Viral terkini tentang selebriti,gosip,kisah rumah tangga,kisah benar dan lain-lain lagi. Sentiasa melayari blog kami yang santai ni. Pasti tidak membosankan anda

Wednesday, September 12, 2018

Hukum Suami Bersama Isteri Selepas Pantang 100 Hari

Hukum Suami Bersama Isteri Selepas Pantang 100 Hari


Hukum Suami Bersama Isteri Selepas Pantang 100 Hari  | Salam warga krt,hide fb ye,..Ceritenye camni,bini aku dlm berpantang dh lebih 100 hari, lepas lahirkan anak sulung aku…aku kahwin pun boleh dikatakan baru lagi,lekat awal,ade org kate bunting pelamin..rase gembira sangat…habis satu bab,..

Masalah aku pulak camni,masa mula2 pantang haritu,bini aku kate lepas 100 hari baru boleh bersama semula..Walaupun aku rase terpakse,aku ok kan sajalah walaupun nafsu aku berbuak2,tapi aku buat x tahu jelah,main2 dgn anak,..kesian jgk kt isteri aku mase nk beranak tu,.

Tapi dye kencing aku,dh lebih 100 hari dh,aku mtk nk bersama dye kate masih takut lagi,xkanlah aku nk paksakan,tapi aku betul2 x tahan dgn nafsu aku ni,dye pernah puaskan aku mase dlm pantang guna tangan,tapi aku rase mcm x syok je,,,..

aku mintak dye puaskan aku dgn cara lain,tapi dye kate ‘taknak,geli’..rase jgk mcm nk marah tapi takut dye merajuk pulak,hanye mampu berdiam saje..aku syg isteri aku..

Makcik2 bawang tlg bagi nasihat/pandangan sikit kt isteri aku ni,..aku dh x tahu nk mtk tlg sape lagi..dye ade dlm ni

KOMEN-KOMEN NETIZEN

Firdaus Shakirin Contoh kan bang, tok mudim sunat kita, then tok mudim kata, lepas 3 hari, dh bleh pakai sluar, lari, main bola…kita akan rasa teragak2, dh btol2 ok atau x…

rasa sakit tu ada lg…mcm tu la dgn wife, dia mgkin trauma, mgkin kurang bersedia, awk pndai2 la buat bg jadi jgak, tp gentle la…bila dia rasa ok, xjadi apa dh, pastu sure dia xtolak kot..semoga dipermudahkan

Stella Memey 100 tu xckup klu jenis yg trauma dgn kesakitan beranak tu.. please lah bg masa.. ada masa byk ni bawa lah tahajud, solat, buat kerja rumah.. mcm mana org laki sllu ckp, msa ngandung jgn lyn sgt ngidam tu, sakit, muntah2.. jgn lyn.. hah skrg bini pantang jgn dok lyn sgt nafsu tu..

Farah Fatin Fadhiladuh kesian nya awak.. buat isteri2 kat luar sana tu jaga lah suami awak tu baik2.. dah suami mintak buat benda tu, buat je lah.. awak dah kawin kan apa nak geli nya?? kalau geli xyah kahwin.. kang laki2 awak tu makan luar padan dengan muka korg..

Aina D AlyaBagitau lah isteri awak…. Isteri yg menolak kehendak suami akan dilaknat malaikat…. Tak cium bau syurga nanti….lagipun pantang bersalin yg sebenar2nya cuma 40 hari….. 100 hari adalah adat melayu saja.

Mahani Sulaiman Alahai lalaki sekrg ni mengada² sibuk dgn nafsu jew..cuba fikir lh keadaan bini tu trauma melahir kn ank..org lelaki mne tw..tw buat ank jew..tlong jg ank pn sekejap jew lepas tu tido mati..kebanyakan lelaki mcm ni..smua lpas kn pda isteri..

Faeidda Mohamad budak2 skrg kawen je tau…bab hukum tolak tepi…pkai yg mak2 punya 100 hari berpantang…suami kering kontang duk layan nafsu x ksampaian..x rasa berdosa ke..klw yg berjahit rabak ke punggung tu boleh la dterima..ckap ngan suami mmg dia pham..ramai sgt alasan nk tunggu cukup 100 hari sdangkan dlm hukum lpas kering nifas dan badan dah segar boleh je layan suami melainkan luar batasan…

Suami Desak Mahu Bersama Isteri Tanpa Tunggu 100 Hari. Boleh! Tapi Baca Dulu Saranan Dari Pakar Ini Sebelum Kembali Melakukan Hubungan Intim




Suami desak isteri untuk melakukan hubungan intim sebaik selepas bersalin ini bukanlah satu isu baru. Ramai juga isteri yang dalam dilema dengan masalah ini.

Kalau ikut kata-kata orang tua sebaiknya 100 hari berpantang daripada bersama suami. Tetapi masalahnya bila suami desak nak ditolak suami mulalah mogok dan katakan isteri derhaka. Mahu di turutkan badan sendiri yang binasa. Ini antara saranan yang dikongsi oleh Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Arifah Mohd Amin @ Hamim.

1.Tempoh berpantang

Tempoh dan kaedah berpantang adalah sangat subjektif. Ia berbeza mengikut kaum, individu dan tradisi masing-masing. Secara dasarnya waktu berpantang adalah tidak digalakkan melakukan seks untuk menjamin kesihatan yang optima diperolehi oleh ibu yang baru bersalin.

Luka jahitan episiotomi dan keanjalan faraj sudah tentu mengambil masa untuk sembuh. Faraj yang kering kesan dari faktor hormon penyusuan juga menjadi faktor ketidakselesaan untuk mula bersama. Seawalnya dua minggu pertama dan mungkin berlanjutan bergantung kepada individu. Biasanya dalam seminggu dua, luka akibat pembedahan akan sembuh dan rahim kembali kecut kepada saiz sedia kala.

