Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Wednesday, February 13, 2019

Seorang Lelaki Maut Selepas Makan Durian Dan Minum Kopi

Seorang Lelaki Maut Selepas Makan Durian Dan Minum Kopi



SEORANG lelaki meninggal dunia selepas makan durian, minum kopi dan minum minuman tenaga.

Sebelum meninggal dunia, Alfianus Laki, 26, dari Tondano, Sulawesi Utara juga dilaporkan sempat melakukan hubungan intim dengan pasangannya yang berusia 24 tahun yang hanya dikenali sebagai TL.

Ketua Polis Minahasa AKBP Denny Situmorang berkata anggotanya dari Reskrim Unit Satu bersama Unit Identifikasi tiba di lokasi kejadian setelah mendapat laporan mengenai kes tersebut, Khamis.

Berdasarkan keterangan pasangan mangsa, Denny berkata, sekitar pukul 7 petang selepas mengikuti kursus di sebuah hotel di Manado, pasangan ini singgah di sebuah kampung untuk makan durian dan minum kopi.


"Kemudian sekitar pukul 10 malam mangsa minum minuman tenaga Hemaviton dan pada pukul 11 malam mereka berdua sempat melakukan hubungan intim," katanya.

Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu dirinya sudah letih sebelum tidur tanpa memakai baju.

"Sekitar pukul 1 pagi, mangsa mengalami kekejangan dan dikejutkan oleh pasangannya dengan cara menggoyang-goyangkan tubuhnya. Namun dia tidak bangun," kata Denny.

"TL melihat mangsa sudah membiru dan mengejutkan jiran bilik sebelah untuk minta pertolongan," kata Denny.

Menurut Tribun Minahas yang memetik Denny sebagai berkata, kematian lelaki tersebut disebabkan pengambilan minuman tenaga.

"Jadi menurut laporan, mangsa, sebelum berhubungan intim dengan pasangannya telah mengambil minuman tenaga, durian dan kopi.

"Sesuai dengan hasil pemeriksaan dapat disimpulkan ia berpunca pengaruh kafein yang tinggi ditambah keletihan saat berhubungan intim, maka terkena serangan jantung," katanya.

Peristiwa ini menjadi tular di Facebook setelah ia dimuat naik di Facebook Eka Kapia Lnd bersama 11 keping gambar. -Kompas

Durian Dan Soda Dapat Menyebabkan Kematian






Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

IKUT KAMI

PING