Betul Ker Pil Perancang Boleh Menyebabkan Kanser?
Kredit Foto : wow
Betul Ker Pil Perancang Boleh Menyebabkan Kanser? | Perkongsian daripada Page Pengguna Bijak tentang kesan pil perancang. Korang bacalah sendiri ye.
Orang bagi kau pilihan suruh rancang keluarga untuk elak risiko yang tak diingini, bukan suruh fitnah pil perancang penyebab kanser. Rata2 jurnal kajian mendapati pil perancang mampu kurangkan risiko endometrial cancer dan cervical cancer.
Tapi tak bermakna kau kena consume hari2 tanpa pantauan sebab kau takut kau kena kanser. Yang duk telan jamu2 tak guna yang takde kajian semua tu untuk besarkan aset ni semua baru lah bullshit. Ntah apa yang dia letak untuk ganggu hormon korang, pernah kau nampak ke National Cancer Institute ke, WHO ke buat kajian pasal jamu?
Takde, bani melayu je memandai, bila suruh bentang kajian pasal jamu, founder2 melenting cakap kita nak tutup periuk nasik dia. Yang pil perancang ni sampai beratus kajian orang buat kau takut pulak nak telan. Agenda yahudi lah ada babi lah palabapak kau lah semua ada.
Bagi sesiapa yang baru lepas melahirkan anak, badan korang sepatutnya rehat lebih kurang 2 tahun untuk pulih semula. Sebab tu doktor2 dan nurse suruh korang makan pil perancang. Sekiranya korang taknak makan pil perancang, korang masih ada pilihan lain seperti IUD, tembak luar, atau kondom, ikut suka korang lah. Orang cakna kesihatan korang, kau boleh cop doktor ngan misi dungu. Kongkek je keje nanti sakit itu ini meraung kat hospital salahkan doktor tak kabor suruh merancang.
Apa jadi sekiranya korang tak jarakkan kehamilan? Ini akan meningkatkan risiko yang tidak diingini kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Korang baru lepas lahirkan anak, hati masih bekerja keras untuk pulihkan dan hasilkan darah, korang tambah pulak beban hati. Otot2 rahim masih tengah berehat untuk pulih lepas bersalin, mengandung lagi.
Risiko untuk keguguran pulak. Bayi pun tak dapat zat yang cukup, lahirlah bayi pramatang, cacat, yada yada yada. Itu pon kau cakap doktor ngan misi dungu sebab bagi makan pil perancang. Deyy makcik, kalau taknak makan pil perancang kau suruh laki tembak luar la makcik. Benda mudah macam tu nak kena ajar? Anak ramai2 tak berjarak ni nak buat choir masuk Asia's Got Talent ke?
Nak bagi kata putus yang pesakit ada cancer bukan semudah cakap kosong. Macam2 doktor test , dan kena tengok jugak faktor lain yang mungkin boleh menyebabkan pesakit dapat kanser serviks / rahim.
Faktor penyumbang paling besar ialah keturunan, hubungan seks bertukar pasangan, pemakanan, tabiat merokok, yada yada yada. Bukan semudah kau telan pil perancang, esok lusa sakit kau salahkan pil perancang.
Ini la jadinya kalau terkinja2 kalut nak post mintak viral. Sampai 13k shares masing2 gelabah lemak pakat salahkan doktor dan misi. Aku libas ngan pelepah sawit sorang2 baru tau. Doktor2 kat fb penat bagi ilmu percuma, doktor2 tu lah yang korang kondem. Duk agungkan founder macam Mat Lan kononnya boleh bagi sinar harapan pada pesakit kronik. Haa ni lah jadinya.. Ni lah ni.
Sumber : FB Pengguna Bijak | zaudinsaad.blogspot.com
#pilperancang
0 comments:
Post a Comment
Thanks For Comment !!! :)