Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Thursday, August 30, 2018

Cerita Sebenar 10 Hari Sebelum Merdeka Komunis Menyamar Jadi Penoreh Cuba Halang Pengisytiharan Merdeka

Cerita Sebenar 10 Hari Sebelum Merdeka Komunis Menyamar Jadi Penoreh Cuba Halang Pengisytiharan Merdeka


Cerita Sebenar 10 Hari Sebelum Merdeka Komunis Menyamar Jadi Penoreh Cuba Halang Pengisytiharan Merdeka

Tahu ker tidak tahu cerita ni? Kalau tak tahu admin nak cerita ni. Semua tahu, pengisytiharan kemerdekaan negara dilaungkan pada tanggal 31 Ogos 1957, tapi tak ramai tahu pasal peristiwa yang berlaku 10 hari sebelum negara kita mengecap kebebasan dari penjajah.


 Sumber: Utusan 

Askar komunis merangka serangan hendap

Tanggal 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera dikenali sebagai Leftenan Hassan Osman merupakan individu yang dipertanggungjawabkan bertugas menjaga keamanan Tanah Melayu pada ketika itu.




Platun 12 Kompeni D 5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) waktu tu ditugaskan untuk membuat pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD kat Rawang. Platun ni membuat risikan teliti pergerakan komunis yang waktu tu sedang merangka serangan hendap terhadap majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

 Sumber: Blog 

Leftenan Hassan merisik pergerakan komunis

Sebaik sahaja dapat maklumat tu, Leftenan Hassan terus minta kebenaran untuk melakukan risikan demi menggagalkan usaha komunis ni. Lepas tu Hassan dan anggotanya terus pergi ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau pergerakan komunis. Ternyata memang wujud pergerakan komunis kat situ.
Selesai je buat persiapan, Hassan dan anggotanya bersedia untuk membuat serangan hendap melalui kawasan berpaya pada 21 Ogos 1957, 10 hari sebelum merdeka.

 Sumber: Facebook 

Halang askar tembak komunis wanita

Lepas tinjauan awal dorang nampak kelibat seorang komunis wanita menuju ke kawasan serang hendap. Hassan melarang tembakan dilepaskan sebab takut komunis lain perasan.
Tak lama lepas tu muncul pula seorang komunis lelaki bergerak ke kawasan paya nak basuh muka. Bila tengok jumlah komunis yang sikit, Hassan jadi tak senang duduk sebab dia rasa ada ramai komunis kat situ. So dorang mengekori dua komunis tu. Tengok-tengok komunis tersebut pergi jumpa seorang rakan yang membawa beg dan senjata yang ditinggal di pangkal pokok kat lereng bukit.

 Sumber: Blog 

Nampak komunis berpakaian macam penoreh getah

Jadi dorang terus ekori komunis tu dan nampak sekumpulan lelaki berpakaian seperti penoreh getah menuju ke arah komunis tu. Bimbang sesuatu yang tak elok menimpa penoreh getah berkenaan, Hassan melepaskan tembakan kepada salah seorang komunis.
Dua orang komunis tadi terus melarikan diri tinggalkan barang-barang dorang kat lereng bukit. Kumpulan penoreh getah tu pun tiba-tiba melarikan diri.

 Sumber: Blog 

Komunis menyamar jadi penoreh nak hadir mesyuarat sabotaj pengisytiharan merdeka
Bila tengok penoreh getah tersebut turut melarikan diri, barulah Hassan sedar yang dorang tu bukan penoreh getah tapi pemimpin komunis dari seluruh Tanah Melayu!

Dorang datang untuk menghadiri satu mesyuarat berkenaan cubaan mensabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Bila Hassan memeriksa barang-barang yang ditinggalkan, dia terjumpa bekalan makanan, barang kemas, duit dan dokumen bertulis yang mengandungi rancangan komunis untuk menggagalkan majlis pengisytiharan merdeka.

 Sumber: Utusan 

Dengan penemuan barang-barang ni, 35 orang pengganas yang cuba membuat onar 10 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan berjaya ditangkap.

Tak dapat bayangkan kalau misi komunis ni berjaya….

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-61, Sayangi Malaysiaku!






Sumber :zaudinsaad.blogspot.com

#komunis
#merdeka

150 Shares
DAHSYATVIRAL
“Nak celebrate merdeka tapi orang asli ditindas…”

Share:

1 comments:

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING