunyi tu…”. Kawan aku ni senyap je. Aku pun dengar bunyi tu makin kuat. Aku pun cakap sekali lagi sambil beralih muka untuk tengok kawan aku. Apa lagi, terkejut beruk aku. Ternyata bunyi “krukk krakkk krukkk krakk” tu datang dari kawan aku. Di depan aku terpacul satu tubuh yang aku sangka kawan aku tadi.”

“Di tangannya memegang pisau dan melakukan gerakan seperti mengosok gigi. Mukanya boleh dikatakan separa kulit, separa tengkorak.”

 Gambar hiasan

“Aku terus cabut lari. Nasib aku tidak baik kerana masa aku berlari tu, aku terlanggar dawai ampaian. “Zraaappp” dawai ampaian terkena kat tengkuk, dan selepas itu aku memang tak sedarkan diri. Alih-alih dengar, ada pelajar-pelajar lain kejutkan aku yang memang pengsan dek penangan dawai ampaian.”


2. Pocong Almari Buruk 

Kisah ini berlaku semasa para pelajar berada di sebuah kem motivasi. Pada malam yang pertama, tiada kejadian yang pelik berlaku. Namun semuanya bermula pada malam kedua di mana sesuatu telah berlaku di dorm yang mempunyai sebuah almari buruk.

 Gambar hiasan

“Pada malam itu, seorang pelajar lelaki tidur di katil bahagian bawah dan paling hujung dekat dengan almari buruk tersebut. Katanya, semasa dia memujuk kawan yang menangis selepas terlibat dalam salah satu aktiviti di kem itu, tiba tiba dia ternampak satu bayangan bersaiz manusia sedang melompat dari atas tiang bumbung.”

“Kem ini pula memang tak ada siling dan tiang-tiang yang menongkat bumbung boleh dilihat dari bawah. Tapi dia buat tak tahu dan kembali menoleh ke arah kawannya yang masih menangis itu.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa yang berada di sebelahnya bukan lagi kawan tadi tetapi satu makhluk berbungkus macam jenazah yang telah dikafankan. Pendek cerita pocong la!”

 Gambar hiasan 

“Menggigillah budak itu. Terus baring tutup muka dengan bantal. Terkumat-kamit dia membaca Ayatul Kursi. Kemudian, katilnya bergegar selepas dia baca ayat kursi seolah-olah gegaran itu menyatakan kemarahan pada budak tersebut.

Kesemua pelajar di dalam bilik itu juga dapat merasakan gegaran dan nampak pocong tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut. Masing-masing mendiamkan diri di katil.
Dahulu, pernah salah seorang guru terjumpa satu mayat dalam almari buruk tu. Selepas kejadian itu, ramai orang cuba alihkan almari tersebut tetapi gagal. Sejak kejadian itu, dorm tersebut ditutup dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk.”

Sumber: Lekat Lekit

3. Pengalaman Mak Cik Kantin

“Kisah ni berlaku pada emak aku yang bekerja sebagai seorang tukang masak di kantin sekolah. Beliau diamanahkan untuk memegang kunci kantin. Jadi, awal pagi lagi sebelum subuh dia harus ke sana untuk sediakan barang masak. Maka macam-macamlah kejadian berlaku sejak dia bekerja di situ selama hampir 20 tahun. Antara yang paling seram buat aku adalah kisah gangguan seretan rantai.”

 Gambar hiasan

“Kisah ni berlaku sepuluh tahun lalu. Pagi itu seperti biasa mak aku ke kantin dalam pukul 5 pagi. Tengah bersiap-siap, kawan dia Ani datang. Ani adalah insan kedua yang selalu datang kerja selepas mak aku. Lebih kurang jam 5.30 pagi dia sampai. Jadi, seorang buat kerja di dapur dan seorang lagi sedang mengeluarkan barang dari peti ais.”

“Telinga mak aku ni memang cekap dengar benda-benda pelik. Mula-mula dia ingatkan Ani buka pintu belakang sebab ada bunyi dari belakang kantin. Tapi bila didengar elok-elok, bunyinya macam orang heret rantai besi atas jalan. Bergemerincing bunyinya.”

“Kemudian dari tingkap dapur tu dia tengok macam ada orang berjalan, tapi seolah-olah sedang memegang benda berat.”

“Rupa-rupanyanya bukan mak aku je yang nampak. Tukang kebun pun kena tapi waktu malam masa dia nak baiki mesin rumput.”

Sumber: Forum CARI 

Seram tak? Kan dah cakap jangan baca waktu malam!




Sumber : lobakmerah | zaudinsaad.blogspot.com

#seram
#ngeri
#ceritaseram
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING