Cerita Sebenar Awek Thai Gigit Bibir Sampai Terkoyak
Cerita Sebenar Awek Thai Gigit Bibir Sampai Terkoyak | Nak bercouple dengan awek Thai? Anda kena fikir 2 kali ye. Jangan main-main dengan awek Thai wehhhh! Silap hari bulan, memang ‘mendapat’!
Macam lelaki ni yang terima padah disebabkan berlaku pergaduhan dengan seorang wanita dari Pattaya. Shashank Agarwal dari India confirm alami detik paling mendebarkan dalam hidup dia sebab bergaduh dengan wanita dikenali sebagai Sukanya Paphag ni.
Menurut Coconuts, dalam satu video yang disiarkan portal berita tempatan di Pattaya, wanita berusia 38 tahun tu boleh dilihat dengan jelas sedang bergelut dengan Agarwal di kaki lima Pattaya Walking Street.
Ketika sedang bergelut, orang awam yang ada dekat kawasan sekeliling berjaya leraikan pergaduhan yang berlaku antara dorang. Paphag kemudian didengari menjerit ke arah Agarwal,
Celaka kamu pukul saya!”
Difahamkan, semasa wanita tu terus menerus teriak dan menuduh Agarwal menyerang dia, lelaki tu pun turut sama menjerit kembali dan mengaku tidak berbuat apa-apa.Insiden yang berlaku awal pagi semalam menyebabkan bahagian mulut Agarwal berlumuran darah dengan potongan daging hilang dari bibir bawahnya.
Sumber: Coconuts
Tak lama lepas tu, pihak penyelamat tiba kira-kira jam 4 pagi dan terus bagi rawatan perubatan asas sebelum bawa Agarwal ke Hospital Memorial Pattaya.
Menurut laporan, pihak polis menerangkan bahawa mereka akan soal siasat kedua-dua pihak sebelum sebarang dakwaan dilakukan. Paphag pula kini berada dalam tahanan polis.
Garangnya awek Thai. Jangan main-main weh!
Sumber : lobakmerah
#krt
#kisahrumahtangga
0 comments:
Post a Comment
Thanks For Comment !!! :)