Banyak faktor yang membolehkan seseorang wanita akan kembali segar dalam tempoh berpantang seperti sediakala di antaranya ialah faktor kesihatan ibu sebelum dan sewaktu hamil, pengalaman yang dialami sewaktu bersalin yang menyebabkan kesan psikologi, komplikasi yang dialami sewaktu hamil dan bersalin, sokongan yang diperoleh sewaktu berpantang. Wanita yang sihat, tanpa sebarang komplikasi sewaktu kehamilan dan bersalin juga mendapat sokongan sekeliling sewaktu berpantang tidak akan bermasalah untuk melakukan seks seawal yang mungkin.

2. Waktu yang selamat

Waktu yang selamat untuk melakukan seks baik bagi ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan adalah sama. 80% daripada ibu memulai seks pertama hanya selepas tiga bulan. Sebaiknya apabila ibu bersedia secara mental dan fizikal untuk melakukan seks maka ia oleh dilakukan pada bila-bila masa.

Namun dinasihati agar lebih baik menunggu sehingga darah nifas anda sudah berhenti, iaitu dalam jangkaan tiga minggu. Ini untuk menjamin luka yang dialami oleh rahim benar-benar sembuh dan mengelak daripada sebarang jangkitan.

Juga dianjurkan ibu tersebut mendapat pemeriksaan daripada doktor untuk selain mengetahui tekanan yang dilalui oleh para ibu sewaktu berpantang, situasi luka (episiotomy atau pembedahan) yang memungkinkan mengalami kesakitan akibat seks, dan lebih penting untuk mendapatkan nasihat kaedah pencegahan kehamilan.

3.Fobia

Tiada beza apa yang dikatakan seks selepas bersalin sama ada bersalin secara normal atau pembedahan. Yang membezakan adalah kaedah yang mungkin perlu diguna pakai untuk meminimumkan kesakitan dan meningkatkan keselesaan dan keyakinan wanita tersebut.

Dalam hal ini terdapat wanita yang fobia melakukan seks terutama selepas melahirkan anak pertama kerana bimbang keadaan jahitan (bagi yang bersalin normal). Fobia untuk memulai melakukan hubungan intim selepas bersalin bukan sahaja kerana bimbang keadaan jahitan. Banyak faktor lain yang ‘mengerikan’ ibu untuk melakukan seks. Sekiranya hanya kerana bimbang kesan jahitan, sebaiknya ibu tersebut membuat pemeriksaan untuk memastikan kesembuhan luka tersebut.

4.Langkah penjagaan

Rasa sakit dan luka jahitan menyebabkan wanita takut untuk melakukan seks. Luka kesan jahitan ‘episiotomy’, luka daripada kesan pembedahan, luka akibat penggunaan alat (vakum dan ‘forceps’) sembuh seawal sepuluh hari ke dua minggu.

Mungkin lebih masa bagi individu mempunyai tahap kesihatan yang lemah. Namun bagi memastikan luka lebih cepat sembuh dan kembali kepada keadaan seperti sedia kala, terdapat beberapa penjagaan yang boleh dilakukan:

•  Pemakanan yang sihat dan seimbang (cukup air, serat, protin, mineral, vitamin, kabohidat) sangat memungkinkan penyembuhan awal.

•  Pengambilan vitamin juga digalakkan kepada ibu yang mengalami tumpah darah sewaktu bersalin. Pengambilan antibiotik (atas arahan doktor) dan cara mencuci luka, sekiranya didapati sudah ada tanda jangkitan.

•  Pengambilan makanan dan memulai tabiat yang tidak sihat (tinggi kafein, tinggi gula, mula merokok ) juga bakal melambatkan penyembuhan.

•  Ibu selepas bersalin disarankan untuk bergerak walaupun selepas pembedahan supaya pergerakan darah keseluruhan badan berjalan seperti biasa.

•  Pemikiran dan persekitaran yang positif juga antara faktor utama penyembuhan awal.

5.Elak risiko hamil

Ramai para ibu yang belum bersedia hamil jika bayi masih kecil. Namun ada yang ‘tergelincir’ sehingga hamil pada usia bayi masih kecil. Ada yang mengatakan mengadakan hubungan intim bagi ibu yang menyusu dikatakan adalah ‘selamat’ kerana ibu tidak akan datang haid selagi bayi menyusu badan. Dalam hal ini, penyusuan penuh ibu sebagai pencegahan kehamilan (‘Lactatinal Amenorrhoea’ @ LAM) adalah> 98% berkesan dalam enam bulan selepas bersalin.

Syarat-syarat keberkesanannya adalah:

•  Haid ibu belum muncul sejak bersalin
•  Bayi mesti perlu menyusu badan dengan kerap ‘on demand’ , dan tidak menggunakan kaedah atau teknik pemakanan/penyusuan yang lain
•  Bayi mesti kurang daripada umur 6 bulan
•  Jika menuruti syarat tersebut ibu dikatakan mempunyai risiko kurang 2% untuk hamil.



Sumber : KRT / karangkraf.com

#krt
#kisahrumahtangga
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

JOM TERJAH !!!

JOM LIKE PAGE OMAK KAU VIRAL

BAJU BUDAK MURAH GILER!!!

BAJU KANAK-KANAK MURAH

MY ADD

KEDAI KOMPUTER MURAH

WALLPAPER MURAH

POS IKLAN ANDA DISINI...PERCUMA!!!

BACA POST TERDAHULU

IKUT KAMI

PING