Inilah Pasangan Lesbian Pertama Kena Sebat Di Malaysia
Inilah Pasangan Lesbian Pertama Kena Sebat Di Malaysia | Kalau korang fikir pasangan sejenis boleh terlepas dengan senang tanpa hukuman kat Malaysia ni, korang salah!
Hari ni tercatat sejarah apabila sepasang lesbian berusia 22 dan 32 tahun telah dikenakan hukuman sebat di khalayak umum lepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan hubungan sejenis dalan sebuah kereta April lepas. Ini jugak hukuman sebat pertama di khalayak ramai yang pernah berlaku kat Malaysia!
Sumber: Facebook
Ratusan orang jugak dilihat berkumpul kat luar kompleks Jabatan Kehakiman Syariah, Jalan Sultan Mohammad untuk ketahui sendiri hukuman yang dijalankan dalam dewan bicara 2 mahkamah tersebut.
Sumber: Twitter
Rata-rata netizen yang mengikuti isu ni bersyukur dengan tindakan mahkamah Terengganu kerana telah melaksanakan hukuman Islam dengan cara yang adil dan mendidik orang untuk tak lakukan maksiat macam ni lagi.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
#lesbian
#sebat
0 comments:
Post a Comment
Thanks For Comment !!! :)