Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Wednesday, August 22, 2018

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???

Nak Tahu Tak Selebriti Popular Mana Yang Telah Menunaikan Haji Di Usia Muda???





Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah. Selalunya kita lihat kebanyakan yang mendapat peluang itu apabila usia menginjak tua.

Ramai yang tidak berpeluang kerana belum cukup wang atau perlu menunggu giliran dipanggil Tabung Haji. Namun, kegembiraan pastinya dirasai jika berpeluang melakukannya pada usia muda. Kami senaraikan selebriti popular yang menunaikan ibadah haji pada usia muda.



1. Datuk Seri Siti Nurhaliza



Penyanyi nombor satu negara ini pertama kali mengerjakan haji pada 2007 ketika berusia 28 tahun ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

2. Neelofa
  


Selepas berhijab, pelakon cantik ini semakin mendekatkan diri dengan Allah. Tahun 2016, Neelofa bersama ibunya ditemani selebriti, Vie Shantie Khan menunaikan haji pada usia 27 tahun.

3. Nabil Ahmad




Lama menyimpan niat mengerjakan haji, Nabil tidak menyangka peluangnya dapat pergi lebih awal apabila menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun 2015 ketika usia 32 tahun.

4. Deja Moss



Mengerjakan haji seorang diri pada tahun 2002 ketika berusia 29 tahun, Deja atau Sharifah Hadijah Wan Mos tidak menyangka menerima panggilan lebih awal daripada Tabung Haji.

5. Hafiz Hamidun



Menunaikan haji pada 2016 ketika usia 32 tahun, Hafiz mengakui belajar menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar. Ketika di sana, penyanyi dikenali dengan lagu ketuhanan itu bertemu penyanyi Indonesia, Opick dan pelakon Adi Putra.

6. Mizz Nina



Mizz Nina atau Shazrina Azman, kini lebih banyak mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Pada 2013, Mizz Nina dan suami, Noh Hujan berpeluang menunaikan haji bersama-sama ketika usia 33 tahun.

7. Rossa



Menunaikan haji pada 2002 ketika berusia 23 tahun, Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handayani pernah menunaikan umrah dan melakukan percubaan berhijab hampir dua bulan sekembalinya daripada menunaikan haji.

8. Krisdayanti



Selepas mengerjakan umrah, KrisDayanti bersyukur apabila dapat menunaikan haji setahun selepas itu. Dia menunaikan haji bersama bekas suami yang juga komposer terkenal, Anang Hermansyah pada 2004 ketika berusia 29 tahun.

9. Oki Setiana Dewi


Penyanyi dan pelakon ini sangat teruja berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama suami, Ory Vitrio pada usia 28 tahun. Lebih mengagumkan, Oki menunaikan ibadah haji ketika sarat hamil.

10. Maher Zain



Penyanyi Lubnan kelahiran Sweden dan dikenali di Malaysia dengan lagu Thank You Allah ini menunaikan haji pada 2012 ketika usia 31 tahun.






Sember : RotiKaya

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING