Betul Ker Erra Fazira Dan Shahir Akan Berkahwin?
Kredit foto : gempak
"Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.
Enggan terburu-buru dalam merencanakan soal hubungan mereka, Erra turut mengakui yang keluarga Shahir sudah merestui hubungan mereka.
"Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.
“Keluarga Shahir sudah menretui hubungan ini, namun saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perkara ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya," katanya lagi.
Kredit foto: BH Online
Begitulah respon primadona Erra Fazira susulan dakwaan perkahwinannya dengan Shahir yang dikatakan berlangsung pada tahun ini.
Menafikan spekulasi terbabit, Erra Fazira, berharap pihak media dapat bersabar kerana sekiranya ada perkembangan tentang kisah jodohnya, beliau tidak sekali-kali akan mengenepikan mereka.
Tibanya penghujung Mac semalam menjadi bukti bintang Sembilu ini tidak berbohong dalam menafikan spekulasi pernikahan itu yang sebelum ini heboh dicanang netizen.
Kredit foto: Instagram Erra Fazira
“Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak ada perkembangan terbaru melainkan soal kerjaya saja.
“Macam selalu dikatakan, kalau ada khabar gembira mengenai perkara ini saya akan kongsikan kepada semua. Saya faham tugas rakan media yang ada bersama saya dari dulu sampai sekarang,” katanya kepada portal Harian Metro.
Dalam masa sama, Erra yang sudah menjangkau usia 44 tahun ini mengharapkan doa berterusan daripada peminat demi kurniaaan masa depan yang terbaik buatnya.
Tambah ibu kepada Engku Aleesya itu, janganlah mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin selagi tidak hadir daripada mulutnya sendiri.
Kredit foto: Instagram Erra Fazira
“Saya takkan kahwin senyap-senyap. Doakan saja yang terbaik buat saya,” katanya.
Terdahulu iaitu pada Januari lalu, ada pihak yang mendakwa Erra dan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu akan bernikah pada Mac ini.
Namun penyanyi yang pernah meledak dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu terlebih dahulu menafikannya ketika majlis pengumuman penyertaannya bersama syarikat pengurusan Mind Order Sdn Bhd sebelum ini.
Sumber : iluminasi | zaudinsaad.blogspot.com
#errafazira
#shahirzawawi
0 comments:
Post a Comment
Thanks For Comment !!! :)