Keji!!! Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Helmet Gara-Gara Keluar Dari Rumah
KUALA TERENGGANU - Seorang suami menghentak kepala isterinya dengan topi keledar selepas bengang wanita itu tidak mahu mendengar kata-katanya di tepi jalan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, Khamis lalu suspek berusia 30-an dikatakan menghentak kepala isteri menggunakan topi keledar sebanyak dua kali sehingga mendatangkan kecederaan apabila masih berdegil keluar dari rumah meskipun tidak diizinkan
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 33 tahun ada meminta izin suspek untuk keluar membeli barang anak-anak bersama ibu dan anak-anak mereka.
"Bagaimanapun, suspek tidak membenarkan meskipun dipujuk berkali-kali tanpa memberi sebarang alasan.
"Akhirnya, mangsa terpaksa mengambil keputusan untuk keluar juga dengan ditemani ibunya, demi memenuhi permintaan anak-anak," katanya.
Sumber berkata, bengang melihat isterinya masih keluar dengan menunggang motosikal, suspek nekad mengekori wanita itu dan bertindak menarik tudung mangsa dengan kuat sebaik tiba dil lokasi sebelum berlaku pergelutan.
"Akibat tindakan itu juga, mangsa yang gagal mengawal motosikal sedang ditungganginya terbabas di bahu jalan.
"Tanpa menghiraukan kecederaan dialami mangsa dan anak-anak, suspek dalam keadaan masih marah terus mengambil topi keledar dipakainya lalu menghentak kepala wanita itu sebanyak dua kali," katanya.
Menurutnya, bimbang perkara lebih buruk berlaku, mangsa terus mendapatkan perlindungan diri dari ibunya yang turut berada di lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian yang dibuat mangsa di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.
Ustaz Azhar Idrus -PUKUL ISTERI
Sumer : Facebook
0 comments:
Post a Comment
Thanks For Comment !!! :)