Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Saturday, September 22, 2018

RM12 Ribu Sebulan Hanya Dengan Jual Telur

RM12 Ribu Sebulan Hanya Dengan Jual Telur

https://zaudinsaad.blogspot.com/

RM12 Ribu Sebulan Hanya Dengan Jual Telur | Nampak kerja macam biasa-biasa je kan. Tapi, hakikatnya pulangan sampai 5 angka setiap bulan tau!

Menurut Sinar Harian, Che Hassan Che Mud, 59, berjaya bebaskan diri dan keluarga dari kemiskinan dengan hanya menjual telur itik yang diusahakan sejak 2013 lalu dengan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melalui Program Azam Tani.

 Sumber: Sinar Harian 

Dia berkata sebelum sertai program tersebut, pendapatan bulanannya dalam RM600 je. Tapi dengan bantuan MARDI, dia berjaya memperoleh RM12,000 sebulan. Wow!

“Peringkat awal saya hanya menternak 50 ekor itik dan memproses telur masin kepada penduduk sekitar kampung.

“Hasil bimbingan MARDI, selepas itu saya telah menambah jumlah ternakan itik menjadi 100 ekor.”
Bila nampak perniagaannya ni ada potensi, Che Hassan nekad tambah bilangan ternakan itik untuk gandakan hasil pengeluaran lepas dapat permintaan tinggi daripada peraih dan penduduk setempat.

 Sumber: Harian Metro 

Menurut Harian Metro, Che Hassan memberitahu kini dia memiliki kira-kira 1,100 ekor itik dan empat reban yang ditempatkan berhampiran kawasan di Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.




“Setiap hari, hasil telur yang dikutip sekitar 860 hingga 950 biji dan ia akan dikumpulkan di bengkel untuk penyediaan telur masin.

“Kerja itu dibantu beberapa penduduk kampung yang diberi upah harian. Ada juga pekerja tetap.”
Sementara itu, Che Hassan juga tekankan bahawa sebenarnya tak susah pelihara itik sebab dia lebih gemar ternakannya bebas cari makanan sendiri di sawah padi.

 Sumber: Harian Metro 

“Itik yang dilepas bebas akan lebih aktif dan mudah mengawan selain kawasan sawah mempunyai banyak siput yang baik untuk ketahanan fizikalnya.

“Namun ada juga makanan tambahan yang saya beri supaya lebih sihat. Bagi penghasilan telur pula, ia bergantung kepada cuaca.

“Jika musim hujan, telur yang dihasilkan berkurangan sedikit kerana persekitaran yang sejuk berbanding ketika cuaca normal.”

Kalau nak tau, penghasilan telur masinnya juga berbeza sebab guna kaedah rendam dengan garam atau dijerukkan berbanding kebanyakan telur masin yang disalut dengan tanah liat atau arang.

 Sumber: Harian Metro 

“Dengan menjual telur itik hasil penternakan ini, ia secara tidak langsung mengubah kehidupan kami sekeluarga, malah terkeluar daripada garis kemiskinan apabila mampu memperoleh pendapatan kasar RM12,000 sebulan.”

Fuyoo! Tak sangka dengan jual telur itik, dapat untung banyak.



Sumber : lobakmerah | zaudinsaad.blogspot.com

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING