Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Thursday, September 6, 2018

Berita Baik!!!...Makan Semeja Lelaki dan Perempuan Di Haramkan Di Aceh Indonesia

Berita Baik!!!...Makan Semeja Lelaki dan Perempuan Di Haramkan Di Aceh Indonesia

Berita Baik!!!...Makan Semeja Lelaki dan Perempuan Di Haramkan Di Aceh Indonesia

Makan Semeja Lelaki dan Perempuan Di Haramkan Di Aceh Indonesia | Terkejut jugak admin bila tahu pasal hal ni. Baru-baru ni, sebuah daerah dekat Aceh telah buat keputusan untuk ‘haramkan’ lelaki dan perempuan daripada duduk semeja di kedai makan melainkan kalau dorang dah kahwin dan ada hubungan keluarga.

Menurut Channel News Asia, tujuan undang-undang ni dibuat adalah untuk bantu wanita jadi ‘lebih berkelakuan baik’. Ouh macam tu…

 Sumber: CNA

Undang-undang baru ni jugak bermaksud perempuan di daerah Biruen, Aceh memang tak boleh duduk semeja dengan lelaki kat mana-mana restoran atau kedai kopi melainkan dorang ni ditemani suami atau ahli keluarga lelaki yang terdekat.




Perkara ni jugak dikatakan agak merumitkan sebab orang perempuan kalau nak lepak bersama rakan sekerja lelaki semasa lunch break pun diharamkan tau! Jadi jangan gatal-gatal nak ajak lunch break bersama kalau kat Aceh.

“Objektifnya ialah untuk melindungi kehormatan wanita supaya mereka lebih rasa selesa, lebih menyenangkan, berkelakuan baik dan tidak akan melakukan perkara yang melanggar syariah,” kata ketua agensi syariah di sana, Jufliwan.


 Sumber: Blog

Terdahulu, ketua daerah di Aceh tu jugak pernah keluarkan law pada 5 Ogos yang mana perempuan berkeseorangan atau tak bersama ahli keluarga dorang tak boleh keluar makan di restoran atau cafe lepas jam 9 malam. Aduh sampai macam tu sekali…

“Kita nasihati dan sosialisasi secara baik-baik. Nanti kalau tidak ada mahramnya kan boleh saja diganggu di jalan. Ini demi kebaikan mereka sendiri untuk mencegah agar tidak terjerumus,” kata Jufliwan lagi.


 Sumber: Blog

Malah pada 3 tahun lepas, Banda Aceh jugak pernah haramkan wanita tanpa ditemani mahram untuk pergi tempat hiburan macam cafe dan dewan sukan lepas jam 11 malam.

Kesemua undang-undang yang anjurkan Aceh pada wanita ni timbul macam-macam kritikan dari seluruh dunia meskipun daerah ni banyak mengamalkan undang-undang Islam yang mengikut syariah Islam.

Kalau undang-undang ni diamalkan kat Malaysia, rasanya ramai yang tak puas hati nanti.



Sumber : lobakmerah | zaudinsaad.blogspot.com

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING