Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Wednesday, August 22, 2018

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?

Penyanyi Dan Pelakon Aliff Aziz Songlap Duit Orang?


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang daripada seorang lelaki sebagai salah faham dan tidak masuk akal.



Menurut Aliff, 27, tuduhan itu juga dilihat seperti tindakan terdesak, apatah lagi jumlah yang dikatakan dipinjam itu adalah kecil.

“Jangan membuat konklusi (rumusan) tanpa melihat situasi di kedua-dua belah pihak. Harap anda seronok dengan ‘isu viral’ anda, Encik Minyak Wangi. Bergembiralah selagi boleh, kerana ia tidak akan bertahan lama.

“Anda hanya dapat melihat isu ini mengikut apa yang saya paparkan saja. Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun.

“Salah faham yang besar dan keadaan terdesak menyumbang kepada perkara ini. Tetapi tidak mengapa. Saya akan memberi penjelasan lanjut berhubung isu ini dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, kira-kira tiga jam lalu.

Aliff sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila individu bernama Rashidi Ramli menerusi akaun Facebook miliknya membuat pendedahan kononnya ditipu oleh artis kelahiran Singapura itu.

Rashidi berkata, pada mulanya Aliff menghubunginya kerana mahu meminjam sejumlah wang dan sebagai balasan, artis itu berjanji akan mempromosikan produk miliknya di Instagram, selama lapan minggu.

Bagaimanapun, Aliff dikatakan sukar untuk dihubungi selepas wang pinjaman diberikan. Pada masa sama, hanya satu entri promosi produk didakwa dibuat oleh Aliff, yang dipadamkan keesokan hari.

Kemudian, apabila diminta untuk memulangkan duit terbabit, Aliff dikatakan enggan berbuat demikian kerana menyifatkan urusan antara kedua-dua pihak sudah selesai selepas promosi produk di Instagram dilaksanakan.

Dakwa Rashidi, dia hanya memberikan sejumlah wang kepada Aliff selepas beberapa kali didesak berserta janji manis.

Katanya lagi, selepas menyerahkan wang berkenaan, Aliff didakwa beberapa kali lagi cuba mengugutnya supaya memindahkan wang ke akaunnya kerana jika dia tidak berbuat demikian, artis terbabit dikatakan takkan mempromosikan produknya di Instagram.

“Selepas saya berkeras tak nak bagi duit lagi, dia cakap hanya akan buat posting produk sekali saja, walhal janji sebelumnya untuk lapan minggu,” tulis Rashidi di Facebooknya.

Sementara itu, ketika dihubungi BH Online bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Aliff memohon untuk diberikan ruang bagi menyelesaikan isu terbabit.

Aliff berkata, dia belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan, sebaliknya akan menjelaskan perkara itu apabila tiba masanya.

“Minta maaf, saya belum bersedia untuk bercakap mengenai isu itu buat masa ini. Apabila sampai masanya, saya akan membuat kenyataan,” katanya ringkas.

Isteri Aliff, Bella Astillah, 24, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pula berkata, dia terkejut dengan isu yang tercetus.

“Bella sibuk di KL (Kuala Lumpur). Nanti kena tanya Aliff. Rasanya, ini (berkaitan) isu RM1,500. Bella pun terkejut sebab selalunya Aliff buat promosi produk di Instagram (dengan nilai) RM4,000,” katanya. – BH Online



#aliffaziz
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING