Kisah Ambil Organ Manusia
Kita mendapat berita yang sangat sedih.
Sangat sayu apabila mengetahui tentangnya dan seluruh negara juga turut merasai atas apa yang telah berlaku.
Kejadian yang berlaku pada arwah adik Siti Masitah Ibrahim, 11 tahun tidak sepatutnya berlaku.
Seperti mana kejadian kejadian yang lain jika melibatkan jenayah dan melibatkan kehilangan organ organ dalam manusia, sudah semestinya kita boleh lihat ada sahaja minda minda negatif yang menyalahkan tangan tangan kakitangan kesihatan.
" Ni mesti doktor yang ambil organ dalaman dia ni"
" Organs harvested and will be sold to black market"
" MA tu yang bedah mayat tu, nanti dia yang ambil organ dalaman mayat tu"
" Mona Fendy moden, lebih cekap mengambil organ dalaman tanpa diketahui"
" Post mortem kan ambil organ dalaman mayat, lepas tu mereka buat kajian"
Dan pelbagai lagi tanggapan negatif.
Ya, kami memang terlatih untuk mengendalikan organ dalaman, dari doktor, MA dan juga nurse. Akan tetapi organ yang dikendalikan oleh kami semasa pemindahan dan pengambilan organ dalaman adalah dilakukan secara beretika, mengikut peraturan dan mendapat persetujuan daripada yang terlibat. Bukannya di ambil sesuka hati tanpa sebarang persetujuan dan prosedur khas.
Dah nasib diri bila mana kami sebagai medical assistant ataupun penolong pegawai perubatan ini seringkali di cop sebegini, dan menjadi tugas kami untuk mempertahankan diri dan profession kami (Kalau tak nak harap siapa lagi).
Setiap organ dalaman ada tempoh bila mana setelah di keluarkan atau melalui proses pemindahan sebelum organ tersebut tidak boleh digunakan lagi. Organ manusia semestinya untuk manusia - we are not creating another frankenstein over here. Bila dah lepas daripada tempoh masa tersebut organ irgan tersebut sudah tentunya tidak dapat digunakan lagi.
Buah Pinggang : 24 hingga 48 jam
Hati : 12 hingga 16 jam
Paru-paru : 4 hingga 6 jam
Usus : 4 hingga 6 jam
Jantung : 4 hingga 6 jam
Kornea : 48 jam
Boleh baca dan fahami tempoh masa ini, dan boleh fikir sendiri dimana kemajuan teknologi perubatan moden masa kini sendiri boleh mengira berapa tempoh masa yang diperlukan sekiranya ekstrikasi atau pengeluaran organ dalaman manusia dilakukan dan sampai tempoh masa bila organ dalaman tersebut boleh bertahan sebelum pemindahan organ dalaman dilakukan.
Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda Adalah Seorang Penderma?
Tidak! doktor-doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.
Pendermaan organ dan tisu juga dianggap sesuatu perbuatan yang mulia di dalam fahaman semua agama.
Hanya kamu yang tidak berakal sahaja yang berani menyatakan bahawa ahli profession kesihatan seperti kami ini sesuka hati membuat perbuatan seperti ini dalam proses untuk mendapatkan organ organ dalaman bagi tujuan keuntungan.
Bunuh - Ambil Organ - Jual.
Fitnah - escalated that quickly eh?
Elok sahaja kalau digunakan komen anda ini sebagai faktor menghina dan kami layak mendapat tuntutan apabila sudah tentu komen itu akan bersifat fitnah dan tidak benar sama sekali.
Jangan tuduh kami terlibat, melainkan jika ada bukti. Sekiranya ada antara kakitangan kesihatan yang terlibat, sudah tentunya akan mendapat pembalasan akibat setiap perbuatan yang dilakukan.
Hey, pihak polis pun dah keluarkan kenyataan dan kemungkinan kes melibatkan unsur dendam dan jenayah. Tak ada pula disebut MA atau doktor terlibat.
*Boleh baca di gambar yang disertakan.
Akhir sekali kami mendoakan agar pesalah dapat ditangkap, diadili dan di bicarakan selancar mungkin dalam menegakkan kebenaran dan keadilan bagi pihak arwah Siti Masitah, dan semoga rohnya mendapat ketenangan dan rahmat daripada Mu ya Tuhanku.
Al-Fatihah
The Dressar & Co.
*Well, we thought that your brains wont last long enough outside your head, since its already shrunk or defected, by the way you are thinking, obviously.
Inilah Korban penculikan anak yang di ambil organ tubuhnya Begini Caranya Mereka Sekap
Sumber : The Dressar & Co
0 comments:
Post a Comment
Thanks For Comment !!! :)