Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Friday, September 21, 2018

Tak Berhati Perut!!!..Suami Meninggal Tak Sampai 48 Jam Orang Dah Minta Hutang

Tak Berhati Perut!!!..Suami Meninggal Tak Sampai 48 Jam Orang Dah Minta Hutang



Tak Berhati Perut!!!..Suami Meninggal Tak Sampai 48 Jam Orang Dah Minta Hutang | Pada 2 September lalu, wanita ini diuji dengan kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. Dalam keadaan masih bersedih, tiba-tiba beliau mendapat mesej dari individu tidak dikenali bertanyakan deposit bayaran khidmat photographer arwah suami.

Namun, apabila diminta resit bayaran sebagai bukti individu tersebut tidak membalas pertanyaan.

Belum sempat 48 jam arwah pergi


Dalam keadaan kita masih bersedih, masih ada yang ingin mencari kesempatan.
Bukan nak buat cerita tapi aku menceritakan akan yang benar. Semoga jadi pengajaran kepada yang lain.

2 september 2018,
Belumpun sempat 48 jam arwah pergi, dan dalam keadaanku yang masih dalam kesedihan. Terdapat satu whatsapp yang masuk dalam hp. Whatsapp dari nombor yang tak dikenali.

Pada awalnya si empunya nombor memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah. Ya, aku berterima kasih kepada semua yang tak pernah jemu memberi sokongan dan kata semangat.

Seperti kebiasaannya, aku akan meminta maaf bagi pihak suami aku pada sesiapa yang mengenali beliau. Tapi kali ini, belumpun sempat aku nak mintak maaf bagi pihak sang suami, si empunya nombor memperkenalkan diri dia sebagai Tuan ** dan terus bertanyakan sama ada suami ku seorang jurugambar atau tidak?

Dan ya, semestinya suami aku seorang jurugambar dan aku meng’iya’kan pertanyaannya.




Bila minta resit bayaran, Whatsapp tidak dibalas


Seterusnya Tuan ** menyatakan bahawa ada perkara yang beliau ingin sampaikan padaku untuk pengetahuan aku dan ahli keluarga yang lain dan Tuan ** meminta aku untuk kembali whatsapp beliau jika mempunyai masa terluang. Dalam keadaan aku masih dalam kesedihan, aku bertanyakan tentang perkara berkenaan. Apa yang penting yang aku perlu tahu berkenaan sang suami tercinta?

Tuan ** menyatakan bahawa beliau ada memberikan booking payment untuk job photographer pada 24.9.2018. Dan telah membayar certain amount which is tak lah banyak tapi aku seperti curious.

Aku lihat calendar, tarikh yang diberikan 24.9.18 tu jatuh pada hari isnin dan ianya bukanlah musim cuti. Jadi aku ajukan soalan padanya berkenaan tarikh yang diberikan. Tuan ** menyatakan bahawa ianya untuk majlis hari jadi anaknya.

Dia juga menyatakan bahawa dia telah membayar secara tunai pada arwah suamiku sebanyak Rm150 di bukit jelutong. Tapi setahu aku, suami aku tidak akan pernah pergi berjumpa mana-mana client berseorangan. Suami aku pasti bawa aku sebab segala detail aku yang akan catit. Dan itu kelebihan suamiku. Tidak membelakangkan isteri walau dalam apa jua perkara.

Seterusnya bila aku meminta resit bagi deposit yang telah dibayar, Tuan terbabit tidak membalas whatsapp ku sehingga hari ini.

Jika benar suami saya berhutang, tunjukkan bukti


Kepada Tuan yang berkenaan, kemungkinan anda mengikuti kisah pemergian suami saya dari dalam fb. Terima kasih kerana mendoakan suami sy. Jika benar, suami saya berhutang deposit kepada tuan, tuan boleh tunjukkan bukti kepada saya dan saya akan proceed dengan job yang diberi mengikut persetujuan.

Deposit yang diberi bukan dibatalkan oleh pihak saya dan pihak saya masih mempunya shooter untuk teruskan kerja pada tarikh majlis yang berkenaan jika benar apa yang tuan katakan.

Untuk pengetahuan, suami saya mempunyai jadual yang penuh sehingga bulan 12 dan ada deposit yang telah di ambil tapi pihak saya masih tetap akan meneruskan kerja yang telah di tempah kerana saya sendiri tahu setiap apa yang suami saya lakukan kerana kami adalah partner bukan sahaja partner dari segi hidup dan mati semata, tapi kami juga adalah partner business. Jadi setiap jadual arwah suami saya, sy yang aturkan.

Kepada semua client, anda tak perlu risau kerana segala kerja yang ditinggalkan akan di ambil alih oleh saya sendiri. Anda boleh direct contact saya atau nombor suami saya kerna saya tidak akan lari kemana-mana. Kerja dan tanggungjawab arwah telah menjadi tanggungjawab saya.

Cuma saya minta sedikit masa untuk saya ambil alih segalanya due to my circumtances.

Coretan sang isteri
*partner dalam segala-galanya*



Sumber : Noor Zamzuriani Zakaria | Ohbulan | zaudinsaad.blogspot.com

#krt
#kisahrumahtangga

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING