Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Monday, August 27, 2018

Resepi Cara Untuk Buat Portugese Egg Tart Yang Mudah

Resepi Cara Untuk Buat Portugese Egg Tart Yang Mudah



Resepi Cara Untuk Buat Portugese Egg Tart Yang Mudah | Portugese egg tart adalah antara juadah pencuci mulut atau pastri yang menjadi kegemaran ramai khususnya anak-anak. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang selalu beli tart ini di kedai pastri sahaja tapi tak tahu macam mana nak buat kan? Tak susah pun, jadi jom kita jadikan masa cuti sekolah ini untuk buat Portugese Egg Tart bersama anak-anak di rumah. Barulah puas makan kan?

PORTUGUESE EGG TART OSEM!!!

Minggu ni saja entah kali berapa buat Portuguese Egg Tart sebab teringin nak makan. Nasib baik boleh buat sendiri. Portuguese egg tart ni terkenal di Macau, dibawa masuk ketika zaman kolonial Portugis kemudian diubah suai mengikut citarasa orang Asia. Kalau resepi asal dari Portugal mereka letakkan serbuk kayu manis, bila sampai di Macau tak letak dah. Kat kedai bakeri kita pun banyak je jual, tapi biasanya tak kena dengan tekak sebab tak suka rasa telur yang kuat, cepat muak. Jadi untuk mendapatkan rasa yang sedap tapi tak muak marilah kita belajar buat sendiri. Resepi ni senang sangat, kita gunakan kulit pastri segera. Tak payah nak uli-uli lagi.

– Puff pastry ready made (Beli jenama Kawan)

Bahan kastard :




– 4 biji telur
– Sedikit esen vanila
– 150ml air
– 250ml susu full cream (saya guna Dutchlady)
– 120g gula kastor
– 1 tbsp tepung jagung


Cara-caranya membuat portugese egg tart ada di gambar.


1. Canaikan manja kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat. Botol tu bukan hiasan ya, itulah roller kita. Guna je apa yang ada.



2. Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi itu masih boleh guna tau, bulatkan kemudian canai semula. Kalau nak buat untuk hari lain, simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Kalau tak ada acuan, cawan muffin yang keras tu pun okay je.



3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Mak pesan anak dara buat kerja bagi kemas sikit. Lebihan yang terkeluar dari acuan tu potong, lalukan dengan pisau. Bila bakar nanti kulit pastri mengembang, jadi kemaslah sikit rupanya nak oi. Ketepikan sekejap. Panaskan oven sementara kita buat kastard. Panaskan je tau, jangan pi masukkan pula.



4. Ha, bahan untuk kastard tadi campur je semua. Kacau kacau kacau bagi sebati. Telur tu jangan lupa basuh. Anti betul orang tak basuh telur sebelum nak guna. Susu full cream kalau nak ganti dengan susu cair pun boleh. Halal.



5. Adunan kastard tadi kita tapis dulu, kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar 200°c, 40 minit.



6. Tadaaa! Dah siap. Menggoda kan. Inilah 5 biji tart yang terakhir, tak sempat keluarkan dari acuan terus ambil gambar. Yang bakar awal-awal tadi semua dah habis kena ngap!



Oh ya, hitam di permukaan tart tu bukan hangit tau, itu dikira ‘signature burn’ untuk portuguese egg tart. Kalau ada ‘signature burn’ tahniah! Portugese egg tart menjadi dan ia sangatlah seksi. Hahaha.
Makan panas-panas memang sedap! Kulit pastri ni rangup, bila dah sejuk kulit tu akan jadi lembut. Kalau dah sejuk masukkan je dalam oven, panaskan semula. Nak buat minum petang boleh, nak bawa pergi jamuan office boleh, eh semua boleh la. Okay, esok dah boleh serbu pasaraya cari kulit pastri.

Selamat mencuba!



Sumber : zaudinsaad.blogspot.com

#resepi
#portugeseeggtart
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING